Cara Masak Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina.

Share

Dalam episod kelima Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Adam Didam berpeluang ke Filipina untuk belajar cara-cara pembuatan hidangan Sinigang yang sedap. Manakala di Malaysia pula Ili Sulaiman belajar cara-cara untuk menyediakan menu Singgang Asam Pedas cara Terengganu yang sedap dan sangat mudah. 
Kedua-dua hidangan ni nampak sama kan? Tapi ada bezanya dan masing-masing punya kekuatan serta keenakan yang tersendiri. Nak cuba? Jom lihat langkah-langkah penyediaannya.

 

CARA MASAK SINGGANG SAM PEDAS DAN SINIGANG

 

1. SINGGANG ASAM PEDAS TERENGGANU


BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan merah – potong kecil
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 batang serai – diketuk
  • Sedikit cili boh
  • 2 kuntum bunga kantan – hiris
  • 5 biji bendi
  • 1 biji tomato – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 1 genggam daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 6 biji cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 ulas bawang putih
  • 2-3 hiris lengkuas
  • 1 batang serai
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tuang air dengan secukupnya. Biar meruap.

2. Kemudian masukkan sedikit cili boh. Kacau sebati.

3. Tambahkan serai bersama ikan. Biar masak seketika.

4. Seterusnya masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan bunga kantan, hirisan tomato, cili merah, bendi dan daun kesum.

6. Kacau sekali sekala dan bila ikan serta sayuran masak sepenuhnya, padamkan api.


7. Sedia untuk dinikmati.

 

Video Resipi Singgang Asam Pedas:

2. SINIGANG


BAHAN-BAHAN:

  • 500gm udang galah – dibersihkan
  • 2 liter air
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2-3 tangkai kacang panjang – dipotong
  • 1 biji terung – dipotong
  • 1/2 batang lobak putih
  • 5 biji bendi – dihiris
  • 1 sudu makan asam jawa
  • Sos ikan secukup rasa
  • 2 biji tomato – dipotong
  • 2-3 tangkai kangkung
  • 2 biji cili hijau

CARA MEMASAK:
1. Didihkan air kemudian masukkan hirisan bawang besar, kacang panjang, terung, lobak putih dan bendi.

2. Kemudian masukkan asam jawa dan juga sos ikan dengan secukupnya. Kacau rata.

3. Seterusnya masukkan hirisan tomato dan kangkung.

4. Akhir sekali, masukkan udang dan juga cili hijau. Gaul sebati dan biarkan udang masak sepenuhnya.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Video Resipi Sinigang:

Jom cuba!

  • Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Indonesia) Episod 1
  • Cara Masak Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 2
  • Cara Masak Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Thailand) Episod 3
  • Cara Masak Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Filipina) Episod 4
IKLAN