Bagi yang tinggal di bandar, kalau nak bekalan santan pasti kena ke pasaraya, pasar basah atau ke kedai. Jenuh setiap kali nak masak, kena keluar beli dulu. Lepas ni mungkin anda tak perlu lagi bersusah payah sebab ada cara mudah yang anda boleh cuba. Paling penting, ada blender. Jom tengok cara-caranya.
CARA DAPATKAN SANTAN SEGAR TANPA PERLU PARUT & GUNA MESIN KELAPA
BAHAN-BAHAN:
Kelapa segar
Mesin pengisar/ blender
Air
CARA-CARA:
1. Belah kelapa dan pisahkan isi dari tempurungnya.
Ads
2. Hiris isi kelapa menjadi kepingan kecil.
3. Masukkan isi kelapa tadi ke dalam pengisar bersama air secukupnya. Kisar hingga halus dan tapis.
Ads
4. Santan segar tersedia dan boleh dimasak ikut citarasa.
Untuk memudahkan kerja memasak, isi kelapa yang dihiris boleh disimpan dalam peti sejukbeku. Keluarkan dan guna pada bila-bila masa yang diperlukan. Oleh itu anda tidak perlu dah ke kedai.
Sinki ‘stainless steel’yang bersih dan cantik sebenarnya membantu memberikan ‘mood’ yang elok serta menaikkan semangat memasak geng mak-mak. Bila nampak kemas, barulah bersemangat nak cuba menu yang sedap-sedap. Sinki ni pun bukan jenis yang boleh pakai buang. Lama kelamaan, ia akan kelihatan pudar dan kusam. Untuk kilatkan sinki ni, tak susah mana. Ada cara yang boleh dicuba. Guna tepung gandum je. Jom tengok cara-cara yang anda kena buat.
CARA KILATKAN SINKI GUNA TEPUNG GANDUM
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Basahkan sinki dan cuci menggunakan air sabun panas.
2. Lap sinki menggunakan tuala hingga betul-betul kering.
3. Tabur tepung gandum di permukaan sink. Jika kurang yakin, boleh je tabur tepung di separuh bahagian sinki terlebih dahulu untuk lihat perbezaannya.
4. Gosok permukaan sinki menggunakan span basuh pinggan yang kering. Lakukan seperti anda kilatkan kereta. Hasilnya, sisa makanan yang melekat akan tertanggal dan permukaan sinki anda akan lebih berkilat.
5. Ulang cara ini sebulan sekali untuk hasil yang sempurna dan berpanjangan.
Kalau anda sedang gigih nak kurangkan berat badan , nah ini dia berita baik untuk anda. Labu kuning bulat adalah pilihan tepat untuk mereka yang sedang berdiet. Selain rasanya yang sedap ia juga boleh bantu menurunkan berat badan kerana rendah kalori dan karbohidrat.
1. Menurunkan berat badan. Bukan sekadar itu, makan labu kuning juga membuat anda rasa kenyang lebih lama kerana seratnya yang cukup tinggi dan boleh melambatkan proses penghadaman. Apabila rasa kenyang lebih lama, dapat menjauhkan diri anda mengambil makanan lebih dari sepatutnya atau memakan kudapan yang boleh membuatkan anda gemuk.
2. Menajamkan penglihatan
Labu kaya dengan vitamin A kerana kandungan beta karotennya. Beta karoten berubah menjadi vitamin A di dalam tubuh yang mana ini berfungsi membantu retina mata menyerap dan memproses cahaya. Di samping itu labu kuning juga mengandui lutein dan zeaxanthin, dua anti oksidan yang boleh membantu mencegah katarak.
3. Mencantikkan kulit Makan labu kuning juga boleh memelihara kesihatan kulit. Labu kuning mengandungi pelbagai vitamin, mineral , serat dan anti oksidan yang diperlukan oleh tubuh agar sihat. Menarik buat merek yang peka dengan kecantikan , buah labu ini juga mampu menjadi kulit anjal dan lembut.
Kandungan anti oksidan di dalam labu kuning dikatakan mampu melindungi daripada radikal bebas dan mencegah radiasi dari sinar UV. Makanan yang kaya dengan beta karoten sememangnya dipercayai boleh menjadikan anda lebih awet muda.
4. Meningkatkan pertahanan badan.
Kandungan vitamin A di dalam labu kuning juga boleh membantu tubuh melawan jangkitan bakteria,, virus dan penyakit berjangkit. Labu kuning juga mengandungi 20 peratus dari jumlah vitamin C yang disarankan, keadaan ini membantu anda pulih dari sakit dengan lebih cepat umpamanya seperti selesema dan batuk-batuk.
