Jika resipi dalam gram, agak sukar untuk menimbangnya lebih-lebih lagi jika anda tak ada penimbang di rumah. Usah risan kerana carta ini boleh selesaikan masalah anda.
Sekarang, apa sahaja menu yang dicampurkan dengan telur masin, memang sedap, sebab itu ia menjadi kegemaran ramai sekarang ini kerana rasanya lemak-lemak masin penuh berkrim. Sos ini boleh dijadikan pencicah atau boleh juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Bayangkan sos telur masin dalam masakan seafood seperti udang dan ketam, memang terbaik dan ketagih. Kalau makan di restoran harganya agak mahal dan tak puas makan. Apa kata anda cuba masak sendiri kerana senang je nak membuatnya. Tak percaya ikut tip yang RASA kongsikan ini:-
Rebus Telur Masin
Paling mudah dan cepat untuk menyediakan sos ini Sebaiknya, anda gunakan telur masin yang telah siap direbus, ia menjimatkan masa kerana boleh digunakan terus untuk sos campuran dalam masakan.
Gunakan Hanya Kuning Telur
Pastikan anda menggunakan hanya bahagian kuning telur sahaja kerana bahagian ini lebih berkrim dan tidak terlalu masin berbanding bahagian putih. Oleh itu asingkan dengan cermat.
Hancurkan Kuning Telur
Untuk mendapatkan tekstur yang lembut, halus dan berkrim, kuning telur yang telah diasingkan dari putihnya mestikan dikisar halus menggunakan mesin pengisar menggunakan garpu. Pastikan ia hancur sekata, tidak ada yang berketul-ketul.
Gunakan Mentega Bawang Putih Sebagai Bahan Penumis
Enaknya rasa kuning telur masin membuatkan sos ini tidak perlu banyak campuran bahan untuk menumis, cukup sekadar menggunakan mentega dan bawang putih sebagai bahan penumis. Dengan tambahan dua jenis bahan penumis ini sos sudah menggoda rasa.
Masak Menggunakan Api Kecil
Sos telur masin mudah hangus, oleh itu masak sos menggunakan api kecil sahaja dan sentiasa mengacaunya sehingga sos mereneh.
Tambah Susu Cair Penuh Krim
Dengan memasukkan susu cair penuh krim sos akan menjadi lebih sedap, berkrim dan sedikit pekat. Terus kacau rata di atas api kecil tanpa perlu tunggu mereneh. Jika terlalu pekat boleh tambah air suam sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur sos yang anda ingini.
Tabur Hirisan Daun Bawang
Setelah sos masak masukkan hirisan daun bawang sebagai penambah rasa dan aroma. Atau jika belum sedia dihidangan, masukkan dalam botol dan simpan dan peti sejuk. Bila ingin digunakan baru panaskan,
Campuran Dalam Tumisan
Jika tidak mahu dijadikan sos pencicah. Boleh masukkan sos ini dalam masakan seperti ayam, udang atau ketam goreng, terpulang pada selera. Tetapi anda perlukan sedikit mentega, tumiskan bawang putih cincang, hirisan cili dan daun kari, Kacau rata hingga wangi, kemudiana masukkan ayam, udang atau ketam yang telah digoreng. Tutup api dan gula rata.
Mudahkan? Lepas ini ada boleh cuba sediakan sendiri di rumah.
Musim durian ini mungkin ada yang membeli dalam jumlah yang banyak tapi tak mampu menghabiskannya ataupun memang ada dusun dan buah durian luruh banyak, boleh praktikkan cara simpan durian tahan lama yang dikongsi Nor Tipah Zakaria
Cara simpan durian ini membolehkan buah durian kekal elok hingga masuk musim durian yang baru. Jadi kita boleh menikmatinya pada bila-bila masa saja. Selain itu rasa dan aromanya juga tetap sama.
Cara simpan durian tahan lama
Caranya sediakan plastik wrap dan bekas plastik.
2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian tadi dengan kemas. Boleh buat banyak mana yang dikehendaki.
3. Kemudian letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.
Cara ini lebih mudah untuk kita menikmatinya, ambil beberapa ulas yang mahu dimakan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.
Durian yang dibalut begini tidak akan buat peti ais berbau. Paling penting ia tahan lama, masih kekal elok walaupun setahun disimpan.
Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
Pilih Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.