Tercari-cari resipi Sambal Nasi Lemak yang sedap dan mudah disediakan? Resipi perkongsian dari Cikgu Afy Al Habibi ni tentunya perlu anda cuba. Istimewanya, sambal ini tahan lama dan boleh tahan berhari-hari tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Malah ia juga pelbagai guna dan boleh dijadikan pes untuk memasak aneka hidangan seperti nasi, mi, bihun dan kuetiau goreng. Memang memudahkan kerja. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK @ IBU SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 genggam ikan bilis – dibersihkan
1 mangkuk cili kisar (boleh guna kombinasi cili kering besar & kerinting untuk rasa sambal pedas-pedas manis)
Secubit asam jawa – larutkan dengan 1/4 gelas air
2 1/2 sudu makan gula melaka
4 sudu makan gula
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang Holland / kuning
2 biji bawang merah – saiz syiling 20 sen
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan – boleh ganti dengan 1 1/2 sudu makan udang kering
1/2 genggam ikan bilis goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh dan cili betul-betul masak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa. Kacau rata.
5. Selepas bahan mendidih, masukkan 1 sudu makan ikan bilis goreng. Gaul rata.
Ads
6. Bagi mendapatkan warna sambal yang cantic, masukkan gula melaka.
7. Tambahkan juga gula putih dan juga sedikit garam. Tidak perlu banyak kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.
8. Bila sambal mula likat dan berkilat, padamkan api. Siap untuk dinikmati.
Ads
Langgan Rasa
CARA BUAT SAMBAL UDANG GUNA PES SAMBAL. 5 MINIT BOLEH SIAP!
Masukkan 2 senduk sambal ke dalam kuali. Hidupkan api.
Masukkan udang dan tambah 1/4 cawan air. Biarkan udang mengeluarkan airnya sendiri supaya kuah rasa lebih sedap.
Tambahkan secubit garam dan masak udang selama 5 minit.
Jom buat kuah petis homemade untuk Sengkuang Calit. Kalau dulu, sekeping harganya dalam RM0.50 tapi sekarang boleh mencecah RM2 sekeping. Agak mahal tapi tak apa, anda pun boleh buat sendiri sos ni secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Lynda Yum Yum. Memang berbaloi cuba. Boleh makan banyak kali. Nak jadikan kuah rojak pun boleh.
RESIPI PETIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2 botol kicap masin (anggaran 200ml)
6 sudu makan gula apong ATAU 250gm gula melaka
Gula pasir secukupnya – jika perlu
1 inci belacan bakar – dihancurkan
6 sudu makan sos cili
5 sudu makan cili kisar / cili boh
Bijan secukupnya – goreng tanpa minyak
5 sudu makan tepung ubi/tepung kanji – bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung ubi. Masak guna api kecil hingga mendidih. Pastikan sos ada rasa masin, manis dan pedas secukupnya.
Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan kacau sentiasa supaya tidak berketul.
Masak sos hingga pekat dan akhir sekali masukkan bijan.
Padam api dan biarkan sos sejuk seketika.
Sedia untuk dibuat sengkuang calit atau dimakan bersama buah-buahan kegemaran yang lain.
Asyik sambal belacan dengan sambal ikan bilis aje. Jom masak sambal special sikit Ni dua resipi dari Hotel The Pearl, KL.
Ni kalau makan dah tak toleh ke mana dah. Iyalah nak makan kenalah pandang depan kan.
1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
Pucuk ubi kalau dicicah dengan sambal belacan dimakan pula dengan nasi panas-panas, memang takt oleh kiri atau kanan. Sedap bukan kepalang. Selain dijadikan ulam, sambal pucuk ubi goreng pun buat anda menambah makan. Menu ini merupakan menu lejen di Negeri Sembilan.Jom cuba buat ikut resipi perkongsian saudari Farhadina Halim.
SAMBAL PUCUK UBI GORENG
Bahan-bahan
Pucuk ubi( ambil daun sahaja)
Ikan bilis
Tepung beras
1 atau 2 biji bawang besar
Belacan
1 keping Asam keping
Cili kering
Cara memasak:
Pucuk ubi ambil daun sahaja dan buang tangkai. Basuh bersih-bersih dan toskan sampai daun kering.
Tujuan nak bagi kering supaya tak meletup masa goreng dalam minyak panas. Minyak untuk goreng kena cukup dan betul-betul panas. *Pakai minyak yang sama sehingga siap masakan.
Goreng sehingga garing. Nak tahu garing ke tak, boleh tengok warna daun dah bertukar.
Kemudian, campurkan ikan bilis dengan tepung beras.
Bawang besar 1 atau dua labu. Dihiris halus
Bakar belacan. (Agak-agak sahaja) dan sediakan asam keping sekeping sahaja
Sediakan cili kering yang dikisar kering. Pastikan rebus dahulu cili kering dan potong halus
Goreng ikan bilas sehingga garing kemudian toskan.
Tumis bawang menggunakan minyak ikan bilis tadi.
Masukkan cili kisar, belacan, asam keping dan masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Tutup api dan masukkan pucuk ubi yang dah digoreng bersama ikan bilis. Gaul hingga rata.
12.Dah siap. Boleh makan dengan nasi putih dan kicap.