Jom cuba buat Murtabak Ayam Mini secara homemade. Maklumlah, bila tiba Ramadan, murtabak antara hidangan ringan yang digemari ramai. Jika ahli keluarga ramai, boleh tahan juga harganya kalau dibeli. Jadi apa kata, cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Saya CikPuan Hanani ni. Mudah je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MURTABAK AYAM MINI BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
2 biji telur
Kepingan keju cheddar
Daun sup & daun bawang secukupnya – hiris
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
BAHAN INTI:
Isi ayam @ daging – cincang
Ubi kentang – potong dadu
Lobak merah – potong dadu
1 paket kecil rempah kari daging
3 ulas bawang putih – hiris
1 biji bawang besar – hiris
2 biji bawang besar – potong dadu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan inti, panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak. Tumis bawang yang dihiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis rempah sehingga pecah minyak.
Ads
3. Seterusnya masukkan isi ayam, kentang dan lobak merah. Masukkan air hingga separas dengan bahan-bahan yang dimasak.
4. Setelah inti hampir kering, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Boleh juga letak serbuk perasa.
5. Masak hingga inti betul-betul kering. Sejukkan.
6. Untuk membuat murtabak, pecahkan telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang dimasak tadi.
7. Masukkan daun sup dan daun bawang jika suka. Kacau sebati.
Ads
8. Ambil kulit popia, letak atas dulang. Letak sekeping keju di tengah-tengahnya.
9. Ambil 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi dan letak di atas keju.
Ads
10. Lipat kulit popia denga kemas dan sapu bancuhan tepung gandum pada lipatan terakhir.
11. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masak murtabak mini hingga masak dan berwarna keemasan.
Anak-anak sangat sukakan snek. Jika beli yang ready made atau sejuk beku, kandungan yang terkandung ada kalanya tinggi lemak, garam serta punya MSG. Jom belajar buat Cheesy Ball secara homemade. Lebih sihat, sedap dan bersih. Kandungan garam pun puan-puan boleh kawal.
CHEESY BALL
BAHAN-BAHAN:
5 biji ubi kentang
1 blok keju mozarella | dipotong kiub
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
3 biji telur | dipukul
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.
2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.
4. Bulatkan adunan sebegini.
5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.
7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.
8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.
9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.
Selalu hujung minggu cuti masak kan? Jadi, saya nak kongsikan 5 resipi yang ringkas untuk hari Isnin sehingga Jumaat. Resipi yang akan saya kongsikan ini berasaskan Ayam, Daging, dan Tempe. Ada satu lauk ni je sehari pun takpe!
Nak fikir lauk apa nak masak setiap hari bukan benda yang mudah, sebagai surirumah pasti risau masakan yang disediakan tak dijamah kerana tidak bersesuaian dengan citarasa ahli keluarga. Tapi tidak mengapa, saya pasti menu yang bakal saya kongsikan ni boleh menepati citarasa sekeluarga. Tinggal masak nasi dah boleh santap menu ni semua. Jom cuba!
Nak makan pisang goreng homemade yang sedap? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau makan pisang goreng atau cempedak goreng. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang dan cempedak yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.