
Korang kalau tak tau nak bekalkan apa untuk dibawa oleh anak ke sekolah, korang jangaan risau malam ni, ambil sedikit masa utuk membuat Bebola Udang yang sungguh sedap. Apa lebih penting ia menjimatkan sebab kalau beli harga pun boleh tahan mahalnya. Silap-silap bukan hanya anak yang bawak bekal mak-mak pun sama berbekal.
BEBOLA UDANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar Kasar:
- 200gm udang | buang kukit
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang Holland
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 2 sudu makan tepung ubi
- 1 biji putih telur
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh garam
- Sedikit hirisan daun bawang dan bawang
- 1 sudu the minyak bijan
- Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam pengisar dan kisar kasar.
2. Campurkan bahan kisar dengan bahan lain di dalam mangkuk. Adun hingga berkilat dan tidak adunan tidak melekat pada mangkuk.
.3. Panaskkan air dalam periuk. Sementara menunggu air mendidih, bulat-bulatkan adunan hingga habis.Apabila air mengelegak, masukkan bebola .
4. Toskan, kemudian goreng hingga kuning keemasan.
5. Hidangkan bebola udang dengan pelbagai jenis sos kesukaan .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Maggi Celup Kelantan Paling Mudah, Simple & Sedap

Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya.
CARA MASAK MAGGI CELUP KELANTAN YANG SANGAT SEDAP
BAHAN KUAH SUP:
1 periuk air
2-3 ketul daging (potongan besar)
1-2 ketul tulang lembu
Perut lembu secukupnya
Ayam secukupnya
1 sup bunjut @ rempah sup Thai – beli online disini
Potongan akar ketumbar
Secubit dua garam
1 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
1 sudu makan kicap pekat Jalen – beli online disini
1 sudu makan sos ikan – beli online disini
Segenggam taugeh
BAHAN ISIAN:
Mi segera
Kuetiau
Mi kuning
Bihun
BAHAN RENCAH TAMBAHAN:
Gula
Garam halus
Kacang tanah tumbuk
Air lada
Bawang goreng – beli online disini
Bawang putih goreng dadu – beli online disini
Cili siam jeruk – beli online disini
Sos ikan – beli online disini
Perencah maggi
Limau nipis
Daun sup
Serbuk lada sulah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar.
2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam. Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
4. Keluarkan isi sup tadi. Isi ayam perlu digoreng seketika.
5. Carikkan daging dan isi ayam. Hiris nipis perut.
6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
8. Warna sup yang menepati citarasa. Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.
10. Seterusnya celur taugeh seketika.
11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.
12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.
13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.
14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Mudahnya Resipi Nasi Ayam Claypot Yang ‘Super Simple’ & Sedap
Patutlah Dapat 35K Share. Sambal Garing Pedas Ni Memang Sedap
Buat Sendiri Aiskrim Honeycomb Ala Bubblebee. Sedap & Lebih Jimat
Resipi Kuih Bingka Kelapa Sedap. Bakar Guna Loyang Muffin & Oven Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
10 Resipi Berempah & Bersambal, Jadikan Aroma Masakan Lebih Menyerlah.

