Sedapnya Telur Tomato. Maklumlah sepanjang minggu raya, pasti kita semua dah banyak makan lauk pauk berasaskan ayam, daging, makanan laut dan sebagainya. Jemu kan? Bagi yang dah mula tak tahu nak masak apa dan nak makan apa, RASA kongsikan satu resipi paling ringkas perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit yang boleh dicuba. Menurut beliau, resipi mudah ni memang sedap. Anak-anak yang tak makan tomato pun boleh suka menu ni. Jadi, jom cuba.
RESIPI TELUR TOMATO SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 biji tomato (pilih yang besar dan merah)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Gula (perlu ada untuk hilangkan rasa masam dan maung tomato)
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak.
2. Pecahkan telur dan kacau guna garpu. Kemudian masukkan dalam kuali. Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.
Ads
3. Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat. Pastikan telur tidak terlalu masak.
4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak. Masukkan hirisan tomato.
5. Masak tomato hingga layu dan keluar airnya. Air tomato yang keluar tu akan menyedapkan lagi rasa telur.
Ads
6. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Ads
7. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
Orand dulu dulu manalah ada jem, mentega kacang, nutella dan pelbagai sapuan roti lain. Roti semuanya disapu sekaya atau marjerin. Generasi lama sekaya atau seri kaya lah paling popular. Dapat roti bakar sapu sekaya, perggh terangkat lah sedapnya macam kat kedai kopitiam.
Jadi inti pau pun sedap sangat ni. Ni resipi perkongsian dari Noor Lifa Ayub, dengan sukatan 10 biji telur, wah memang puaslah makan. Ramuannya pun ringkas sangat, hanya empat bahan aje.
SEKAYA @ SERIKAYA
.
BAHAN-BAHAN :
10 biji telor ayam gred B
1 kg gula (ambil satu cawan untuk buat gula hangus)
Santan kelapa dari 1 biji kelapa (1 periuk kecil)
3 sudu makan tepung gandum
(gula, telor dan tepung gandum dikisar)
CARA MEMASAK : 1.Gula yg secawan tu dijadikan gula hangus. Bila gula dah cair, masukkan santan dan kacau lagi. Usah berhenti untuk mengelakkan gula hangit. 2.Bila gula hangus yang diletakkan santan tadi dikacau, masukkan bahan yang diksar tadi. 3.Kacau dengan api yang perlahantanpa henti, sampai keluar gelembung. Emppunya resipi masak 1/2 jam kacau tanpa henti. selamat mencuba .
Kredit Resepi : noor lifa ayub
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH. JOM LAYARI DI SINI, PELBAGAI PILIHAN MENANTI DENGA HARGA MENARIK.
Menu dari Kacang Dhal memang popular dan mudah didapati di restoran masakan India halal. Ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh kerana ia tinggi kandungan protein dan kalsium. Malah kandungan kalsium dalam kacang Dhal setanding dengan kalsium di dalam yogurt.
Di samping itu menu kacang Dhal juga membantu anda rasa kenyang lebih lama. Dan yang paling penting rasanya sungguh sedap.
1. PUFF INTI KARI DHAL AYAM
BAHAN-BAHAN:
10 keping pastri puff segera
1/2 cawan kacang dhal | rebus dan tos air
200gm isi ayam | dadu kecil
1 biji bawang holand | potong dadu
3 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 biji kuning telur | kacau
Garam gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Keluarkan pastri puff, biarkan pada suhu bilik.
Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang holland hingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan daun kari.
Kacau rata, masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga garing, baru masukkan ayam, kacau rata.
Bila ayam kecut masukkan kacang dhal dan kentang yang telah direbus tadi.
Kacau rata atas api sederhana hingga inti kering. Tutup api.
Setelah inti sejuk, letakkan di atas pastri dan lipat bentuk tiga segi.
Kemaskan tepi pastri dengan garpu. Kemudian sapukan dengan kuning telur di atasanya.
Cucuk dengan garpu atas pastri sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180C, atau saiz ketuhar anda.
Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
2. KUIH VADAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
1/2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar | dadu halus
2 biji cili hijau | dadu halu
4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan rempah kari
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
Gaul rata dan sebati,
Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
Setelah perang keemasan, angkat dan toskan.
Kuih Vadai sedia dihidangkan.
3. PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
REMPAH PENUMIS:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 tangkai daun kari
6 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
Kacau rata, tambah serbuk kunyit, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
Setelah telur membeku, tutup api.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.
4. BEBOLA DAGING SOS DHAL
BAHAN-BAHAN:
8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
1/2 cawan yogurt
1 sudu makan mustard
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 sudu makan mentega
CARA MEMASAK: 1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan. 2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar. 3. Kisar hingga sebati. 4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan. 5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana. 6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya 7. Masukkan bebola daging, gaul rata. 8. Apabila kuah pekat, tutup api. 9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.
Orang dulu-dulu cakap sambal ni sambal bodoh, sebab orang malas tapi nak cepat makan. Lalu campurkannya telur dalam sambal tumbuk, kacau rata dalam kuali dah siap terus boleh makan. Tapi kalau nak tahu sambal bodoh ini sangat sedap dan boleh habiskan nasi berpinggan-pinggan. Tak percaya cuba buat ye…
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!