Mee Calong ini antara hidangan yang paling popular di Terengganu dan juga Pahang. Ia juga dikenali dengan nama Laksa Tumis. Istimewa menu ini ialah bebola ikannya dibuat sendiri menggunakan ikan segar dan tidak menggunakan bebola ikan yang sedia ada di pasaran. Memang sedap lain macam. Anda nak cuba? Saudara Muliadi Ramli ada kongsikan resipi dan cara-cara memasak. Selamat mencuba!
RESEPI MEE CALONG TERENGGANU YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Selayang
2 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
½ bungkus bihun
1 sudu besar kicap pekat (untuk gelapkan kuah sikit)
2 sudu besar kicap Golden Mountain / Kicap Bukit (optional) – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online di sini
Garam & gula secukupnya
1 kiub pati ayam
BAHAN TUMIS:
½ biji bawang holland (kuah rasa lebih manis jika guna bawang holland) – beli online di sini
3 biji bawang putih | mayang
½ inci halia | dimayang
2 sudu besar lada hitam | ditumbuk halus
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
5 biji cili padi (buat yang suka pedas)
*kisar halus, supaya kuah kita lebih pekat dan berperisa
BAHAN SAYUR:
Sawi
Lobak merah
Bunga kobis/ketiak jagung
Cendawan
Cili besar merah/hijau
*kuantiti ikut suka masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ikan Selayang dibuang kulit dan tulang diambil isinya sahaja. Kemudian isi ikan ditumbuk.
2. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam, perasa dan tepung ubi serta dibentuk menjadi bulat-bulat.
3. Panaskan periuk dengan minyak masak.
4. Kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya.
5. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.
6. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tunggu air mendidih. Masukkan kiub ayam, sos dan kicap.
7. Masukkan bebola ikan tadi. Bila bebola ikan timbul, menunjukkan ia sudah masak.
8. Boleh masukkan bihun dan masukkan sayur-sayur. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa.
9. Bagi mendidih sekejap, kemudian tutup api. Siap.
Sajian hidangan yang pastinya memikat perutmu di tengah bulan ini! . Selain mudah disediakan, ia boleh disesuaikan dengan bajet yang anda ada. Maklumlah habis perayaan, bajet kena jaga. Jangan risau, cuba dulu hidangan mi berkuah yang RASA kongsikan ni gerenti tak menyesal. Selamat mencuba!
1. Mi Siam Berkuah
Bahan-Bahan:
500 gram mihun – rendam sehingga lembut dan ditoskan
300 gram isi ayam – potong dadukan
3 keping tauhu – goreng dan dipotong empat segi
50 gram daun kucai – Dipotong pendek
5 biji telur – Direbus dan dibelah dua
3 sudu makan minyak
3 camca besar taucu
¼ sudu teh garam – pilihan
5 biji limau kasturi – Dibelah dua
Bahan Kisar:
15 tangkai cili kering -rendam dahulu sehingga lembut
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
20 gram udang kering – direndam dahulu
Bahan Kuah Mi Siam:
1/2 cawan kacang tanah – goreng dan ditumbuk halus
1 batang serai – dititik
5 sudu besar taucu
3 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan minyak
1 sudu teh gula
¼ sudu teh garam – pilihan
Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering (direndam dahulu)
3 ulas bawang putih
4 labu bawang besar
30 gram udang kering
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Masukkan isi ayam dan taucu. Masak sehingga taucu garing.
Masukkan bihun dan kacau sehingga rata.
Akhir sekali masukkan daun kucai dan kacau sebati. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat kuah mi Siam, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Tuang air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian masukkan taucu, gula, garam dan akhir sekali masukkan kacang. Tambah air jika perlu. Masukkan serai titik.
Masak sehingga kacang masak secukupnya. Tutup api. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya atau hidang berasingan.
