Masak nasi putih ini bukan sekadar basuh dan bilas saja, ada cara dan ilmu khusus perlu dibuat ketika tanak nasi supaya rasa nasi bukan tawar tapi sedap.

Terlibat dalam dunia perniagaan makanan selama lebih 25 tahun Chef Shukri berkongsi ilmu yang dipraktikkan yang juga katanya diguna pakai oleh kebanyakan pengusaha kedai makan dan serta tukang masak lauk kenduri.

Ilmu masak nasi putih 

Chef Kongsi ‘Ilmu’ Masak Nasi Putih Supaya Terasa Sedap, Tak Tawar & Kosong

 

IKLAN

“Saya nak kongsikan ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Boleh juga gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap.

“Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Masa nak masak nasi pula masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak.Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?

“Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih,”terang Chef Shukri

IKLAN
Chef Kongsi ‘Ilmu’ Masak Nasi Putih Supaya Terasa Sedap, Tak Tawar & Kosong

 

Letak gula batu kalau masak nasi tomato atau nasi minyak

Dalam pada itu katanya jika ingin masak nasi nasi Tomato, Nasi minyak dan lain-lain  masukkan tiga-empat ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik. Akui beliau, inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak.”

IKLAN

Semoga bermanfaat

Sumber: Chef Shukri

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI