
RASA tampil dengan rancangan masakan ‘online’ terbaru, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi. Menampilkan Chef Imelda Harris sebagai pengacara, pada setiap minggu Chef Imelda akan berkongsi resipi masakan menggunakan bahan-bahan dari bakul misteri. Kalau nak salin resipinya, saksikan Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi secara live di Facebook Majalah Rasa dan Youtube Channel Majalah Rasa pada setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi.
Sedar tak sedar, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi dah masuk episod ke 11. Jadi Chef Imelda telah berkongsi dua resipi mudah, sedap dan membuka selera menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul misteri iaitu Asian Baked Tuna Pasta dan Epal Sos Butterscotch. Wow…Sesuai sangat dijadikan menu bekal anak ke sekolah.
1. ASIAN BAKED TUNA PASTA
.
BAHAN-BAHAN:
250g penne | direbus al-dente
1 tin besar tuna di dalam air garam
7 biji cendawan butang perang | dihiris nipis
1 kiub pati ikan bilis
3 ulas bawang putih | diracik halus
1 biji bawang besar | dipotong dadu
3 sudu makan pes cili
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos tiram
200gm parutan keju cheddar
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan dengan sedikit minyak.
2. Masukkan pes cili dan tumis sehingga garing.
3. Seterusnya masukkan cendawan, kicap manis, sos tiram, kiub ikan bilis dan isi ikan tuna. Pastikan bahan mesra.
4. Kemudian, masukkan penne dan perisakan dengan garam lalu di gaul rata. Tutup api.
5. Tuang ke dalam acuan yang sudah di oles dengan sedikit minyak.
6. Tabur dengan keju sebelum di bakar selama 40 minit pada suhu 180C.
2. EPAL SOS BUTTERSCOTCH
BAHAN-BAHAN:
5 biji epal hijau
1/2 biji jus lemon
1/4 cawan gula perang
Air secukupnya
BAHAN SOS:
6 sudu makan mentega
1/2 cawan krim
1 cawan gula perang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan jus lemon, gula dan air sehingga merenih dan masukkan epal. Masak sehingga epal lembut dan ketepikan.
2. Untuk membuat sos, panaskan mentega sehingga separuh cair lalu masukkan gula.
3. Setelah gula separuh cair, masukkan krim dan kacau sehingga sos pekat.
4. Hidangkan sos bersama epal tadi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI