Beli dan simpan bahan basah untuk memasak, memang memudahkan kerja. Tetapi ada kalanya barangan yang dibeli lambat dimasak. Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi dimana beli mi kuning, kuetiau dan laksa basah untuk stok berminggu-minggu tapi tak masak? Bila dah beku dan berbau mulahlah masuk ke tong sampah. Membazir tu. Jadi jom cuba petua menyimpan mi kuning, kuetiau dan laksa basah perkongsian saudari hani_mynis ni. Selamat mencuba.

 

TIP SIMPAN MI KUNING, KUETIAU & LAKSA BASAH SUPAYA TAHAN LAMA

Ads

Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa Basah Agar Tahan Lama & Tak Patah.

Hani ni hantu laksa penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa…

 

Cara Simpan Mi Kuning, Kuetiau & Laksa Basah Agar Tahan Lama & Tak Patah.

  • Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mi kuning, mi kuetiau dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
  • Kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti dia mengeras dan mi akan melekat-lekat. Jadi bila nak makan, kena rebus balik.
  • Mi yang melekat ini juga akan patah-patah bila dileraikan. Hasilnya bila dimasak, mi jadi tidak cantik. 

 

Ads

CARA BETUL MENYIMPAN MI BASAH ( TIP DARI PENJUAL LAKSA & MI KARI)

  1. Lepas dibeli, keluarkan mi dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi tersebut supaya tidak melekat. Jangan masukkan seketul macam tu je tanpa diurai. 
  2. Pastikan mi yang disimpan tidak terkena air.
  3. Pastikan bekas berpenutup yang nak diisi mi itu juga dalam keadaan kering.  
  4. Isi mi, tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller. Dengan cara ini mi boleh tahan hingga minggu. 
  5. Bila hendak digunakan, panaskan air hingga mendidih. Masukkan mi. Hasilnya mi akan jadi lembut, elok dan tidak patah-patah. 

Semoga bermanfaat 🤗

Ads

 

Kredit petua: Hani Mynis

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI