
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai sabun biasa pun tak nak tanggal. Anda boleh cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
- Sabun mandi ( buku)
- Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Kredit petua & foto: Dahriah Damsah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Simpan Lauk Untuk Frozen Supaya Tahan Hingga 6 Bulan & Cara Betul Panaskannya

Isi Kandungan
ToggleNak menyediakan hidangan untuk keluarga memang ambil masa jadi untuk memudahkan kerja terutama bagi ibu bekerja ramai yang akan memasak banyak dan buat stok frozen.
Bila nak makan keluarkan dari peti ais dan panaskan. Tapi bagi memastikan makanan frozen ini kekal selamat untuk dimakan boleh ikut panduan dan tip yang dikongsi oleh ahli kimia Dr Fatimah Salim.
Boleh tahan 2-6 bulan
Saya sendiri biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Lepas 6 bulan masih lagi selamat tapi…
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Pastikan sejuk beku lauk
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.

Ketahuilah kebanyakkan jenis makanan siap masak atau mentah (termasuklah sayuran dan buah-buahan) boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hayatnya. Pengekalan kualiti (terutamanya rupa dan tekstur) makanan yang dibekukan adalah bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.
Tip untuk panaskan kembali lauk
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk dinyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Sumber: Fatimah Salim
Buat Sendiri Minyak Bawang Putih, Masakan Sedap & Beraroma.

Selalu tak korang dengan minyak bawang putih jadi penyedap rasa dan memberikan aroma wangi yang sungguh mengoda selera? Walaupun ia ada dijual, tapi kalau buat sendiri lagi wangi dan segar. Lagipun tak susah nak buat sendiri ni ye, emak-emak semua.
.
Minyak bawang putih adalah bawang putih yang sudah diawetkan dengan minyak melalui proses fermentasi. Kegunaannya boleh dipelbagaikan, antaranya ia bioleh dihunakan bahan perasa tambahan untuk menu seperti Nasi Hainam, pelabgai jenis nasi dan mi goreng, aneka sup, Ayam Kicap, tumisan sayuran-sayuran dan banyak lagi.
Macam mana nak buat minyak bawang putih ni sendiri, ini bahan-bahan dan cara membuatnya:-
BAHAN-BAHAN:
- 300gm bawang putih
- 10 biji buah keras
- 5 sudu makan minyak bijan
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kupas bawang putih, kemudian basuh dan toskan hingga kering.
- Masukka dalam chopper bersama buah keras. Kisar kasar
- Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tadi, tumis dengan api.
- Sentiasa kacau, hingga bawang warna bawang putih bertukar kuning keemasan.
- Setelah masak, tuang dalam bekas kaca.
- Minyak bawang putih sedia digunakan.
.
Pastikan semua bahan adalah kering untuk memastikan minyak bawang putih tahan lama. Jika minyak ini disimpan dengan cara yang betul, ia boleh tahan sehingga sebulan.
Banyak Angin Dalam Badan? Susah Buang Air Besar? Amalkan Petua Ini In Sha Allah Berkesan!

Kadang-kala apabila pemakanan tidak teratur, mula lah timbul masalah angin dalam badan, mahupun masalah susah membuang air besar atau sembelit. Jangan risau! Amalkan petua ini, In Sha Allah badan anda akan terasa lebih ringan dan tiada lagi masalah pencernaan.
Bahan-Bahan
- Halba
- Serai
- Halia
- Air secukupnya
- Asam Jawa
Cara Penyediaan
Potong serai 2 batang kemudian ketuk-ketuk. Halia dalam 5 atau 6 hiris dan halba 1 sudu besar.
https://www.facebook.com/awekklate.nasir.1/videos/331894993933509/
Masukkan air agak-agak untuk sekali minum dan muat untuk diletakkan ke dalam cawan.
https://www.facebook.com/awekklate.nasir.1/videos/331895010600174/
Apabila air rebusan sudah tapis dalam cawan, masukkan asam jawa sedikit untuk bagi rasa masam-masam. Minum ketika masih suam.
Kredit: Nasir Nasir