Kalau buat tauhuhomemade ni nmemang seronok. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
Ads
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Ads
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Ads
Jom cuba resipi guna TAUHU di bawah ni. Macam-macam boleh masak. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Kangkung antara sayur yang sedap dan murah. Selain digoreng biasa, satu lagi idea mengolah sayur ini adalah dengan membuat kangkung tumis cili bersantan.
Kombinasi paling menarik untuk dihidang dengan lauk ini adalah ikan goreng. Makan dengan nasi panas memang berselera. Cara membuatnya pun mudah.
Kangkung tumis cili bersantan
Bahan-bahan
Kangkung -dipotong
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
1 sudu cili kisar
Santan segar/santan segera
Garam
Serbuk perasa
Cara memasak
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing kemudian baru masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga bawang masak.
3. Kemudian masukkan sayur kangkong. Kacau sebati engan bahan tumisan.
4. Masukkan garam dan perasa. Bila kangkung agak layu tuangkan sedikit santan. Kacau rata seketika kemudian oleh tutup api dan hidangkan.
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu mencegah pelbagai penyakit. Antaranya sakit jantung, diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi. Ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan dalam masakan harian. Ia bukan hanya mudah tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.