Dah tengok siaran Campak-Campak Jadi Ep 10 di Channel Yout Tube Majalah Rasa dan FB Rasa. Nampak menyelerakan kan dua menu yang dimasak hari tu.

Campak Campak Jadi Ep 10, Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Tanduk Kacang Hijau Paling Mudah & Sedap.

Tengok rupa pun dah tahu sedap. Sesiapa yang tak sempat salin resipi jom semak resipi gerenti sedap ni. Chef Imelda memang terbaiklah sentuhannya.

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK LABU

Ads
Campak Campak Jadi Ep 10, Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Tanduk Kacang Hijau Paling Mudah & Sedap.

BAHAN-BAHANNYA:

Campak Campak Jadi Ep 10, Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Tanduk Kacang Hijau Paling Mudah & Sedap.
  • 1kg siput sedut – direndam dengan air garam dan dibersihkan hujungnya
  • Setengah biji labu manis – dipotong kiub
  • 2 batang serai – dititik
  • 7 biji cili padi -dikisar
  • 5 biji Bawang merah -dikisar
  • 3 ulas Bawang putih -dikisar
  • 2 inci kunyit hidup -dikisar
  • Segenggam kecil ikan bilis – dikisar
  • 1 helai daun kunyit –diracik halus
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit Garam
  • Air yang mencukupi
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :

1. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Seterusnya masukkan siput yang telah dicuci bersih. Biarkan mereneh seketika.
3. Kemudian tuang santan dan labu, biarkan mendidih. Taburkan daun kunyit dan jaga api supaya kuah tidak membuak lalu perisakan dengan garam secukupnya.
4. Bila labu agak lembut tutup api dan sedia dihidang.

Ads

PENGAT PISANG TANDUK KACANG HIJAU

Campak Campak Jadi Ep 10, Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Tanduk Kacang Hijau Paling Mudah & Sedap.

BAHAN-BAHANNYA:

Ads
Campak Campak Jadi Ep 10, Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Tanduk Kacang Hijau Paling Mudah & Sedap.
  • 1 pisang tanduk – dihiris menyerong
  • 2 cawan kacang hijau- sudah direbus separa lembut
  • 1 tin isi jagung manis
  • 1 cawan sagu
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula Melaka parut
  • ½ cawan gula perang
  • Sedikit garam
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK :
1. Panaskan mentega dengan sedikit gula perang sehingga sedikit cair.
2. Masukkan pisang dan masak sehingga lapisan isi pisang menjadi sedikit karamelize. Ketepikan.
3. Rebus kacang hijau dan sagu sehingga lembut dengan air yang mencukupi. Kemudian masukkan daun pandan dan santan.
4. Masukkan jagung, gula Melaka dan garam secukup rasa. Apabila bubur mereneh, masukkan pisang dan masak sebentar lalu ditutup api.

Campak Campak Jadi Ep 10, Siput Sedut Masak Lemak & Pengat Pisang Tanduk Kacang Hijau Paling Mudah & Sedap.

Teruskan menonton Campak Campak Jadi seterusnya live di Facebook Rasa setiap Rabu jam 11.30 pagi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI