
Tidak menjadi masalah jika di rumah tiada mi. Apa kata membuatnya sendiri. Boleh ikut resipi yang dikongsikan ini. Mi ni ala-ala kue teow, sedap rasanya, satu famili pasti suka. Paling best buatan sendiri, guna pewarna kunyit saja. Adunan ini untuk dua hingga empat orang.
Mi Homemade
Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
Secubit garam
1 biji telur ayam
50 ml air (tapi saya lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat diuli dengan baik)
1 sudu teh serbuk kunyit
Cara membuat:
1.Gaul semua bahan sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
2.Potong doh jadi 4-5 bahagian.
3.Canai satu-satu.
4.Potong guna pisau.
5.Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mi ke dalam air.Rebus dalam jangkamasa seminit ke dua minit. Jangan terlalu lama nanti mi jadi lembik.
6.Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk supaya menghentikan mi dari terlebih masak. Buat berulang kali sampai doh tadi habis.
Kredit: Fahrini MarsyaLey
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Dari Seberang, Begini Cara Masak Kuah Bakso Asli Indonesia

Tercari-cari resipi kuah Bakso yang sedap? Resipi perkongsian saudari Ekynn Aziz ni antara yang boleh dicuba. Menurut beliau resipi ini diperolehi ‘original’ dari orang Indonesia sendiri. Wow…Berbaloi cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK BAKSO INDONESIA (SAIZ 10 ORANG)
BAHAN-BAHAN:
- Tulang daging RM10
- Bebola daging segera ( boleh guna jenama mohd armiya @ ramly)
- 2 biji bawang merah – hiris
- 2 batang serai – titik (jika tak mahu letak, abaikan)
- 1 helai daun pandan (jika tak mahu letak, abaikan)
- 1 ½ kiub pati daging – beli online disini
- Perisa aji ( boleh ganti dengan cukup rasa)
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang merah – beli online disini
- 6 ulas bawang putih – beli online disini
- 3-4 biji buah keras – beli online disini
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 sudu makan serbuk lada sulah – beli online disini
BAHAN CILI KICAP:
- 1 genggam cili padi hijau
- 6 ulas bawang putih
- 1 sudu makan cuka – beli online disini
- 1 sudu makan kuah bakso
- 4 sudu makan kicap manis – beli online disini
- Serbuk cukup rasa secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat Sambal Cili Kicap, rebus cili padi dan bawang putih hingga lembut. Kemudian tumbuk halus.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Adun sebati. Ketepikan.
3. Untuk kuah Bakso, rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama rebus lagi sedap.
4. Dalam kuali berlainan, tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai yang telah dititik.
5. Bila sudah naik bau, tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan juga bebola daging.
6. Perasakan dengan garam dan aji atau cukup rasa dengan secukupnya.
7. Rebus sup hingga bebola daging timbul. Bila bebola daging timbul maknanya kuah dah masak.
8. Kuah Bakso siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan bihun dan kuetiau.
9. Boleh dinikmati bersama cili kicap untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Ekynn Aziz
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Aneka Resipi Mi Berkuah Yang Popular, Sedap Dan Mengenyangkan.