5. Mencegah Barah Beta karoten yang tinggi terdapat pada labu bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan mata dan kulit , ia juga membantu melawan barah. Kajian menunjukkan makanan yang kaya dengan beta karoten merendahkan risiko terhadap beberapa jenis barah termasuk barah prostat dan paru-paru. Vitamin A dan C juga bertindak sebagai pelindung sel dalam tubuh untuk melawan radikat bebas penyebab barah.
6. Kesihatan jantung
Kandungan folat, karotenoid dan magnesium di dalam labu kuning juga sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung anda. Magnesium berfungsi merilekskan pembuluh darah hingga dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah dari berlakunya strok dan serangan jantung. Memakan labu kuning juga dapat mencegah dari terjadinya pengerasan dan pengumpulan lemak di dalam dinding pembuluh arteri yang boleh menyebabkan serangan jantung.
7. Menurunkan tekanan darah Labu kuning juga sangat kaya dengan kalium. Kandungan kalium mampu mengurangkan risiko strok, pembentukan batu karang dan memelihara kepadatan tulang.
Nah cubalah sajian berasaskan labu kuning nih
BINGKA LABU LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven (suhu 200°C). Loyang yang telah disapu mentega tadi di panaskan seketika. 2. Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu yang dilecek dan bijan. Kisarkan. 3. Tapis adunan tadi yang telah dikisar. Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah dilecek, kacau hingga rata. 4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Taburkan bijan di atasnya. 5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. 6. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong. Kredit Resipi dan Foto : ernyfirdaus.blogspot.my
Rujukan teks : Hello Sehat.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda ingin bakar ikan guna kuali? Tak ada masalah, boleh je. Jangan takut ikan akan hangus atau lekat dan tak sedap macam bakar guna pemanggang. Ikut je petua yang RASA kongsikan ini. Ia mudah dan paling penting lebih sihat kerana memasak cara ini lebih rendah kalori jika dibandingkan dengan ikan yang digoreng.
Guna Kuali Non Stick
Sekarang ramai yang mempunyai kuali non stick atau kuali tak melekat, jadi manfaatkan kuali ini untuk memanggang ikan. Bila tidak melekat, ikan lebih mudah diterbalikkan dan kulit lembutnya juga tidak melekat pada permukaan kuali. Sebagai cadang sebaiknya, guna kuali lebih lebar dari ikan.
Sapukan Kuali Dengan Sediki Minyak
Sapukan sedikit minyak , mentega atau margarin pada permukaan kuali, ia akan memberikan hasil ikan panggang akan lebih cantik, berkilat dan tanpa ada kesan kulit terkopek. Anda juga boleh sapukan sedikit mentega pada ikan , selain sebagai penambah rasa, ia membantu melindungi kulit ikan dari terlalu kering atau hangus.
Tos Ikan Sebelum Dipanggang
Apapun bahan perencah yang anda gaulkan dengan ikan yang ingin dibakar, anda perlu toskan ikan sebelum sedia diletakkan dalam kuali, ini kerana ikan yang basah akan menyebabkan kalu lembab dan anda akan mengambil lebih masa uantuk memanggang.
Guna Api Kecil
Pastikan anda guna api kecil kerana api besar tidak membantu ikan masak cepat atau sempurna, sebaliknya ikan akan cepat hangus sedangkan isi dalam masih mentah. Sebagai saranan, panaskan kuali dengan api sederhana, bila kuali sudah panas, kecilkan api dan mulakan proses memanggang ikan.
Terbalikan Ikan Bila Bahagian Bawah Sudah Masak
Isi ikan adalah lembut ia mudah hancur jika kerap dibalik-balikkan. Oleh itu balikkan bila bahagian bawah sudah masak. Cara mudah untuk memastikan ia masak atau tidak, Angkat ikat menggunakan senduk. Jika belum masak letakkan semula dan bila masak terus terbalikkannya. Sebagai saranan , semasa proses memanggang jangan tinggalkannya atau bersambil kerja lain yang jauh dari dapur, bimbang ikan akan hangus.
Senangkan, anda boleh gunakan ikan kegemaran anda, namun yang terbaik adalah menggunakan fillet ikan seperti salmon, tuna, siakap dan dori. Selamat mencuba!.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!