Boleh dikatakan kerja memasak di rasakan senang tidak hanya pada wanita malah ramai juga lelaki sudah berjinak ke dapur setelah harga barang naik. Rasa lebih puas makan makanan yang dimasak sendiri.

Namun suatu perkara yang hal mengemas dan membersihkan peralatan yang digunakan setelah memasak itu yang buat ramai rasa malas.Ada beberapa peralatan yang terasa susah dibersihkan secara maksima misalnya blender. Bahagian dalam blender memang bentuknya kecil dan rumit.

Mencuci pisau blender kalau tersilap langkah menyebabkan tangan terluka bila tidak hati-hati. Namun setelah mencuba cara ini, dijamin mencuci blender anda tak lagi terasa membebankan. Hanya perlu 30 saat saja dah siap cuci blender anda!

Ikut langkah bijak ni:
Bilas blender yang baru dipakai
Sisa-sisa bahan makanan akan tertinggal dalam blender yang baru digunakan. Jadi, langkah pertama yang perlu buat ialah membilas bahagian dalam blender dengan air bersih. Kocoklah blender tersebut lalu buang airnya. Sisa bahan makanannya masih belum bersih? Rilek saja, masih ada beberapa langkah mudah berikutnya.

Mengisi air dan sabun pinggan mangkuk
Langkah selanjutnya, isilah air dan sedikit sabun pada blender. Jumlah airnya boleh mencapai hampir setengah volume blender. Sementara sabun cuci pinggannya tak boleh terlalu banyak supaya tidak menimbulkan buih yang berlebihan sebaik blender dihidupkan.

Ayuh hidupkan blendernya
Blender yang sudah diisi dengan air bersih dan sabun cuci pinggan boleh dihidupkan dengan putaran sederhana laju. Hidupkan blender dalam waktu 30 saat. Pisau blender yang berputar seperti sedang memproses bahan makanan akan membuat sisa-sisa bahan makanan terkeluar sempurna. Kita jadi tak perlu susah susah mencuci bilah blender yang bentuknya kecil.

IKLAN

Mencuci blender dengan mudah
Jika bahagian dalam blender sudah bersih, kita tinggal membuang campuran air dan sabun cuci pinggan dalam blender. Langkah terakhir yang perlu kita lakukan adalah membilas bahagian dalam blender dan pisaunya dengan air panas. Tanpa perlu mengeluarkan banyak tenaga, blender pun bersih kembali seperti sedia kala. Keringkan blender dengan lap bersih kemudian simpan di tempat yang kering.
Blender banyak membantu kita di dapur, oleh itu sebaiknya kita jaga blender dengan baik. Menggunakan blender tak akan membuat kita kesal kerana sisa-sisa bahan makanan yang susah nak dibersihkan. Memasak pun jadi semakin senangkan dengan blender bersih.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

IKLAN

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official