Cheese Roll atau Sardine Roll sangat sesuai untuk minum petang atau sarapan. Hidangan ini tidak terlalu berat. Nak hidangkan pun senang. Cuma goreng saja. Kalau anda buat banyak, boleh simpan sejuk beku. Esok-esok nak makan, ambil dan gorengkan saja.

Rutin harian yang sibuk ada kala mengekang kita daripada menyediakan hidangan dari air tangan sendiri. Asyik beli je kan? Jadi dah ada resipi ni, cuba buat sendiri hidangan untuk keluarga. Lagi sedap dan kasih sayang pun erat.

RASA kongsikan resipi untuk anda buat dua jenis roll ini di rumah. Anak-anak pun suka makan roll macam ni.

Cheese Roll

Cheese Roll dan Sardine Roll, Idea Sarapan atau Minum Petang Ringkas Untuk Anda Yang Sibuk

IKLAN

Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air

Bahan inti
Sekeping keju

Cara membuat
1.Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.
6.Ambil sedikit doh dan uli memanjang.
7.Letakkan keju dan gulung rapi.
8.Goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.
9.Angkat dan toskan.

IKLAN

Sardin Roll

Cheese Roll dan Sardine Roll, Idea Sarapan atau Minum Petang Ringkas Untuk Anda Yang Sibuk

Bahan untuk doh
1 kg tepung
1 cawan minyak masak (dipanaskan)
1cawan mentega (cairkan dalam periuk)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam
2 biji telur ayam
250 ml air

Cara membuat
1.Sediakan tepung dalam bekas. Masukkan minyak masak.
2.Masukkan mentega. Uli sedikit.
3.Masukkan gula dan garam yang dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
4.Masukkan telur ayam satu demi satu.
5.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan tidak melekat di tangan.

IKLAN

Bahan inti
Minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 biji bawang besar (dicencang)
3 biji cili padi
1 biji kentang (potong dadu)
1 tin kecil sardin
Garam secukup rasa

Cara membuat
1.Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
2.Tumis cili kisar.
3.Masukkan bawang putih dan bawang besar.
4.Masukkan cili padi. Tumis sehingga agak kering.
5.Masukkan kentang. Kacau dan biarkan kentang masak.
6.Masukkan sardin dan garam. Biarkan masak. Angkat.

Cara penyediaan
1.Ambil sedikit doh dan gelek gunakan penggelek secara memanjang.
2.Letakkan inti sardin. Gulungkan doh dengan kemas.
3.Panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan.
4.Angkat dan toskan.

 

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI