Ingatkan susah nak masak Chicken Tikka Masala ni, rupanya mudah saja. Bolehlah cuba buat di rumah nanti. Chicken Tikka Masala ni antara hidangan yang popular dari masakan India yang terkenal dengan rasa rempah yang kaya dan kuah yang berkrim. Untuk tambah enak, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Memang puas hati!
CHICKEN TIKKA MASALA
Bahan-bahan:
2 keping ayam | bahagian thigh
½ cawan Fernleaf Yogurt Asli
2 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar jintan manis
50gm keju Perfect Italiano Mozzarella
2 sudu besar garam masala
1 cawan Anchor Cooking Cream
2 biji tomato
30gm daun ketumbar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara Memasak:
Untuk membuat kuah, masukkan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang Holland yang telah dikisar serta jintan manis sehingga naik bau.
Masukkan garam masala, serbuk paprika, tomato, Anchor Cooking Cream, daun ketumbar, Fernleaf Yogurt Asli dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Masak hingga sebati dan mendidih. Perasakan dengan garam dan kuah siap dimasak.
Untuk membakar ayam, tuangkan minyak di atas dulang pembakar. Letakkan ayam yang telah dicucuk pada lidi dan tuangkan kuah tadi di atas ayam.
Kemudian, taburkan keju Perfect Italiano Mozzarell dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit.
Hari ni kita terbang jauh sikit ke Korea untuk menikmati Omelette Korea Kobis Berkeju. Telur dengan limpahan keju yang sangat menggiurkan. Resipi yang paling mudah nak buat. Sekelip mata je dah siap! Untuk dapatkan regangan yang sempurna, gunakanlah Keju Perfect Italiano Mozzarella. Anda pasti puas hati dengan hasil apabila melihat keju ini mencair dan ditarik. Memang berkualiti tinggi. Jom cuba!
OMELETTE KOREA KOBIS BERKEJU
Bahan-Bahan:
6 biji telur
100gram Perfect Italiano Mozzarella
30gram kobis – hiris halus
1 batang daun bawang – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk yang besar; pecahkan telur lalu pukul sebati hingga agak kembang. Masukkan garam dan lada sulah secukupnya, pukul lagi.
Masukkan hirisan kobis, daun bawang dan Perfect Italiano Mozzarella. Kacau sebati.
Sediakan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Tuang sesudu makan bancuhan telur ke dalam kuali (api kecil sahaja) lalu ratakan.
Masak seminit. Gulung sedikit di penghujung omelette. Tuang lagi sesenduk bancuhan telur di bahagian tengah omelette dan masak lagi seminit. Gulung sedikit lagi lalu tuang bancuhan telur sesenduk lagi.
Ulangi proses menuang bancuhan, biarkan masak dan gulung hingga semua bahan habis hingga dapat satu gulungan besar omelette. Setelah itu, potong gulungan omelette dan hidangkan panas.
Ayam Butter Cheese memang antara lauk kegemaran ramai sebab nak buatnya memang mudah dan sedap. Malah lauk ini sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Nak lagi sedap, gunakan Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Untuk menambah aroma dalam hidangan, gunakan Anchor Unsalted Butter. Pasti puas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!
AYAM BUTTER CHEESE
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam | dipotong kiub, digaul bersama kunyit dan garam
3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
50gm Perfect Italiano Mozzarella
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih | kisar
5 biji cili padi | kisar
2 batang serai | kisar
¼ cawan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural
½ cawan air
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter, gorengkan ayam yang telah digaul bersama kunyit dan garam sehingga garing. Ketepikan.
Tumiskan daun kari dan bahan kisar. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika..
Masukkan ayam serta Fernleaf Greek Style Yogurt Natural lalu kacau rata.
Tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella, kacau perlahan sehingga keju cair dan sebati dalam kuah.
Siap untuk dihidang. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.
Jika anda mencari menu yang berkhasiat untuk anak-anak, boleh cuba buat Muffin Ayam & Bayam Cheese. Gabungan telur, ayam, bayam dan keju yang mengenyangkan. Sesuai sangat untuk anak-anak yang tak makan sayur kerana tak terasa langsung bayam di dalamnya. Untuk menambah kalsium dan protein dalam hidangan, jangan lupa gunakan Keju Chesdale. Sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Ibu-ibu kena cuba resipi ni. Anak-anak pasti suka.
MUFFIN AYAM & BAYAM CHEESE
Bahan-bahan:
200gram isi ayam – rebus & siat-siat
100gram bayam – cincang kecil
180ml Fernleaf Susu UHT
6 keping Keju Chesdale
4 biji telur
1/2 sudu teh oregano kering
1/2 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama Fernleaf Susu UHT, lada sulah, garam dan oregano kering hingga sebati.
Masukkan ayam, cincangan bayam lalu gaul rata.
Masukkan Keju Chesdale yang dipotong-potong dan gaul rata.
Sapu mentega secukupnya dalam dulang muffin.
Tuang bancuhan muffin secukupnya ke dalam acuan.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit atau hingga muffin keperang-perangan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!