Selalunya kalau yang tengah nak berdiet tu mesti perkara pertama sekali dalam list beli-belah nak beli peanut butter tuk makan masa sarapan. Phewww, mahal kot, lagi nak diet lagi mahal pulak. Terpaksa lah beli yang murah dengan rasa yang sangat manis dan tak sihat langsung!
Ada satu cara yang boleh membantu masalah macam ni, buat sendiri peanut butter HOMEMADE ni ha. Nak beli mahal kan, resepi sangat senang je rupanya. Bahan pun sihat. Yang penting sukat mengikut sukatan yang kamu inginkan!
Meh kita tengok kat bawah cara nak buat.
Bahan-Bahan:
500 gram kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit.
Madu asli
Virgin Olive oil
Garam bukit – garam biasa pun boleh. Kalau dapat garam bukit lagi cun, lebih sihat.
Cara-Cara:
1) Blend kacang yang sangai dengan buang kulit tadi, tambah secubit garam. Pakai blender kering tu. Letak kacang separuh bekas blender tu je. Jangan penuh. Blend sehalus-halusnya tau.
Ads
2) Baru masukkan olive oil dengan madu. Ni korang pandai-pandai agakla. Kaknaz letak 1 sudu besar olive, 1 sudu besar madu setiap kali blend. Kalau dapat kacang fresh dia keluar minyak sendiri, boleh kurangkan olive oil ni. Kacang kaknaz takmo terbit-terbit minyak dia. Sikit nau dia keluar. Tu taruk lebih sikit.
3) Kalau yang suka rasa chunky-chunky, boleh masuk kacang blend kasar tu sikit. Wallah! Syok gigit.
Ads
Siap! Boleh masuk botol. Nak tahan lama boleh simpan dalam fridge ok. Kalau boleh botol tu steril dulu.
Senang tak? Dah, tak yah bazir duit beli mahai-mahai, buat sendiri je. Kita boleh adjust manis masin sendiri. Lagi sihat sebab pakai madu, garam bukit ngan virgin olive oil, kan? 😍
Bagi penggemar daging, masakan ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang pastiya akan memberikan rasa yang lebih enak. Namun pastikan daging tersebut lembut dan empuk.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Daging Masak Kicap Juicy, menu tambah selera. Kalau selalu buat Daging Masak Kicap berkuah apa kata cuba resipi versi lain pula. Nampak memang sangat menyelerakan.
Resipi yang dikongsi oleh Kaseh Aryssa di laman Facebook Masak Apa Hari Ini cukup tersendiri. Daging kicapnya nampak berjus dan mengujakan.
Menurut empunya resipi ia cukup sedap tambah pula dimakan dengan nasi panas. Bagi yang suka pedas boleh letak cili padi banyak-banyak. Makan macam ni memang tak cukup nasi sepinggan.
Daging Masak Kicap Juicy
BAHAN-BAHAN:
Daging – hiris nipis
Kicap cair
½ sudu besar baking soda
1 sudu besar tepung jagung
Bawang holland – hiris bulat
Bawang putih – hiris
Capsicum – hiris memanjang
Daun bawang
Kicap manis
Sos tiram
Cuka
Bahan perasa
CARA PENYEDIAAN:
Bancuh kicap cair, baking soda, tepung jagung. Kemudian masukkan daging dan perap seketika
Goreng bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak. Bawang dah bertukar kekuningan ketepikan dan masukkan daging.
Biarkan daging dalam kuali tak perlu dikacau (supaya melekat sedikit warna kuning pada hirisan daging)
Bila daging dah separuh masak, kacau supaya daging masak rata.
Masukkan kicap, sos tiram, cuka dan bahan perasa. Gaul sebati.
Masukkan capsicum, gaul sebati dan sehingga masak.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia. Menu ini sesuai untuk makan tengah hari, makan malam, malah boleh dijadikan sajian istimewa untuk tetamu. Ikuti resipi lengkap di bawah untuk hasil terbaik.
Udang Goreng Sambal Matah
BAHAN-BAHAN:
UDANG GORENG ½ kg udang
5 ulas bawang putih – kisar kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit serbuk
4 sudu besar tepung menggoreng SAMBAL MATAH
1 biji bawang merah
10 biji cili padi
1 biji lada merah
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
Sedikit daun kesum
1 biji limau nipis
Sedikit daun ketumbar
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!