Tercari-cari resipi MakaroniKeju Bakar yang sangat sedap tapi mudah untuk dihasilkan. Resipi perkongsian saudari Abby Razi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sesuai dijadikan sajian makan malam atau dihidangkan di sebarang majlis keraian.
RESIPI MAKARONI KEJU BAKAR
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni
1/2 cawan keju Parmesan cheese | diparut
BAHAN SOS PUTIH:
1/4 cawan mentega
2 cawan keju Cheddar | dicincang
3 cawan susu penuh krim/susu segar
2 1/2 sudu makan tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam sebagai perasa
BAHAN SOS MERAH:
Sedikit mentega untuk menumis
1 biji bawang besar Holland | dipotong dadu
1/2 cawan daging cincang
1 cawan tomato ceri | dikisar
1/2 cawan cendawan butang | dihiris halus
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
Ads
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos putih, cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati. Tambahkan keju. Masak guna api yang perlahan dan kacau sehingga keju cair semuanya.
3. Masukkan lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan kuah merah, cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kuning.
Ads
5. Masukkan tomato ceri dan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
6. Tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah secukupnya. Masukkan juga cendawan. Kacau hingga semua bahan masak dan sebati.
7. Untuk menyediakan Makaroni Keju Bakar, masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan pada bungkusan. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan ia terlebih masak.
8. Sapukan mentega pada loyang kemudian masukkan makaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata.
Ads
9. Tabur keju parmesan dan tuang kuah merah diatasnya. Ratakan. Tabur lagi keju parmesan dipermukaan.
10. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175C selama 30 minit.
Resipi ringkas sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan makana malam.
MI BAN MIAN
BAHAN-BAHAN:
2 ketul Ban Mian
Isi ayam atau udang
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili api
Minyak
Air
2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
Secubit lada hitam kasar
Serbuk pati ayam
CARA MEMASAK:
Bawang merah dihiris halus dan gorengkan sehingga jadi bawang goreng, angkat bawang goreng dan ketepikan.
Tumbuk lumat cili padi dengan bawang putih.
Rebuskan air yang mencukupi untuk merebus mi ban mian ini. Bila mendidih masukkan mi dan kacau. Biarkan masak dalam 2 minit dan toskan. Bilaskan dengan air bersih untuk membuang bau mee dan ketepikan.
Panaskan minyak yang mencukupi untuk tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan udang/ayam.
Masukkan sedikit serbuk pati ayam, kicap cair, sos tiram, gula dan secubit lada hitam kasar. Gaul rata dan matikan api.
Masukkan mi dan bawang goreng tadi kedalam kuali dan gaul rata. Sudah boleh hidangkan.
INFO:
Kepedasan mi bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan cili.
Boleh tambah bahan yang anda suka seperti bebola ikan, fishcake, telur dan sebagainya.
Biasa buat carbonara tak pedas. Rasa macam tak ‘kick’ kalau kurang pedas. Resipi ini diolah mengikut tekak orang melayu yang suka pedas.
Bahan carbonara 1 tin prego carbonara Chicken mushroom soup campbell Ayam bahagian dada-cincang Bebola daging boleh tengok gambar yang ni sedap
Cili api -segenggam kisar sama dengan 1 bawang besar atau 2 labu dan bawang putih 4 ulas anggaran je 1 atau 2 sudu lada hitam kisar 2 labu bawang besar- potong dadu
Cara memasak: 1.Tumis bawang potong dadu dengan ayam kisar sampai bawang layu dan naik bau. Angkat dan toskan. Ketepikan. 2.Tumis bahan kisar dengan minyak,jangan lupa. Dah naik bau, masukkan bawang yang digoreng bersama ayam kisar. 3.Masukkan bebola daging 4.Kemudian masukkan Prego dan chicken mushroom soup. 5.Masukkan garam dan kiub ayam(optional) atau perasa jika mahu. 6.Tambah air sikit kalau pekat sangat. 7.Nak tambah sayur apa pun boleh. Siap untuk dihidang.
*Jangan lupa rebus spageti dulu.Makan dengan roti pun sedap. Kredit : Ummi Aqil Fauziah Yusof
Suka Bihun Goreng Singapura? Tapi selalu gagal kerana terlebik atau terkeras. Jagan risau kali ini RASA kongsikan resipi yang simple dan mudah ikut dari Che’ Nom. Tengok gambar je dah menyelerakan, anda boleh cuba untuk hidangan tengahari ini atau malam mengantikan nasi. Maklumlah dah rasa muak dengan makanan berminyak dan pedas.
BIHUN GORENG SINGAPURA BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun | 400gm
Sedikit minyak| untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam| potong dadu
3 batang fish cake, potong dadu
1 kiub ikan bilis
2 biji telur
Kobis | cincang kasar
Karot| potong mancis
Sedikit sawi | potong
Sedikit tauge | buang ekor
lada sulah (jika suka)
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan BAHAN KISAR HALUS:
5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
CARA MEMASAK:
Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar
Tips: Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik. Resepi Oleh: Che’ Nom
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.