Hidangan berasaskan mi boleh menjadi alternatif bagi hidangan yang lebih ringkas namun tetap lazat dan mengenyangkan. Anda boleh cuba 7 jenis resipi mi yang dikongsikan ini. Gerenti sedap!
KUEY TEOW LADNA
BAHAN-BAHAN A:
- 1 paket kuey teow
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
Bahan-bahan B:
- 3 ekor sotong | potong kecil
- 4-5 ekor udang saiz sederhana | bersihkan
- 1 keping dada ayam | hiris nipis
- 500ml air rebusan ayam
- 1 tangkai sawi | potong pendek
- 50gm hirisan kubis
- 60gm bunga kubis | potong kecil
- ½ batang lobak merah |potong memanjang nipis
- 2-3 biji cili padi | ketuk kasar
- 4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu makan tepung jagung + 1 sudu makan air | bancuh
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A dan gaul rata. Perap selama sejam kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga lembut dan wangi. Ketepikan.
- Di dalam kuali lain, panaskan sesudu makan minyak, tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam, udang dan sotong dan tumis lagi. Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
- Masukkan sawi, lobak merah, hirisan kubis dan bunga kubis. Didihkan sekejap hingga sayuran agak lembut.
- Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam, serbuk pati ayam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan seminit lagi hingga kuah agak pekat. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
- Tuang kuah ke atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Jika suka, boleh tabur dengan daun bawang yang telah dicincang dan sedia hidangkan.
Info chef: Kuey teow yang digoreng berasingan menggelakkan ia lembek.
MI HOKKIEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi kuning saiz besar (mi hokkien)
- 1 ketul dada ayam | hiris nipis
- 6-8 ekor udang sederhana | bersihkan
- ½ mangkuk salad bulat (lettuce)| hiris kasar
- 250ml air rebusan ayam/daging
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap pekat hitam
- 1 sudu teh kicap cair
- ½ sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan tepung jagung + 1 sudu makan air | bancuh
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan hirisan ayam dan udang. Tuang air rebusan ayam, kicap manis, kicap pekat hitam, kicap cair dan masukkan mi. Masak hingga semua bahan empuk.
- Masukkan salad, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tambah bancuhan tepung jagung dan masak seminit lagi hingga semua bahan sebati.
- Masukkan minyak bijan dan kaup balikkan hingga sebati. Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika anda suka masakan kurang masin, tidak perlu tambah garam kerana perisa diperoleh daripada sos-sos.
MI SIZZLING
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 gulung yee mee kering
- 5-6 biji cendawan shiitake kering | rendam sekejap dan celur
- 3-4 batang sawi hijau pendek | potong dan celur
- 1 biji telur
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
- 850ml air rebusan ayam/daging
- ½ ekor ayam |potong kecil
- 4-5 tangkai cili kering | potong pendek
- 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 3cm halia |cincang halus
- 4 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 2 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air | bancuh
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak perang.
- Tuang air rebusan ayam. Tambah kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan serbuk lada hitam. Didihkan hingga semua bahan empuk dan sebati.
- Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sediakan kuali sizzling, letakkan yee mee kering, cendawan shiitake celur dan sawi. Letak di atas api yang besar, tuang sesenduk kuah. Pecahkan sebiji telur di dalam kuali sizzling dan biar kuah mendidih sebentar. Hidangkan.
Info chef: Anda perlu menyediakan kuali sizzling sebelum memasak mi ini.
MI UDANG
BAHAN-BAHAN A:
- 1 paket mi kuning | celur
- 2 biji tomato |hiris nipis
- 2 biji telur rebus |belah empat
- 50gram tauge | celur sedikit
- 2-3 batang sawi |potong kecil & celur
UNTUK HIASAN:
- Hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
- 1 liter air rebusan kulit udang (kulit udang direbus dan tapis, ambil airnya)
- 8-10 ekor udang sederhana besar
- 2-3 biji ubi keledek sederhana | rebus dan kisar
- 10 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 100gm udang kering | rendam sekejap
- 3cm belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA-CARA:
- Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga menjadi pes yang lumat.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masak.
- Tuang air rebusan kulit udang dan belacan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah ubi keledek kisar, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan masak rata.
- Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika (jangan terlalu lama).
- Sediakan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk/pinggan menghidang, tuang kuah dan hidangkan.
Info chef: Saiz udang berdasarkan bajet anda sendiri.
MI WANTAN SUP
BAHAN-BAHAN A:
- 1 paket mi wantan | celur dan toskan
- 2 ketul dada ayam
- 3-4 batang sawi hijau pendek | celur dan toskan
- 4-5 biji cendawan shiitake |bersihkan dan celur
- 4 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan minyak bijan
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
- 1 liter air rebusan ayam
- 8-10 biji wantan*
- 8-10 biji bebola ikan
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 3cm halia |kisar halus
- Garam & lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN C (WANTAN*):
- 8-10 keping kulit wantan
- 50gram cincangan isi ayam
- ½ batang lobak merah | cincang dadu halus
- 2 batang daun bawang |cincang halus
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh tepung jagung
- ½ sudu teh minyak bijan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat wantan*: satukan semua bahan C kecuali kulit wantan dan gaul rata menjadi inti. Letakkan sesudu kecil inti ke dalam kulit wantan, sapu keliling kulit wantan dengan kuning telur, bunjutkan wantan dan kemaskan bunjutan. Ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
- Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
- Masukkan wantan, bebola ikan, minyak bijan dan didihkan hingga wantan empuk.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sementara itu, panaskan sesudu minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tuang air rebusan ayam dan didihkan hingga semua bahan sebati. Masukkan mi wantan yang dicelur tadi dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Angkat.
- Ayam diperap bersama dua sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram dan 2 sudu makan madu selama sejam atau lebih. Goreng dan hiris nipis.
- Cara menghidang; Di dalam pinggan susun bahan-bahan A dan hidangkan bersama sup wantan yang dituang di dalam mangkuk berasingan.
Info chef: Enak dimakan bersama cili jeruk atau cili potong.
Panduan & Tip Goreng Bihun Satu Kawah Untuk Makan Ramai. Bihun Elok Lembut, Tak Putus

Setakat goreng bihun untuk hidangan makan sekeluarga mungkin tiada masalah. Tapi jika diminta menyediakan bihun goreng satu kawah untuk makan 200 orang mungkin ramai yang menolak.
Untuk menggoreng bihun dalam kuantiti banyak ini memang ada tekniknya. Bagi yang nak belajar boleh gunakan panduan dan tip yang dikongsi oleh Nurjuwaini Aziz.
Tip goreng bihun satu kawah
- Jika mahu menyediakan bihun goreng untuk 200 pek boleh terus masak dalam satu kawah. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per beg. Satu beg boleh cukup untuk 60-70 orang makan.
- Cuma paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Kena sediakan guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.
Persediaan bahan, tak perlu tambah air
- Bihun kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Rendam sejam pun dah ok asalkan bihun lembut.
- Siapkan pes rencah terlebih dahulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu mula menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.
Buat lubang masa menggoreng
- Untuk jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali. Guna api perlahan.
- Selepas beberapa ketika, dasar kuali akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.
- Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila sudah lembut, boleh masukkan sayur-sayuran. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.
Buat bihun sikit pun boleh guna cara sama
Teknik ini boleh digunakan untuk menggoreng bihun kuantiti sedikit atau banyak. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan.
Sumber: Nurjuwaini Aziz