Jom cuba buat Ikan Pekasam homemade! Menu ni sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila tiada selera, lauk pekasam ini biasanya mampu membuatkan kita makan dengan penuh semangat. Ramai beranggapan, ikan pekasam ni susah untuk dihasilkan. Tapi mudah sahaja cara pembuatannya. Menerusi perkongsian saudari Aniey Rohani Abu Iban, beliau mengajar cara-cara penghasilan Pekasam Ikan Gelama yang sangat mudah. Jom cuba.
RESIPI IKAN PEKASAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 7-8 ekor ikan gelama – boleh juga guna ikan sungai
- ½ cawan garam halus
- Beras secukupnya
- Garam halus secukupnya – untuk tabur selepas disalut beras
- 2-3 keping asam gelugur
CARA MEMBUAT:
1. Siang dan bersihkan ikan. Gaul dengan ½ cawan garam halus dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk ( bahagian bawah) semalaman.
2. Sangai beras dengan api sederhana. Jumlahnya agak-agak cukup untuk salut ikan. Beras tidak perlu basuh.
3. Sangai beras hingga coklat kekuningan. Sejukkan seketika.
4. Tumbuk beras yang disangai tadi. Boleh juga guna pengisar kering.
5. Jangan kisar terlalu halus. Kisar agak-agak kasar supaya bila goreng ada dapat rasa tekstur rangup.
6. Ikan yang diperap semalaman, dibuang airnya. Susun ikan satu lapisan dan taburkan beras dan garamhalus secukupnya. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.
7. Ambil asam keping dan selitkan di celah-celah ikan.
8. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan ikan pekasam dalam peti sejuk ( bahagian tidak beku). Peram selama 1-2 minggu sebelum digoreng.
9. Selepas 1-2 minggu di bahagian tidak beku, boleh alihkan ikan ke bahagian sejukbeku supaya tahan lama. Untuk memasaknya, boleh biarkan di luar peti sejuk sebelum digoreng.
INFO RASA: Selain ikan gelama, anda juga boleh menggunakan ikan-ikan air tawar yang lain.
Kredit resipi & foto: Aniey Rohani Abu Iban
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Cuba Menu Nusantara Dari Chef Azian Hasan, Sedapnya Lauk Pauk Ni !
Menu nusantara sememangnya sinonim dengan selera masyarakat Malayasia terutamanya masakan dari negaraIndonesia, Singapura dan Brunei. Apa kata anda cuba pula salah satu atau semua resipi yang dikongsikan oleh Chef Azian dari Subang Jaya, Selangor ini. Beliau telah pun mempunyai beberapa koleksi buku masaknya sendiri.
BAMIA
BAHAN-BAHAN:
- 800gm tulang daging
- 200gm daging | potong dadu
- 250 gram kacang bendi | buang hujung dan pangkal
- 3 biji tomato | belah empat
- 2 biji ubi kentang | belah empat
- 1 biji karot | potong bulat
- 100 gram kobis | potong memanjang
- 1 tin puri tomato | saiz besar
- 3 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan minyak masak
- 4 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
- 250gm santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 1 biji bawang merah besar |hiris halus
- 1.5cm halia | hiris halus
- 2 ulas bawang putih | hiris halus
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 1.5cm halia
- 1 sudu teh jintan manis
- 10 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan kemudian masukkan minyak sapi.
- Tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi
- Masukkan serbuk kari dan masak sehingga kari pecah minyak
- Masukkan bahan-bahan kisar, daging, tulang daging,ubi kentang dan sedikit air.
- Masak sehingga daging betul-betul empuk dan ubi kentang lembut.
- Masukkan puri tomato, kacang bendi, santan,gula dan garam
- Masukkan kubis dan tomato. Biarkan seketika sehinggga kuah pekat.
- Angkat dan hidangkan bersama roti dan salad.
SEMUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 800gm daging batang pinang | hiris nipis
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 1/2 cawan kicap manis
- 1/2 sudu makan kicap pekat
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 1/2 sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 6 ulas bawang putih
- 4cm halia
CARA MEMASAK:
- Perap bahan kisar dengan daging selama sejam.
- Panaskan minyak dan goreng bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dan goreng daging sehingga airnya betul-betul keluar.
- Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk.
- Masukkan kicap manis, kicap pekat, gula dan garam. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan bawang goreng dan sedikit air.
- Kuantiti air bergantung kepada kelikatan kuah yang anda suka.
PECAL LELE BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan keli | bersihkan dan kelar-kelar
- 500ml liter santan pekat
- 2 keping asam gelugor
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4 biji cili padi
- 2 biji bawang merah
- 4biji isi cekur
CARA MEMASAK:
- Lumurkan ikan keli bersama garam dan kunyit dan bakar. Ketepikan.