2. Mi Sup Daging (Chinese Style)
Bahan-bahan:
250 gram mi kuning – basuh dan dicelur
500 gram daging – Rebus hingga lembut dan potong nipis. Simpan lebihan air rebusan daging.
2 cm halia muda – Dicencang halus
2 ulas bawang putih – Dicencang halus
50 gram daun bawang – potong kasar
3 batang daun saderi – Dipotong kasar
50 gram salad cina
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh ‘chinese five spice powder’
2 sudu teh sos ikan
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh jus lemon
1 sudu makan minyak
½ sudu teh serbuk lada sulah
¼ sudu teh garam
Air/ stok daging secukupnya
Cara membuat:
Panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan daun bawang. Masak sehingga terbit bau.
Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
Tuangkan stok daging diikuti five spice powder. Reneh sehingga kuahnya pekat sedikit dan daging betul-betul lembut.
Masukkan kicap cair, sos tiram dan sos ikan.
Masukkan pula daun saderi, jus lemon dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
Tutup api dan masukkan sayur salad cina.
Akhir sekali, taburkan dengan sedikit daun bawang. Letakkan mi ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. Sedia dinikmati.
3. Mi Kuah Sempoi
Bahan-Bahan:
500 gram mi kuning – Dicelur dan ditoskan
200 gram tauge
200 gram daging – potong empat segi dan rebus
3 biji ubi kentang – Direbus dan dipotong nipis
4 biji telur – Direbus dan dibelah dua
3 biji limau kasturi – Dibelah dua
50 gram sawi – Direbus dan ditoskan
4 keping tauhu – Digoreng dan dipotong empat segi
2 biji cili merah – Dipotong bulat
Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan Untuk Kuah:
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan tepung ubi yang dibancuh dengan 1 gelas air
2 sudu air asam jawa
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
Di dalam periuk, masukkan cili kering kisar dan air asam jawa dan masak selama 10 minit.
Masukkan pula daging berserta air rebusannya. Kacau Rata.
Masukkan tepung ubi dan masak sehingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Letakkan mi bersama telur, sawi, cili merah, tauge dan kentang rebus di dalam pinggan. Tuangkan kuah secukupnya dan letakkan limau kasturi di atasnya. Sedia dihidangkan.
4. Mi Kari Putih Penang
Bahan-Bahan:
500 gram mi kuning – Dicelur dan toskan
500 gram santan
1 genggam ikan bilis
2 inci lengkuas – Dihiris kasar
3 batang serai- Diketuk
4 helai daun limau purut
2 1/2 liter air
2 sudu makan minyak
Gula secukup rasa
Bahan Sambal (Dikisar):
2 biji bawang merah
2 hiris lengkuas
1/2 sudu makan belacan
1 batang serai
2 sudu makan udang kering
10 tangkai cili kering – Direndam dan toskan
Bahan Hiasan:
300 gram isi ayam- Direbus dan dicarik-carik
100 gram kerang – Direbus dan ditoskan
100 gram tauge – dibersihkan
5 tangkai daun pudina – Dihiris kasar
1 biji limau kasturi – Dibelah dua
Cara Membuatnya:
Masak sambal terlebih dahulu. Panaskan minyak dan tumis bahan sambal sehingga wangi. Masukkan garam dan gula dan masak sehingga garing. Ketepikan.
Tuang air ke dalam periuk. Rebus ikan bilis bersama air sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Masukkan santan dan kacau sekata.
Masukkan pula lengkuas, serai dan daun limau purut. Masak sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam. Jika kuahnya pekat boleh tambah air lagi. Tutup Api. Letakkan mi ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan letakkan bahan-bahan hiasan dan sambal di tepinya. Sedia dinikmati.
Bihun atau Mi Celup ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng simple tapi sedap ni? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
CARA MASAK MI GORENG DAGING CARA KAMPUNG
YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
100gm brokoli | potong kecil
2 biji telur
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging/air
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
4cm halia muda | hiris halus/nipis
1 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!