Nasi lemak memang antara hidangan sarapan yang digemari ramai. Kalau nak buat sambal, rasanya tiada masalah sangat cuma nasi tu kadang-kala kurang menjadi. Ada yang terlalu keras, ada yang terlalu lembik. Menerusi perkongsian saudari Leng Loy, beliau ajar cara-cara masak nasi lemak yang wangi, sedap, masak sekata dan butir nasinya sebiji-sebiji. Macam yang orang jual dekat gerai tu. Mudah sangat rupanya sukatannya. Puan-puan boleh cuba nanti.
RESIPI NASI LEMAK YANG WANGI, SEDAP & TAK LEMBIK
BAHAN-BAHAN:
3 cupak beras – boleh juga sukat guna cawan beras biasa
Halia – ditumbuk
5 helai daun pandai – potong pendek
1 kotak kecil santan
Sedikit garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan basuh bersih. Kemudian sukat paras beras menggunakan jari.
2. Asingkan beras bersih tadi ke dalam bekas lain. Kemudian masukkan air ke dalam periuk nasi sama paras dengan sukatan beras tadi.
3. Masukkan santan kotak. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan halia, daun pandan dan garam. Kacau lagi hingga garam larut.
Ads
5. Tambahkan minyak masak. Fungsinya adalah untuk dapatkan nasi lemak yang sebiji-sebiji dan tidak lembik. Pastikan jumlahnya tidak lebih dan tidak kurang.
6. Letak periuk nasi dalam bekas rice cooker, tekan suis dan masak hingga mendidih.
7. Sewaktu santan mendidih, masukkan beras yang dibersihkan tadi. Masak seperti biasa.
8. Selang 5-6 minit sekali, buka periuk dan gaul nasi agar ia sebati dengan santan. 9. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Semasa masak santan, jangan biar mendidih terlalu lama dan santan pecah minyak kerana nanti nasi jadi kurang enak.
Dekat nak bulan puasa teringin pula nak makan bubur lambuk. Apa yang menyebabkan bubur lambuk berbeza dari bubur biasa kerana bahan-bahannya terdiri dari pelbagai antaranya daun kesom, daun kadok, pucuk paku hijau dan daun kunyit.
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu besar lada hitam
2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
3 daun ulat bulu
4 tangkai daun kesom
2 tangkai daun kadok
1 ikat pucuk paku hijau
1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
5 tangkai daun cekur manis
5 tangkai pucuk ubi
1 cawan ikan bilis
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
1 helai daun kunyit
5 tangkai pucuk lada
Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bubur nasi.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau hingga cukup rata dan sayur layu.
Nasi Tumis Pandan ini seakan nasi lemak namun ia tidak menggunakan santan. Rasanya enak, lebih wangi dan tahan lama. Sesuai dijadikan pengganti bagi nasi lemak bahkan boleh dinikmati dengan anek lauk pauk lain.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras | dibersihkan
3 1/2 cawan air
3 biji bawang merah | dimayang
2cm halia | dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Secubit garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan air diikuti beras serta garam. Kacau rata.
Masukkan ke dalam bekas periuk elektrik dan biarkan nasi hingga masak.
Boleh dinikmati bersama telur rebus dan juga sambal bilis.
Ketupat Pocongperkongsian saudari Biey Hasbini nampak sangat enak dan mudah disediakan. Kelihatan seakan lemang, namun proses penyediaannya lebih mudah dan tidak perlu dibakar lama. Hanya kukus sahaja. Enak dimakan bersama aneka rendang pilihan. Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya bersama keluarga.
CARA BUAT KETUPAT ALA POCONG
BAHAN-BAHAN: 2 kg beras pulut – beli online disini 2 cawan santan pekat – nak lemak lebihkan sedikit – beli online disini 1 sudu teh garam Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Basuh pulut hingga jernih air. Kemudian rendam beras pulut selama 2 jam. 2. Toskan beras pulut dan kukus hingga masak. 3. Gaulkan pulut dengan santan pekat dan satu sudu teh gula untuk sekilo pulut. Kukus semula hingga berwap. Angkat. 4. Ambil sekepal pulut dan bungkus dengan daun pisang. 5. Gunakan teknik seperti menggulung daun pisang agar pulut kemas elok bentuknya dan padat. 6. Ikat bahagian hujung terlebih dahulu. Kemas dan rapatkan pulut kemudian ikat hujung satu lagi. Nak lebih padat, ikat di bahagian tengah. 7. Kukus atau rebus gulungan Ketupat Pocong. Lebih lama dikukus atau direbus, Ketupat akan lebih tahan lama dan padat macam lemang.
Sambal belacan wajib ada stok di dapur kalau suka makan pedas. Alang-alang buat sebalang terus macam Mariana Abdul Majid ini.Tak perlu susah-susah buat banyak...