
Isi Kandungan
ToggleCinnamon roll homemade ini waktu tengah bakar memang harum satu rumah. Rasa tak sabar nak makan.
Meski menggunakan bahan asas saja tapi hasilya cukup enak macam cinnamon roll yang dijual kafe atau bakeri.
Menariknya, doh roti ini boleh digandingkan dengan dua jenis inti. Satu versi klasik dengan serbuk kayu manis dan coklat, satu lagi versi manis leleh dengan Nutella! Memang puas hati bila makan panas-panas lepas keluar oven.
Resipi cinnamon roll homemade
Bahan A (Campuran Susu Suam)
300ml susu segar (fresh milk)
50g mentega
50g gula
Sedikit esen vanila
Bahan B (Doh)
500g tepung gandum
Sedikit garam
2 biji kuning telur
7g yis kering (dry yeast)
Bahan Inti Kayu Manis Coklat
50g serbuk koko
1 sudu besar serbuk kayu manis
50g gula perang
Secubit garam
Cara membuat
1. Mula mula sekali sediakan campuran susu suam. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga mentega cair. Jangan sampai mendidih.
2. Kacau rata dan biarkan suam sebelum digunakan.
3. Seterusnya buat doh, satukan semua bahan B dalam mangkuk besar dan gaul rata. Tuang campuran Bahan A (yang telah suam) ke dalam adunan sambil diuli.
4. Jika doh terlalu keras, boleh tambah sedikit air — tapi jika doh sudah lembut, tak perlu tambah. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan dan licin.
5. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam sehingga doh mengembang dua kali ganda.
6. Pada masa yang sama satukan semua bahan filling dan kacau rata. Ketepikan.
Cara penyediaan cinnamon roll
- Selepas doh kembang, tumbuk doh untuk buang angin. Canai doh menjadi segi empat tepat setebal lebih kurang 1/2 inci. Sapukan mentega lembut di atas permukaan doh.
- Taburkan inti yang telah disediakan secara rata. Tekan sedikit agar inti melekat.
- Untuk inti Nutella, sapukan Nutella pada doh selepas canai, kemudian taburkan sedikit baki filling kayu manis jika suka.
- Gulung doh kemas dari hujung ke hujung, kemudian potong lebih kurang 1.5 inci tebal.
- Susun potongan ke dalam loyang beralas baking paper dengan sedikit jarak. Rehatkan semula selama 45 minit hingga 1 jam.
- Bakar pada suhu 170°C selama 25–30 minit atau hingga masak dan keemasan.
Kredit resipi & foto: Julita Binta Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Chicken Slice Roll, Gebu Dan Lembut Memang Tak Cukup Satu

Dah lama tidak membuat roti, terakhir buat dulu semasa PKP 1.0. Sebenarnya feeling buat roti ni yang paling best bila roti yang diuli , naik gebu. Sekali lagi semasa ia dibakar, aroma bau roti semerbak harum beri kepuasan kepada si pembuat. Jadi untuk minum petang ni , jom kita meroti, stok yis pun ada.
Roti Chicken Slice Roll
Killer Soft Bread (asas roti )
260gm tepung roti
40gm gula halus
1 sudu kecil yis
30gm mentega/marjerin
secubit garam
170gm ( 1 biji telur +susu segar )
1 peket chicken slice
Cheese slice
Sos cili
Mayonis
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali mentega.
2.Bila adunan dah sebati masukkan mentega.
3.Uli hingga elastik dan lembut.
4.Perap doh selama 1 jam.
5.Bila dah siap, tumbuk-tumbukkan bagi keluar angin dan bahagikan doh setiap satu berat 40gm (akan dapat dalam 10-11 doh )
6.Bentukkan lonjong dan canai memanjang.
7.Letakkan chicken slice dan cheese slice.
8.Gulung dari atas hingga hujung.
9.Masukkan dalam bekas dan tunggu hingga doh naik.
10.Sapukan egg wash.
11.Pipekan mayonis dan sos cili.
12.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25-30 minit.
Selamat mencuba.
Kredit: Hidayati Hana
INGIN MEMBELI BREAD MAKER, LIHAT DI SINI.
