Chef Zam adalah di antara chef selebriti yang tersentuh jiwa dan prihatin mengenai nasib mereka yang berada di Pusat Kuarantin, anggota polis , golongan asnaf dan gelandangan di kala wabak Covid-19 ini. Aktivitinya membuat kerja sukarelawan dapat dilihat di Instagramnya @ Chef_ Zam.
Usaha murninya bersama badan kebajikan Food Aid Foundation di mana Chef Zam adalah salah seorang pengasasnya menjalankan kerja sukarelawan , menyediakan masakan untuk mereka yang memerlukan memang patut dipuji dan dicontohi masyarakat.
Dalam menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP) untuk menyekat penyebaran Covid -19 ini ada yang kena berkurung kerana berada di Pusat Kuarantin.
Chef Zam juga prihatin dengan anggota polis yang sibuk bertugas dan lebih -lebih lagi golongan gelandangan dan asnaf yang tidak berkemampuan untuk menyediakan makanan untuk diri dan keluarga.
Ketika dihubungi Chef Zam menerangkan aktiviti ini selari dengan objektif penubuhan Food Aid Foundation iaitu memastikan tiada sesiapa yang kelaparan di Malaysia dan atas prinsip semua orang patut mendapat makanan tanpa mengira bangsa, agama waima kerakyatan.
Ads
Bukan hanya ketika wabak Covid-19 sahaja , malah di hari biasa adalah menjadi aktiviti dan rutin kebajikan Yayasan ini menghulurkan bantuan makanan kepada pelarian Rohingya dan pekerja-pekerja asing di negara ini dan golongan susah , asnaf serta gelandangan.
Apabila Covid-19 mula menular bermula 14hb Mac lagi, Food Aid Foundation menambahkan senarai bantuan makanan kepada pusat kuarantin iaitu Akademi Audit Negara di Nilai dan juga pusat kuarantin di AKEPT (Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Mereka adalah rakyat Malaysia dan negara jiran yang dibawa pulang dari Iran dan Itali .
Food Aid Foundation juga melipat gandakan bantuan makanan kepada asnaf dan gelandangan dengan menyediakan makanan basah seperti daging, ikan dan ayamdan juga makanan kering.
Ads
Kata Chef Zam lagi ,“Jika sebelum bantuan makanan dihantar sendiri, namun kerana covid-19 , ini bantuan set makanan diambil oleh anggota pertahanan awam untuk diserahkan kepada pusat kuarantin dan mereka yang perlu dibantu itu.”
Chef Zam yang juga Pengetua dan Pemilik , Kolej Antarabangsa Silverspoon juga turut merakam penghargaan kepada MBSB Bank (Malaysia Building Society Berhad). Berahim , Air Asia, Tesco, syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan yang turut memberi sumbangan kepada Food Aid Foundation.
Anda juga boleh membuat sumbangan samada wang atau bahan makanan melalui IG dan FB Food Aid Foundation..
Kalau dulu restoran makanan tradisional Melayu sering dikaitkan dengan warung kampung atau kedai makan biasa, sekarang tidak lagi. Kini semakin banyak restoran tampil dengan konsep lebih moden, selesa dan aesthetic tetapi masih mengekalkan rasa asli masakan Melayu yang cukup dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.
Daripada lauk kampung berderet, sambal belacan pedas menyengat hinggalah gulai lemak yang pekat berlemak, semuanya masih menjadi pilihan ramai walaupun dunia makanan semakin moden. Bezanya sekarang, pengalaman menikmati makanan tradisional Melayu juga semakin premium dan eksklusif.
Menariknya, restoran makanan Melayu moden seperti ini bukan sahaja popular dalam kalangan keluarga, malah menjadi port kegemaran anak muda, content creator dan kaki food hunting yang mencari suasana cantik untuk makan sambil bergambar.
Kalau anda sedang mencari port makanan tradisional Melayu yang sedap, selesa dan sesuai untuk pelbagai occasion, ini antara tempat yang memang wajib cuba sekitar KL dan Selangor.
Kalau sebut tentang restoran makanan tradisional Melayu moden yang sedang viral sekarang, nama Rembayung memang antara yang paling kerap disebut ramai.
Restoran ini semakin mendapat perhatian terutama selepas dikaitkan dengan personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming. Tidak hairanlah ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu mencuba sendiri hidangan di sini.
Apa yang menarik tentang Rembayung ialah suasananya yang cukup tenang dan eksklusif. Dekorasi moden dengan elemen kayu dan sentuhan klasik Melayu menjadikan restoran ini nampak sangat premium tetapi masih terasa warm dan mesra.
Pilihan makanannya pula memang menggamit selera. Antara menu yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah daging salai masak lemak, ayam goreng kampung, sambal tempoyak dan pelbagai jenis ulam-ulaman tradisional.
