Mulakan hari minggu pertama dengan semangat baru. Hidangan untuk keluarga perlu diberi perhatian. Sarapan pagi jangan pula dilupakan. Untuk anda yang suri rumah, bekerja dan mempunyai anak-anak bersekolah, sarapan mudah dan mengenyangkan ini sangat baik untuk tenaga sebelum tiba waktu makan tengahari.

 

 

MINI MUFIN TELUR BAYAM BERKEJU

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 150gm daun bayam | hiris
  • 1 tiub tauhu Jepun | hancurkan
  • 1/2 biji cili Benggala | dadu halus
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan keju cedar | parut
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bayam, cili Benggala, tauhu dan keju dalam mangkuk.
  2. Gaul rata, ketepikan.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata.
  4. Masukkan susu cair, serbuk perasa ayam,serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Kacau rata, kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi campuran daun bayam tadi. Gaul rata.
  6. Masukkan dalam acuam mangkuk kertas.
  7. Panaskan perikuk kukusan, setelah air mendidih kukus muffin lebih kurang 15 minit.
  8. Mufin sedia dihidangkan bersama Sos Cili Thai.

 

INFO CHEF: Jika ingin muffin ini lebih kering, anda boleh bakarnya dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15-20 minit.

…………..

 

CHICKEN & RICE PATTIES

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi dada ayam  | rebus dan carik-carik
  • 1 cawan nasi  | kisar kasar
  • 2 biji telur
  • ½ cawan susu segar
  • 2 sudu makan keju pemersan
  • Sedikit parutan lobak merah
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu the serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
  2. Campurkan nasi, isi ayam, parutan lobak merah, daun bawang.
  3. Gaul rata dan ketepikan.
  4. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
  6. Tuangkan di dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
  7. Taburkan keju pemersan dan gaul sebati.
  8. Masukkan dalam acuam muffin dan bakar lebih kurang 20-25 minit.
  9. Mufin sedia dihidangkan bersama sambal cili.

 

INFO CHEF: Hidangan ini boleh disediakan awal, anda hanya perlu panaskan sebelum dihidangkan untuk sarapan bersama keluarga.

……

 

 

TORTILLA SOSEJ BERKEJU

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping tortilla  | potong bulat
  • 5 batang sosej | potong dadu kecil
  • 200gm keju cedar | dadu kecil
  • 1 biji telur
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Potong tortilla bentuk bulat (saiz sesuai dengan acuan muffin try.
  3. Satukan sosej, keju, daun ketumbar di dalam mangkuk.
  4. Pecahkan telur kacau rata dan tuangkan dalam mangkuk campuran sosej tadi.
  5. Masukkan serbuk lada sulah, pati ayam dan garam secukup rasa.
  6. Gaul rata, ketepikan.
  7. Sapukan dulang muffin dengan sedikit minyak atau mentega.
  8. Letakkan tortilla di dalamnya, bentukkan seperti mangkuk,
  9. Isikan campuran sosej tadi di dalamnya, kemudian bakar lebih kurang 25 minit.
  10. Setelah masak mufin sedia hidangkan panas-panas dengan sos pilihan anda.

 

INFO CHEF: Selain tortilla, anda boleh gunakan roti biasa tetapi terap terlebih dahulu supaya nipis dan tidak terkkoyak.

…….

 

 

MI AYAM ALA HONG KONG

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300gm mi kuning  | cuci dan tos
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
  • 2 pokok  sawi Phat Choi | hiris memanjang
  • 4 biji cili padi | titik
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis
  • PERAPAN AYAM:
  • 200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh tepung  jagung

BAHAN SOS:

  • 1 sudu makan air
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap
  • BAHAN SUP:
  • 1 mangkuk air rebusan ayam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 hirisan halia
  • 1 biji bawang putih | titik
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan daun bawang

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
  2. Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
  3. Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
  4. Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
  5. Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
  6. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
  7. Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
  8. Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
  9. Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis  tadi.
  10. Kacau supaya sos sebati dengan mi.
  11. Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
  12. Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.

 

INFO CHEF:  Sebaiknya perapan ayam dan sup disediakan pada sebelah malam supaya pagi anda hanya perlu menunis sahaja.

…….

 

 

ROTI TELUR MASALA

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 keping roti gadaum | potong dadu kecil
  • 3 biji telur
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1 biji tomato | potong dadu kecil
  • 1/2 biji cili Benggala hijau| cicang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia | cincang halus
  • 1 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh garam Masala
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia, kemudian masukkan bawang Holland kacau hingga layu.
  2. Seterusnya masukkan serbuk cili, kunyit, ketumbar dan garam Masala.
  3. Kacau rata, masukkan pula cili Benggala dan tomato.
  4. Kacau seketika, kemudian tolakkan ke tepi kuali, masukkan telur dalam kuali.
  5. Setelah menjadi telur hancur, gaulkan dengan tumisan, apabila sekata, masukkan roti.
  6. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Sebelum angkat masukkan daun ketumbar, gaul lagi dan tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Jika tidak mahu pedas anda boleh abaikan serbuk cili, tukar dengan rempah kari.

……….

 

 

VEGETABLE PAKORAS

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji kentang | buang kulit dan parut.
  • 1/2 batang lobak merah | parut
  • 1 cawan bunga kubis | cincang halus
  • ½ biji bawang besar | dadu halus
  • 1 biji cili hijau | cincang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung beras
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu terbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung gandum dan beras dalam mangkuk adunan bersama.
  2. Seterusnya masukkan semua bahan serbuk yang kering, gaul rata.
  3. Masukkan bahan sayur, kentang, lobak merah, bunga kubis, bawang besar dan cili hijau.
  4. Gaul rata dan biarkan seketika baru tambahkan air.
  5. Adun rata sehingga menjadi bancuh cucur yang pekat.
  6. Panaskan minyak dan kuali  Kemudian goreng pakora hingga garing dan kekuningan.
  7. Hidangkan pakora dengan sos kegemaran anda.

 

INFO CHEF: Anda disarankan perah air kentang dan lobak merah terlebih dahulu untuk mengelakkan adunan pakora berair.

……

 

 

 

BERGEDIL KENTANG BERKEJU

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kentang | kukus
  • 150gm  Keju Cheddar | parut
  • 100gm tepung gandum
  • 50gm nestum
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Sedikit garam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Lenyekkan kentang hingga hancur di dalam mangkuk
  2. Kemudian masukkan susu, gaul rata dan sebati.
  3. Seterusnya masukkan serbuk oregano, lada hitam perasa ayam dan garam, gaul rata sehingga cukup rasa.
  4. Masukkan pula nestum bersama parutan keju, gaul lagi.
  5. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan doh lembut.
  6. Ambil sedikit doh, bentuk bulat, kemudian leperkan. Lakukan hingga habis.
  7. Goreng hingga keperangan.
  8. Hidang dengan sos pilihan anda.

 

INFO CHEF:  Untuk mudahkan kerja, anda boleh siapkan bergedil waktu malam dan bangun hanya perlu menggoreng sahaja. Ia menjimatkan masa.

…..

 

CHEESY SAUSAGE  & EGG BAKE

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 6 batang sosej | hiris serong
  • 5 biji telur  kacau rata
  • 200gm keju Cheddar | parut
  • 1/2 biji cili Benggala Hijau| dadu kecil
  • 1/2 biji cili Benggala Merah | dadu kecil
  • 5 biji cendawan shitake | hiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  2. Sementara itu, campurkan sosej, keju serta semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
  3. Seterusnya masukkan bancuhan telur, taburkan serbuk oregano, lada sulah, perasa ayam dan garam secukup rasa.
  4. Kacau rata, kemudian masukkan dalam acuan pembakar yang telah disapu dengan sedikit minyak sayur.
  5. Bakar menggunakan api bawah untuk 25 minit pertama.
  6. Keluarkan dan taburkan parutan keju di atasnya dan bakar semula dalam ketuhar  hingga masak.
  7. Lima minat sebelum tutup tutup ketuhar, masak guna api atas supaya bahagian atas nampak garing dan keju sedikit cair.
  8. Hidangkan panas-panas bersama sos cili atau mayones.

 

INFO CHEF: Untuk jimat masa, anda boleh sediakan Cheesy Sausage ini waktu malam dan  kukus. Keesokan hari anda hanya perlu bakar lebih kurang 10 minit sahaja dan sedia dimakan.

IKLAN

………

 

LEMPENG GULUNG TUMIS DAGING KISAR

Koleksi Sarapan Untuk Hujung Minggu, Sangat Mengenyangkan!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • BAHAN TUMIS DAGING KISAR
  • 250gm daging kisar
  • 1 biji bawang Holland | dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan sos balognes
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
  2. Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan  kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
  4. Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
  5. Ratakan menjadi bulat yang nipis.
  6. Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
  7. Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
  8. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
  9. Masukkan  sos balognes

 

PENYELARAS : SHIDA YASIN & FARIDAH  TALIB

FOTO: ACHO KKSB

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI