Sedapnya Makaroni Bakar. Jika anda penggemar hidangan ini, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba. Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan. Malah cara penyediaannya juga cukup mudah. Sesuai bagi anda yang sukakan resipi yang ringkas, mudah dan sedap. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.
CARA MEMASAK: 1. Rebus makaroni sampai empuk. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
3. Bila bawang dah layu, masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Tumis biar wangi.
Ads
4. Kemudian masukkan pula daging cincang. Kacau sehingga daging masak.
5. Masukkan pula lobak merah dan cili benggala. Gaul rata.
6. Kemudian letak makaroni. Gaul lagi hingga sebati. Bolehlah perasakan dengan garam, gula & serbuk cukup rasa. Kacau bagi sekata.
7. Masukkan pula daun sup.
8. Kacau rata dan tutup api. Ketepikan supaya makaroni sejuk sedikit.
9. Sementara menunggu makaroni dalam kuali sejuk, sapukan sedikit marjerin pada bekas caserol. Kalau tiada caserol, gunalah loyang yang dilapik dengan baking paper.
10. Bila makaroni sudah suam-suam kuku, pecahkan telur ke dalam kuali.
11. Gaul rata jadi seperti di dalam gambar.
12. Kemudian tuang ke dalam caserol dan ratakan.
Ads
13. Sagat keju cheddar. Ratakan dipermukaan makaroni.
14. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 40 minit atau sehingga masak.
15. Makaroni yang dah dibakar.
16. Untuk menikmati, tuang sos dan mayones mengikut cita rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Kuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.
Pisang adalah buah yang baik untuk kesihatan kerana pisang bebas lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potassium. Oleh itu pisang boleh dipelbagaikan dibuat kuih muih, dessert dan juga kek yang sedap dan mudah disediakan, sebab itu ia sangat sesuai kalau korang jadikan kudapan untuk dijadikan menu pot luck atau bekal anak ke sekolah. Nak tahu apa sahaja menunya, berikut RASA kongsi 4 resipi yang sungguh sedap.
NUGGET KEJU PISANG
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang berangan
100gm tepung gandum
2 sudu makan gula perang
1 biji telur
3 sudu makan susu pekat manis
150gm keju parut
Secubit garam
Sedikit air
BAHAN LAPISAN NUGGET:
3 sudu makan tepungi jagung
3sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan
Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.
Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau.
Tambahkan keju dan kacau rata.
Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini.
Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan.
Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
Bancuh tepung jagung sedikit cair.
Panaskan minyak dalam kuali.
Celupkan nugget dalam bancuah tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.
Goreng atas api sederhana hingga kekuningan.
Angkat dan sedia dihidangkan
MUFFIN OAT PISANG COKLAT CHIP
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang | lenyek hingga halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan oat
1/2 cawan choklat chip
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
Secubit garam halus
1 biji telur
1/2 cawan susu penuh krim
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
Dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda, serbuk baking powder dan secubit garam.
Kacau hingga semuanya sebati.
Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan minyak jagung, pisang yang dileceh dan esen vanilla. Kacau rata hingga sebati.
Masukkan bahan tepung dalam mangkuk campuran pisang, sambil kacau rata.
Campurkan coklat cip, kaup balik.
Susun cawan kertas, dan suduk adunan dalamnya 3/4 cawan. Taburkan coklat cip di atasnya.
Bakar lebih kurang 15-18 minit.
Setelah masak, keluarkan dari ketuhar.
Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
KEK PISANG BADAM COKLAT
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang berangan | lecek
1 cawan gula perang
150gm badam cincang | goreng sangai
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN AYAK BERSAMA:
11/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN COKLAT:
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu makan mentega
1/2 cawan air suam
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhara pada suhu 18oC api atas bawah.
Sediakan loyang pembakar. Kemudian lenser dengan mentega dan alas kertas minyak.
Kisar gula, telur, minyak di dalam ‘blender’ hingga putih(3-5 minit).
Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
Masukkan pisang, esen pisang dan vanilla. Gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang.
Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Setelah kek masak, sejukkan.
Sediakan sos coklat. Masukkan dalam periuk semua bahan sos.
Kacau rata, hingga sebati dan berwap. Tutup api.
Tuangkan atas kek coklat, kemudian taburkan badam cincang yang telah disangai.
Sejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
APAM PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan pisang | lenyek
2 cawan tepung gandum
3/4 minyak jagung
1 cawan gula perang
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
2 biji pisang | hiris bulat untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarabonat.
Masukkan pisang lenyek, gula dan secubit garam. Kacau sebati.
Masukkan pula minyak, gaul rata lagi.
Sudukan adunan dalam acuan. Hias di atasnya dengan hirisan pisang.
Kukus selama 15 minit dalam kukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
Resipi kari telur rebus gerenti sedap ini mudah je nak memasaknya. Ada orang yang suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari. Ada juga yang telur rebus itu tak digoreng. Terpulang pada kesukaan masing-masing ye.
Mula-mula bersihkan telur dan rebus hingga masak. Biarkan sejuk dan kupas kulitnya.
Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga bertukar warna keemasan. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelage. Tumis hingga terbit bau wangi.
Setelah itu, masukkan serbuk kari yang sudah dicampur sedikit air dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan juga sebahagian daun kari dan akar daun ketumbar. Kemudian masukkan hirisan terung. Gaul sekata dan biar seketika hingga minyaknya mula naik. Boleh masukkan air sedikit jika perlu.
Kemudian masukkan santan dan gaul sekata. Terus masukkan pula hirisan tomato, cili besar hijau serta cili padi hijau. Gaul lagi. Dari semasa ke semasa jangan lupa kacau. Tambah air lagi jika kari terlalu pekat. Sesuaikan ikut selera sama ada nak kari pekat atau agak cair.
Akhir sekali, apabila terung sudah empuk, masukkan telur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan ia mereneh beberapa minit agar semua bahan sebati. Setelah itu, tutup api dan tabur sebahagian lagi daun kari yang tinggal. Tutup periuk supaya aroma karinya makin naik. Siap!
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...