Bukan sekadar sedap, presentation makanan di sini juga sangat cantik dan sesuai untuk dikongsi di media sosial.
Peria pula menawarkan pengalaman makanan tradisional Melayu yang lebih moden dan minimalist tetapi masih mengekalkan identiti rasa tempatan yang cukup kuat.
Restoran ini semakin popular dalam kalangan golongan muda dan pekerja korporat yang mahukan suasana makan lebih classy dan selesa.
Walaupun konsepnya moden, menu-menu di sini masih berinspirasikan masakan tradisional Melayu seperti rendang, ayam percik, masak lemak dan pelbagai lagi hidangan tempatan yang dimasak dengan sentuhan lebih premium.
Apa yang membuatkan ramai suka datang ke Peria ialah suasana restoran yang sangat aesthetic dan tenang. Memang sesuai untuk lunch date, makan bersama keluarga atau sekadar healing sambil menikmati makanan sedap.
Bagi pencinta makanan tradisional Melayu asli, Cili Kampung memang antara nama yang cukup terkenal.
Restoran ini terkenal dengan konsep makanan Melayu tradisional secara buffet dan pilihan lauk yang sangat banyak. Daripada gulai lemak, ikan bakar, ayam kampung goreng hinggalah sambal belacan yang pedas padu, semuanya ada di sini.
Suasana restoran yang santai dan mesra keluarga menjadikan tempat ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutama waktu lunch dan hujung minggu.
Bijan merupakan antara restoran makanan tradisional Melayu premium yang cukup terkenal di Kuala Lumpur.
Restoran ini berjaya mengangkat makanan tradisional Melayu ke tahap lebih eksklusif dan fine dining tanpa menghilangkan rasa autentik masakan asal.
Antara menu popular di sini termasuk rendang Tok, kerabu mangga dan hidangan seafood tradisional yang dimasak secara moden.
Suasana restoran yang elegan juga menjadikannya lokasi sesuai untuk makan malam istimewa atau celebration.
Nama Chef Wan sendiri sudah cukup membuatkan ramai yakin dengan kualiti makanan di sini.
De.Wan 1958 menawarkan pengalaman menikmati makanan tradisional Melayu dalam suasana mewah dan moden. Dekorasi restoran sangat cantik dengan elemen budaya tempatan yang cukup menyerlah.
Menu seperti nasi kerabu, sate premium dan gulai kawah menjadi antara pilihan ramai pelanggan.
Serai sudah lama dikenali sebagai antara restoran yang berjaya menggabungkan makanan tempatan dengan konsep dining moden.
Walaupun mempunyai menu fusion dan western, hidangan makanan tradisional Melayu mereka tetap menjadi pilihan ramai pelanggan setia.
Suasana restoran yang selesa dan elegan menjadikan Serai sesuai untuk makan bersama family atau gathering santai.
Restoran ini terkenal dengan konsep Nusantara moden yang cukup unik.
Menu seperti ayam goreng berempah, sambal hijau dan ikan bakar menjadi antara hidangan paling popular di sini.
Presentation makanan yang cantik dan suasana restoran yang moden membuatkan ramai suka datang untuk menikmati pengalaman makan yang lebih premium.
Irama Dining tampil dengan konsep elegant dining yang menggabungkan seni, budaya dan citarasa moden Malaysia dalam satu ruang yang mewah dan artistik. Restoran ini menawarkan ambience classy dengan sentuhan dekorasi kontemporari, sesuai untuk fine dining, majlis istimewa dan pengalaman makan yang lebih eksklusif bersama keluarga atau rakan.
Restoran ini menawarkan gabungan makanan Peranakan dan Melayu lama dalam suasana heritage yang cukup cantik.
Dekorasi restoran yang klasik dan aesthetic membuatkan ramai content creator suka datang ke sini.
Walaupun konsepnya moden, rasa makanan tetap mengekalkan elemen tradisional yang cukup kuat.
Banglo 289 menawarkan pengalaman dining dalam suasana banglo moden yang cozy dan eksklusif di tengah kota Kuala Lumpur. Dengan konsep santai tetapi premium, restoran ini terkenal dengan dekorasi estetik, suasana romantik waktu malam serta pilihan menu fusion dan tempatan yang sesuai untuk family gathering, dinner date dan celebration.
Hari ini ramai semakin menghargai makanan tradisional Melayu, terutama apabila ia dipersembahkan dalam suasana lebih moden dan selesa.
Bukan sekadar soal makanan, tetapi pengalaman makan itu sendiri yang membuatkan restoran seperti ini semakin popular.
Tambahan pula, konsep restoran Melayu moden sangat sesuai untuk:
Kalau anda seorang peminat makanan tradisional Melayu, 10 port ini memang wajib masuk dalam wishlist!