Zalina Kongsi 5 Bakeri Popular Super Sedap , Amat Laris Di Kafenya Zalynz Oven
Roti Bijan Goreng Ngam Makan Dengan Sambal Sardin, Mudah Buat & Sedap
Resipi Chicken Mushroom Pie Mudah Dan Sedap.Memang Laku Keras
Aneka Roti Homemade Super Lembut

Alangkah enaknya jika dapat menikmati roti dan ban bersama keluarga. Lebih-lebih lagi jika ia hasil air tangan sendiri. Kali ini RASA kongsikan enam jenis roti dan ban untuk anda cuba sendiri di rumah.
ROTI SERUNDING AYAM
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
300gm chicken floss (bahan inti)
BAHAN SAPUAN PADA ROTI:
1 sudu makan susu cair
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali chicken floss. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Tabur kata chicken floss di atas doh. Gulung doh dan potong sepanjang 3 inci.
- Ambil loyang dan oleskan sedikit mentega. Susun doh-doh yang telah dipotong tadi. Biarkan seketika hingga roti tadi mengembang.
- Untuk membuat sapuan di atas roti; satukan susu cair dan kuning telur dan kacau sekata. Sebelum bakar, sapu sedikit campuran kuning telur dan susu cair tadi pada bahagian atas roti.
- Bakar selama 15 minit pada suhu 170C (bergantung pada oven masing-masing).
- Keluarkan dan sedia dinikmati panas-panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak roti dan chicken floss yang seimbang
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14
Info chef: Sapuan pada roti adalah untuk mencantikkan roti setelah dibakar nanti.
ROTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
BAHAN-BAHAN (INTI):
150gm kacang merah |direndam
100gm gula pasir
20ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Rebus kacang merah yang telah direndam tadi sehingga hancur (lembut)
- Masukkan gula dan minyak masak. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
- Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bulatkan inti kacang merah tadi sekitar 40gm setiap satu.
- Ambil doh roti kira-kira 50gm setiap satu dan masukkan inti kacang merah ke dalam doh roti. Canai memanjang dan toreh memanjang pada doh tadi.
- Kemudian gulung dan letakkan di atas loyang. Ulangi langkah hingga selesai.
- Biarkan seketika sehingga doh mengembang sekata.
- Sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan tabur bijan sebagai hiasan jika mahu.
- Bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan: Keenakan inti kacang merah
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Jika mahu inti kacang merah lebih manis, boleh tambah lebih gula.
ROTI BUTTERSCOTCH DWI WARNA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
Sedikit pewarna ungu
BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH:
200ml krim putar
150gm gula perang
10gm mentega
- Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bahagikan doh roti kepada dua bahagian. Warnakan ungu pada satu bahagian.
- Masukkan adunan berwarna ke dalam adunan tanpa warna. Leperkan setebal 1 inci. Kemudian gunting tetapi jangan sampai putus untuk mendapatkan bentuk roti.
- Setelah doh roti kembang, bakar roti selama 10 minit pada suhu 170C.
- Angkat dan keluarkan. Sapukan mentega pada bahagian atas roti yang panas. Ketepikan.
- Untuk membuat sos butterscotch; cairkan gula perang, perlahankan api. Masukkan krim putar ke dalam gula perang tadi. Kacau sebati, dan tutup api. Kemudian masukkan mentega.
- Sedia dihidangkan bersama roti.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Sos butterscotch yang sedap
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Reneh dan bakar
Anggaran kos: RM15
Info chef: Anda boleh gunakan pewarna yang anda sukai.
ROTI KEJU
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
4 keping keju
1 biji kuning telur |sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bahagikan doh kepada 50gram setiap satu.
- Setelah itu, lipat kepingan keju kepada empat. Masukkan keju ke tengah-tengah roti.
- Leperkan setebal ½ inci dan letakkan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas kek cawan. Ulangi langkah hingga doh selesai.
- Biarkan doh mengembang. Sapu kuning telur pada doh roti dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan panas.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah lebih keju jika suka.
CHICKEN SLICE ROSE
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
Kepingan ayam secukupnya |potong bentuk tiga segi
Sedikit mentega
1 biji kuning telur |sapu di atas roti
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Bahagikan adunan kepada 30gram setiap satu.
- Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh.
- Lipat doh dan susun di dalam loyang yang telah dioles sedikit mentega.
- Ulangi langkah hingga selesai.
- Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Kepingan ayam tambah kesedapan roti
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Enak dimakan bersama sos cili atau sos tomato.
BAN SOSEJ
BAHAN-BAHAN (ROTI):
250gm tepung high protein
7gm yis
10gm shortening
10gm bread softener
5gm garam
10gm gula
80ml air
10gm susu tepung
UNTUK ANYAMAN:
2 batang sosej |belah tiga
UNTUK SAPUAN DI ATAS ROTI:
1 biji kuning telur
Sedikit mentega
Sedikit serbuk oregano
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan untuk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
- Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
- Toreh doh kepada tujuh bahagian. Sulam sosej seperti membuat anyaman.
- Biarkan doh mengembang. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit serbuk oregano di atasnya.
- Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.
- Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit mentega. Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak roti dan keenakan sosej
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13
Info chef: Anda boleh sosej ayam atau roti mengikut kesukaan masing-masing.
Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
Roti Canai Sarang Burung Terbaik di Bunch-Oh, Malakat Mall Cyberjaya
Nak Roti Gebu Berinti Kari Ayam Sedap, Ikut Langkah Memasak Ini.
Roti Goreng Lemak Manis. Sajian Minum Petang Terlajak Mudah.
4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni pun dah terbayang keenakkannya. Keju, susu, mentega adalah tiga bahan asas yang biasanya ada dalam masakan barat.
Ditambah pula dengan daging dan sayur-sayuran, barulah lengkap rasanya. Ni min kongsikan empat snek barat untuk dicuba, nak beli mahal nih.
1. VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
- 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
- 400 gram daging cincang
- 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
- 5 helai daun oregano (dicencang halus)
- ½ kg serbuk roti
- 2 biji telur
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh paprika
- Serbuk perasa
- Keju krim (untuk sos)
- Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
1.Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2.Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3.Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4.Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5.Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6.Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7.Boleh dihidangkan bersama keju krim.
2. FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji telur
- 30 gram susu segar
- 25 gram cendawan butang (dihiris)
- 25 gram bawang merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
- 25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
- 10 gram daun bawang
- 25 gram keju Cheddar (diparut)
- 25 gram keju Mozzarella (diparut)
- 10 gram mentega
- Garam
- Lada putih
CARA MEMASAK :
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
6. Sedia untuk dihidang.
3. SHEPERD PIE DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
- 100gm daging tetel lembu | dipotong kecil
- 5-6 biji kentang russet | direbus empuk
- 2 biji bawang besar | dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
- 1/2 kiub stok daging lembu | mengikut cita rasa
- 1 batang lobak merah | potong sebesar 2.5cm
- 2 batang seleri | potong sebesar 2.5cm
- 6-7 biji cendawan butang segar | dihiris kasar
- 2 helai daun bay
- Sedikit herba rosemary dan thyme
- 2 sudu teh sos Lea & Perrins
- Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
- 180ml susu segar
- 100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
- 100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
- 2 sudu makan minyak zaitun
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan.
5. Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 40 minit
Jenis Hidangan: Inggeris
Keistimewaan: Rasa lemak ubi kentang dan rempah ratus yang seimbang
Jenis Penyediaan: Pai
Cara Memasak: Tumis dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40
4. LASAGNA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
- 650gm daging kisar
- 2 batang seleri | panggang dan dikisar
- 2 biji tomato | panggang dan dikisar
- 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
- 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
- 3 biji bawang putih
- 1 tin kecil tomato puri
- 6-7 biji cendawan butang
- 500ml air
BAHAN HERBA:
- 2 sudu kecil oregano
- 2 sudu kecil paprika
- 2 helai daun bay
- 1 sudu kecik thyme
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
- 125ml susu cair (evaporated)
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 kiub stok daging
- 100gm mentega
- 2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
- 60gm tepung gandum
- 375ml susu cair segar
- 100gm mentega
- 7 keping kepingan keju cheddar
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
3. Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
4. Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
6. Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan.
9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
10. Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan.
11. Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
Saiz Hidangan: 3-5 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Mengenyangkan dan sedap
Jenis Penyediaan: Pasta
Cara Memasak: Tumis, goreng dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40