
Sesiapa sahaja pasti menggemari sambal belacan. Pelbagai jenis sambal belacan yang banyak dikongsikan di media sosial. Tetapi berbeza dengan sambal belacan Tok Mek, menurut Aida Ajoy sejak beliau kecil lagi ibunya sudah mula menjual sambal belacan ini dan pada ketika ini usianya sudah mencapai 45 tahun dan mewarisi resipi sambal belacan. Kini beliau tidak lokek berkongsi resipi yang beliau buat untuk jualan online kepada peminat tegar sambal belacan.
RESIPI SAMBAL BELACAN TOK MEK
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg cili merah
- 1/2 kg cili hijau
- 1/2 kg limau kasturi
- 350 g cili api
- 7 ulas bawang putih
- Sebiji bawang besar
- 2 biji tomato.
- Sedikit belacan
- Garam gula dan secukup rasa
CARA MEMASAK:
Caranya potong cili dan rendam dlm air biarkan biji2 nya keluar
Bawang besar, bawang putih dan belacan di goreng separuh masak.
Cili merah hijau cili api dan tomato di celur separuh masak
Kisar semua nya .. masukkan gula garam dan secukup rasa serta air limau kasturi .. kalau suka boleh masuk kan kulit limau tu sedikit
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Bihun Goreng Sedap Tapi Guna Satu Rencah Saja

Biasanya buat bihun kita letak banyak rencah, ayam, udang, sotong, fishcake dan sebagainya barulah rasanya sedap. Bahan sos pun jangan kedekut.
Tapi macam mana pula kalau rencah tiada namun tekak rasa nak makan bihun goreng. Apa kata goreng bihun ‘koboi’ perkongsian Hana A Razak. Bihun goreng yang ringkas sangat tapi sedap.
Rencah tak perlu macam-macam, letak satu bahan saja iaitu ikan bilis.Cara ini sesuai sangat bagi yang nak cepat masak atau bahan lauk di dapur tak berapa nak ada.
Cara buat bihun goreng guna satu rencah saja
Bahan-bahan:
2/3 paket bihun
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu cili kisar
2 biji bawang merah- hiris
2 biji bawang putih- hiris
2 biji telur
1/2 batang lobak merah- hiris
Kicap
Garam
Air
Cara membuat:
1.Cuci bersih ikan bilis, kemudian tumbuk separuh hancur
2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis dulu bagi garing sikit. Guna satu rencah ini saja. Nak ganti udang kering pun boleh.
3. Dah garing, baru tumiskan bawang yang dihiris nipis. Bawang dah layu baru masukkan cili kisar, tumis hingga cili masak dan pecah minyak.
4. Dah naik minyak, masuk kicap dalam sesudu untuk beri warna sambal cantik. Kemudian bolehlah letak sayur apa yang ada, lobak merah pun dah ok.
5. Masukkan air, banyak pun boleh sebab bihun ini rendam air biasa bukan air panas. Dah mendidih, pecahkan telur 2 biji.
6. Kemudian baru masukkan bihun. Kacau rata dan masukkan pula garam. Gaul sebati.
7. Siap, bihun koboi.
Selamat mencuba.
Sumber: Hana A Razak
Buat Sendiri Udang Kering Homemade Hanya Guna 3 Bahan

Isi Kandungan
ToggleUdang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Jika ditanya, mana lebih berbaloi antara buat sendiri dengan yang dibeli, buat sendiri ni memberi banyak manfaat. Walaupun sekilo udang bila dikeringkan hanya akan tinggal berat dalam 200gm, tapi jika dibeli, 200gm pun harganya sudah RM20. Udang basah ini sekilo harganya baru RM8. Jimat banyak!
Malah ada satu lagi yang membuatkan ia berbaloi untuk dibuat adalah dari segi pemprosesannya. Bila buat sendiri, peralatan dan tempat jemuran tentunya diyakini bersih. Tiada haiwan berkeliran serta pastinya dijaga dengan rapi dari hurungan lalat serta serangga. Barulah tidak rasa was-was untuk menikmatinya.
Menerusi perkongsian di fb oleh saudari Faizah Husain, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Kalau susah nak jemur panas, keringkan guna ketuhar je. Memang senang. Boleh sangat kalau nak cuba.
CARA MEMBUAT UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang merah kulit keras
- 1/2 cawan air
- 1 sudu garam kasar – beli online disini
CARA MEMBUAT:
1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood/makanan laut.
2. Udang yang sudah siap dibasuh.
3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan sesudu garam kasar. Garam ini bertujuan supaya udang tidak busuk.
5. Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung, keringkan udang dalam oven. Untuk suhu dan masanya, boleh cuba guna suhu 150C selama 20 minit.
7. Bila udang sudah kering dengan sempurna, masukkan dalam plastik. Lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di meja. Keluarkan isi udang dari dalam plastik.
8. Inilah hasil udang kering buat sendiri. Udang ini sudah bersih jadi boleh terus dimakan atau dimasukkan dalam masakan.
Kredit resipi & foto: Faizah Husain
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Apam Mekar & Apam Gula Hangus Yang Mudah & Sedap.

Kuih Apam Gula Hangus dan Apam Mekar Aiskrim Soda adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang-orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasa Kuih Apam Gula Hangus dan Apam Mekar Aiskrim Soda membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba.
1. APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN
- 190gm gula pasir
- 180gm air
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 2 biji telur gred A
- 10gm mentega atau majerin
- 100gm minyak masak
- 20gm susu pekat manis
- 190gm tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
- Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
- Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
- Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
- Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
- Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
- Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
2. APAM MEKAR AISKRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur gred A
- 290gm gula pasir
- 1sudu teh ovalete
- 240gm ais krim soda
- 300gm tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
- Pewarna pink atau pewarna yang disukai
CARA MEMASAK:
- Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
- Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
- Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
- Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
- Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh.
- Kukus dengan api besar selama 12 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.