- Sementara itu, campurkan bahan-bahan kisar bersama santan dan masak sehingga mendidih dan pekat.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup masak, tuangkan kuah ke atas ikan bakar tadi.
- Pecal Lele sedia dihidangkan.
PEPES UDANG BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping tauhu putih
- 100gm udang | potong kecil
- 1 biji telur
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- ½ sudu teh gula
- Daun pisang secukupnya
BAHANKISAR:
- 2 biji cili merah
- 3 biji cili padi
- 5 biji belimbing buluh
- 4 biji bawang merah kecil
- 2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Hancurkan tauhu putih.
- Masukkan udang , bahan-bahan tumbuk bersama telur, garam, kunyit dan gula.
- Gaul sebati.
- Seterusnya masukkan 3 sudu makan ke dalam daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat.
- Kukus selama 10-15 minit.
- Pepes sedia dihidangkan.
IKAN BAWAL MASAK KUAL PECAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal | bersihkan
- 4 helai daun limau purut | hiris
- 4 daun salam | hiris
- 1 biji buah tomato | potong 6
- Minyak untuk menggoreng
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu air asam jawa
- Garam dan gula sedukup rasa
BAHAN KISAR:
- 5 tangkai cili kering
- 3 biji cili merah
- 2 biji bawang besar
- 2 batang serai
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
- Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
- Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dari minyak gorengan tadi.
- Tumis bahan-bahan kisar bersama daun limau purut dan daun selasih.
- Masak sehingga garing dan kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
- Kacau seketika dan masukkan buah tomato.
- Tambah sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.
- Tuangkan kuah pecak ke atas ikan tadi.
- Ikan sedia dihidangkan.
RENDANG JINTAN HATI
BAHAN-BAHAN:
- 500 gram hati lembu | cuci bersih dan hiris nipis
- 40 liter santan pekat
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh biji sawi
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan kerisik
- 5 tangkai kacang panjang | potong serong
- 2 biji cili merah | hiris halus
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
- Gaul sebati hati bersama bahan-bahan kisar dan rempah. Perap selama 30 minit.
- Panaskan minyak dan masukkan jintan putih dan biji sawi.
- Masukkan kesemua bahan-bahan yang diperap bersama santan dan masak sehingga hati empuk.
- Masukkan kacang panjang. Gaul sebati, masukkan kerisik, cili merah
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong kecil
- 250gm santan pekat
- 5 helai daun limau purut |hiris halus
- 3 helai daun bay
- 1 keping asam gelugor
- 5 biji bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 biji tomato | belah empat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3cm halia
- 3 biji bawang merah sederhana besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji buah keras
- 3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan masukkan cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan masak ayam sehingga ianya kecut.
- Tuangkan santan ke dalam periuk bersama asam gelugor, daun bay dan masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.
- Masukkan daun limau purut, tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan Opor Ayam sedia dihidangkan.
Keropok Lekor Homemade Guna Tepung Sagu, Confirm Jadi
Buat mereka dari Pantai Timur, keropok lekor memang tidak asing lagi. Makan panas-panas memang berebut makan. Kalau anda peminat keropok lekor, boleh saja membuatnya sendiri. Apa yang perlu menggunakan ikan segar dan tepung sagu,barulah jadi elok kejadiannya. Buat yang ingin mencuba, dikongsikan resipi oleh ibu Fatin Umiyah ini yang merupakan orang Terengganu asli.
KEROPOK LEKOR HOMEMADE
Bahan-bahan:
Isi ikan (selayang/selar) yang mentah*kisar menggunakan blender kering
Tepung sagu
Garam-beli online di sini
Perasa
Air
Cara membuat:
1.Kalau isi ikan 3 mangkuk, sagu pun 3 mangkuk (ini sukatan ikut mak saya)
2.Kemudian gaul kesemuanya.sukatan air, garam agak saja. Uli hingga sebati.
3.Boleh goreng terus atau rebus dulu.Nak goreng selepas rebus pun boleh.Makan yang rebus begitu saja pun boleh.
Kredit: Fatin Umiyah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Aneka Lauk Pauk Pantang. Mudah & Sedap.
Tercari-cari resipi lauk pauk pantang? Ini menu-menu yang anda boleh cuba. Bagi wanita yang melahirkan anak, pasti akan melalui tempoh berpantang yang cukup mencabar. Bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
Mereka dilarang untuk mengambil makanan yang sejuk dan gatal. Sepanjang tempoh itu, para ibu mesti memakan makanan yang dapat memberikan mereka tenaga, berkhasiat dan membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.
Sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk pantang. Ia bukan sahaja menyihatkan badan bahkan rasanya juga sedap. Tidaklah asyik makan ikan kering bakar dan lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja. Yang penting, ramuan yang dimasukkan tentu sekali yang elok untuk diambil oleh para ibu berpantang seperti kunyit, lada hitam, ginseng, mengkudu dan sebagainya. Malah, lauk pauk pantang ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan?
1. DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300 gm daging batang pinang |hilis nipis
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 sudu teh lada hitam |tumbuk kasar
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ inci halia |hiris
- Minyak masak secukupnya
- Gula dan garam secukupnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga terbit wangi.
- Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
- Angkat dan sedia dinikmati.
2. IKAN MERAH SINGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan merah
- 2 ulas bawang putih |hiris halus
- 2 ulas bawang merah |hiris halus
- 1 batang serai |titik
- ½ inci halia |hiris
- ½ inci lengkuas |hiris halus
- 2 keping asam gelugur
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 2 cawan air
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
- Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
- Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
3. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam |bahagian paha
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 3 inci halia
- Garam secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan. - Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Sedia dinikmati.
4. SUP LOBAK PUTIH DAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang lobak putih
- 1 batang lobak merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 1 tangkai daun sup dan daun bawang.
- 1 sudu ikan bilis
- ½ sudu lada sulah
- Garam dan gula secukupnya
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
- Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
- Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
5. IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
- ½ serbuk kunyit
- 3 helai daun kunyit
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
- Kemudian balut ikan dengan daun kunyit. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
6. IKAN GELAMA MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan gelama
- 2 batang serai
- 2 keping asam gelugur
- 2 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- ½ inci halia
- 1 inci daun kunyit
- Gula dan garam
- 2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
- Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
7. DAGING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang |bersihkan dan potong nipis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- ½ sudu teh kunyit
- Sedikit garam dan gula
- ½ sudu teh lada serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak. Ketepikan.
- Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
8. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping ikan tenggiri |bersihkan
- 3 inci halia |hiris halus
- 2 sudu teh kicap manis
- 1 biji bawang besar |hiris
- ½ cawan minyak masak
- Garam dan serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Ikan tenggiri dicuci, lumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia dan bawang besar hingga terbit wangi. tambahkan kicap manis dan masukkan ikan. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
9. KERABU DAUN MENGKUDU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pucuk mengkudu muda
- 3 sudu teh kelapa parut
- ½ biji bawang besar |racik
- Garam dan Gula
- 1 sudu teh cuka
CARA MEMASAK:
- Pucuk mengkudu dicelur sebentar. Toskan airnya dan dihiris 1 inci panjang. Ketepikan.
- Bawang dihiris. Di dalam satu mangkuk, satukan pucuk mengkudu, bawang hiris, Kelapa parut dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Sedia dihidangkan.
10. KERABU PEGAGA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pegaga
- 1 biji bawang besar |mayang
- 3 sudu makan kelapa parut
- 1 sudu teh cuka
- 3 sudu teh ikan bilis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pegaga dibersihkan dan dipotong 1 inci panjang. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
- Bawang besar dimayang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Kemudian campurkan ikan bilis, cuka, pegaga dan kelapa parut. Gaul sebati. Tambahkan gula dan garam secukup rasa, gaul sebati sekali lagi.
- Sedia dinikmati.
11. AYAM KUKUS CUKA
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 ekor ayam bahagian dada
- 2 sudu cuka
- 2 inci halia |dihiris
- 1 sudu lada hitam |tumbuk halus
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang dan lidi untuk membungkus
CARA MEMASAK:
- Potong dada ayam kepada beberapa bahagian kecil. Gaulkan ayam dengan halia, garam, gula dan lada hitam serta cuka. Bungkus di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
12. HATI LEMBUT MASAK LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- ½ kg hati lembu |bersihkan dan hiris nipis
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu ketumbar
- 2 sudu serbuk kurma
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 4 keping daun limau purut
- 3 sudu lada hitam ditumbuk halus
- 4 sudu minyak masak
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai
- Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Hati lembu dipotong nipis. Ketumbar, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Serai pula dititik.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan juga rempah kurma,kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk kunyit dan serai. Masukkan hati lembu dan gaul sekata.
- Tambahkan air, didihkan sehingga hati empuk. Kemudian masukkan asam gelugur dan lada hitam.
- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
- Sedia dihidangkan.
13. IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan haruan |bersihkan
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Daun pisang untuk membalut
BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:
- 1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
- 1/3 cawan air
- ½ sudu tepung jagung
CARA MEMASAK:
- Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
- Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
- Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.