Raja Berjiwa Rakyat. Itulah yang boleh digambarkan akan keperibadian Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jika semalam, YDPA Al-Sultan Abdullah bersama-sama turun padang meninjau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak PDRM di sekitar ibu negara, hari ini Raja Permaisuri Agong pula memasak juadah untuk disumbangkan kepada para doktor, jururawat dan petugas Hospital Sungai Buloh.
Menerusi instagram airtangan_tunkuazizah, baginda dilihat menyediakan beberapa juadah yang kemudiannya dibungkus dalam pek makanan. Nampak enak dan membuka selera kan?Pasti para petugas berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab.
Walau kepenatan, diharap dengan sajian istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong ini dapat memberi semangat buat para petugas hospital.
Menjunjung kasih dan terima kasih kepada SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan kami di Hospital Sungai Buloh.
Setakat hari ini, sebanyak 1183 kes dilaporkan di Malaysia dengan 8 kematian dicatatkan. Malah 114 kes telah sembuh. Jumlah yang membimbangkan dan mungkin akan lebih meningkat jika tidak ditangani dengan sempurna.
Oleh itu,ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-19 di negara ini.
Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran ‘semi fine dining’ yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan sayap menerusi pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.
Lokasi strategik ditambah permintaan pelanggan menjadikan Elmina sebagai pilihan terbaik terutama buat penggemar hidangan enak di pinggir Lembah Kelang.
Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid berkata Elmina menjadi pelengkap sasaran lokasi di Lembah Klang yang mensasarkan bahagian Utara Lembah Klang seperti mana tiga cawangan sebelum ini.
“Putra Height adalah untuk bahagian barat Lembah Klang, cawangan di Putrajaya di bahagian barat serta Ampang untuk sekitar kejiranan bahagian tengah Lembah Klang.Outlet baharu di Elmina yang boleh memuatkan 50 pelanggan dalam satu masa merupakan cawangan terkini apabila beroperasi sejak Julai tahun lalu. Melihatkan sambutan, nyata pemilihan lokasi ini sangat bertepatan.
Kami percaya, selain hidangan aneka makanan barat yang enak sekali gus menjadi tanda dagang Kay’s Steak & Lobster serta layanan enam bintang, pelanggan juga mendapat kemudahan tambahan iaitu parkir kereta yang banyak,” katanya.
Aizuddin berkata demikian ketika majlis perasmian Restoren Kay’s Steak & Lobster Elmina yang menyaksikan kehadiran lebih 100 jemputan termasuk wakil media, pempengaruh serta rakan niaga.
Menurutnya, hebahan mulut ke mulut daripada pelanggan yang pernah merasai kelazatan hidangan istimewa terutama Beef Wellington di restoran terbabit antara penggalak orang ramai meminta mereka beroperasi di situ.
“Kami tiada formula khas untuk kekal bertahan, sebaliknya terus disokong ramai pelanggan setia serta pelanggan baharu yang kembali semula menikmati makanan kami sama ada bersama keluarga mahupun rakan.
“Istimewanya, selain menu utama seperti udang kara hidup diterbangkan hidup dari Maine, Boston dan Kanada selain stik dan aneka pasta, Beef Wellington yang juga signature Kays Steak & Lobster merupakan pilihan pelanggan bahkan mendapat sijil halal Jakim.
“Daging stik juga diimport dari ladang terbaik di Australia iaitu daging jenis premium dari pembekal Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat juicy serta tidak dibekukan dan paling penting dijamin halal,” ujarnya.
Hidangan premium stik di Kay’s Steak & Lobster masih dikira mampu milik dengan harga bermula RM130 untuk stik ribeye manakala bagi hidangan lobster adalah antara RM300 dengan berat lobster sekitar 800 gram.
Kay’s Steak & Lobster juga adalah lokasi makan seisi keluarga termasuk mereka yang mempunyai anak kecil dan seringkali menjadi lokasi untuk sesetengah pelanggan meraikan detik gembira seperti hari ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan.
“Dekorasi dalam setiap premis turut menjadi keutamaan kami bahkan cawangan Elmina dilengkapi ruang privasi buat mereka yang ingin menikmati hidangan dalam suasana private,” tambahnya.
Menjelang Ramadan, Aizuddin dan pasukannya bakal menyajikan hidangan tambahan istimewa iaitu nasi lemak lobster berempah Dan Nasi Lemak Rendang Short Rib berempah selain menyajikan menu sedia ada.
Sementara itu, katanya Kay’s Steak & Lobster turut dalam perancangan membuka satu lagi cawangan baharu di KLGCC Kuala Lumpur pada Ogos ini dengan konsep berbeza.
Seterusnya adalah mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2026.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan dapatkan maklumat lanjut di kaysteaklobter.com.
Kunafa Moden semakin popular dengan pelbagai perisa seperti Biscoff, Nutella dan Red Velvet. Namun adakah trend viral ini menghilangkan identiti asal kunafa dan menjadikannya makanan sampah?