Terdapat banyak masakan di negara kita yang menggunakan rempah ratus. Ia memberikan rasa lebih mendalam pada satu-satu masakan. Aroma yang diterbitkan juga lebih menyerlah.
ASAM TUMIS AYAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam |potong kecil
- 1 liter air
- 2-3 sudu makan air asam
- 1 batang serai |dititik
- 2 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN (B):
- 10-12 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas muda
- 2cm kunyit hidup
- ½ sudu teh jintan manis
- ½ sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
- Panaskan 2-3 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B hingga pecah minyak. Masukkan serai dan tumis lagi.
- Masukkan air, air asam jawa dan ayam. Didihkan hingga ayam empuk.
- Masukkan kerisik dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau tomato yang dibelah dua.
AYAM BAKAR REMPAH HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 1 paha ayam
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
- 15 biji cili hijau | buang biji dan kisar halus
- 1 sudu cincangan daun basil segar | kisar halus
- 2 sudu makan stok/air rebusan ayam
- 5 ulas bawang putih |cincang lumat
- Sedikit Thyme kering
- Sedikit Oregano kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Perap ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah selama sejam atau lebih.
- Letak dalam dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan ‘aluminium foil’.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 15-20 minit atau hingga ayam masak. Keluarkan dan ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis cincangan bawang putih hingga wangi. Masukkan semua bahan lain, perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan didihkan hingga kuah pekat.
- Tuang sos ke atas ayam panggang dan hidangkan.
Info chef: Boleh gunakan air menggantikan stok/air rebusan ayam.
AYAM PANGGANG SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paha ayam
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan stok/air rebusan ayam atau air
- 5 ulas bawang putih – cincang lumat
- Sedikit Thyme kering
- Sedikit Oregano kering
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Perap ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah selama sejam atau lebih.
- Letak dalam dulang pembakar yang telah dilapikkan dengan ‘aluminium foil’.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga ayam masak.
- Untuk membuat sos; panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis cincangan bawang putih hingga wangi. Masukkan semua bahan lain dan didihkan hingga kuah memekat.
- Tuang sos ke atas ayam panggang dan hidangkan.
Info chef: Boleh dihidangkan juga bersama salad sayur-sayuran.
DADA AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1-2 keping dada ayam
- 2 sudu makan rempah kari ayam
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 3cm lengkuas
- 3cm halia
- 1 batang serai
- 1 labu bawang besar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
- Lumurkan pes, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit pada ayam bersama garam dan lada sulah secukupnya.
- Perap ayam selama beberapa jam atau semalaman.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, goreng ayam hingga masak.
- Angkat ayam dan hidangkan panas.
Info chef: Boleh siram sedikit sos cili di atasnya ketika menghidang dan sedikit salad sayuran.
DAGING HITAM HALBA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | hiris nipis
400ml santan pekat - 2 labu bawang besar | mayang halus
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan rempah kari
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh halba
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 10 biji bawang merah | kisar
- 5 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 2 batang serai | ketuk
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang.
- Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
- Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
DAGING GORENG KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging lembu muda |hiris nipis
- 10 biji cili padi | tumbuk kasar
- 1 labu bawang besar | potong bulat
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
- Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing.
- Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
DAGING MASAK JINTAN
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
- 8 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia |kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
- Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
- Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
DAGING TETEL HERBA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging tetel | rebus hingga empuk
- 2 batang serai |titik
- 2 helai daun salam
- 8 ulas bawang merah | kisar
- 4 ulas bawang putih |kisar
- 3cm halia | kisar
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
- Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
- Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
- Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
- Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat.
IKAN GORENG SAMBAL BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ekor ikan kembung saiz besar
- 7-8 biji cili merah
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 1 sudu teh rempah kari
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Ikan dibersihkan, potong kecil lalu dilumur sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.
- Cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
- Masukkan rempah kari ikan, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Tambah sedikit air dan tumis lagi hingga semua rempah masak sepenuhnya.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Tuang sambal ke atas ikan goreng dan gaul rata. Boleh tambah hirisan bawang besar atau daun bawang jika suka.
Info chef: Boleh gunakan ikan kerisi atau selar juga.
KAMBING PANGGANG REMPAH CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 6-8 keping rusuk/bahu kambing
- 2 tangkai daun rosemary segar
- 10 ulas bawang putih |cincang halus
- 2 sudu makan sos perang
- 1 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan cincangan bawang putih, sos perang, sos lada hitam dan sedikit air.
- Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Kacau hingga sebati.
- Lumurkan sos campuran tadi ke atas kepingan kambing.
- Tabur cincangan rosemary ke atas kambing. Perap beberapa jam atau semalaman.
- Panggang kambing di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 20 minit atau hingga kambing masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan begitu sahaja.
Kredit resipi: Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Resipi Rempah Kambing Perap Yang Sedap, Mudah & Jimat

Kambing perap ni kalau beli yang sudah ‘readymade’ memang agak mahal. Tak puas makan. Kalau nak nikmati untuk satu keluarga, lebih baik anda perap sendiri guna resipi perkongsian saudari Farmiza Masur ni. Sangat simple dan tak guna banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT REMPAH KAMBING PERAP YANG SEDAP
BAHAN PERAPAN KAMBING:
- 2 kg kepingan kambing
- 1 paket sos lada hitam
- 1 labu bawang putih – kupas
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kambing dan toskan bagi membuang lebihan air.
2. Ambil bawang putih. Separuh dipotong dadu dan separuh lagi dikisar bersama sos lada hitam.
3. Ambil kepingan daging kambing tadi dan celupkan ke dalam sos hingga rata.
4. Letak daging kambing ke dalam bekas dan perap sebaiknya 2 hari supaya rasa perapan benar-benar menyerap pada isi kambing.
5. Untuk menikmatinya, panggang daging kambing hingga masak. Nikmatinya bersama Kentang Putar dan sos lada hitam.
BAHAN SOS LADA HITAM SEDAP
- 1 tin sos carbonara berkrim
- 2 biji ubi kentang rebus – hancurkan
- Susu full cream/ susu segar/low fat milk – sukatan 1 tin sos carbonara
- 3/4 sudu makan lada hitam – kisar halus
- 3 ulas bawang putih – dadu
- 2 sudu makan mentega
- Kicap manis secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos carbonara, susu dan kentang yang dilenyek tadi. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan kicap. Sukatan kicap agak-agak hingga dapat warna yang dikehendaki. Tambahkan juga garam secukup rasa.
4. Kepekatan sos juga ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah air atau susu hingga dapat tekstur yang disukai.
5. Sos siap dimasak dan sedia dinikmati bersama kambing panggang dan kentang putar.
Kredit resipi & foto: Farmiza Masur
Suka maka BBQ tapi belum ada PEMANGGANG ELEKTRIK? Nah..Pilih je DISINI. RASA sediakan seleksi barangan terbaik yang boleh dimiliki pada harga mampu milik. Memang berbaloi.
Nak lebih banyak resipi best guna Pemanggang Elektrik? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official