Ada yang teringin nak makan laksa hari ni? Jom cuba buat LaksaUtara; resipi perkongsian saudari Miya Aira. Sekali cuba, pasti tidak menyesal. Kuah yang enak, pekat berperisa. Sekali cuba, memang layan habis! Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan dan sesuai untuk hidangan 5-6 orang.
RESIPI LAKSA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ikan sardin segar
BAHAN A (KISAR HALUS):
2 biji bawang besar | potong 4
5 biji cili padi | optional
2 biji cili merah besar | potong 3
Segenggam cili kering | direbus
Sedikit belacan | jika suka
Nota: Jika mahu pedas, lebihkan cili kering
BAHAN B:
Ads
2 kuntum bunga kantan | belah dua & ambil sekali dengan batang
Secekak daun kesum
2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1.Rebus kosong ikan yang telah siap di cuci bersih. Ambil isi dan asingkan tulang temulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur. Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar . Ketepikan.
2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekas berasingan dengan kisaran isi ikan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata.
Ads
6. Tambah lebihan air rebusan ikan yang telah ditapis.Kepekatan bergantung pada cita rasa masing-masing. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan mendidih.
7. Sambil tunggu kuah laksa siap, didihkan air dan rebus laksa serta telur hingga masak. Setelah laksa empuk dan kenyal, toskan airnya.
8. Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas.
Ads
Selamat mencuba!
Nota: Resipi ini sesuai dihidangkan untuk 5-6 orang makan.
Laksa beras homemade, sedap dan puas hati. Tambah sekarang susah nak dapat laksa beras. Buat pulak kuah lemak putih (orang pantai timur memang suka kuah ini), memang terangkat.
Taklah susah sangat nak buat sendiri laksa beras ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Roslina Shaari Ina Kie ni ye. Gerenti jadi.
Letak tepung beras dan tepung ubi dalam bekas. Larutkan garam dengan air panas. tuang sikit-sikit air panas ke dalam campuran tepung sambil kacau dengan senduk. Kalau rasa keras, tambah air panas sedikit demi sedikit.
Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul. Masa kepal tangan sapu minyak. Kemudian masukkan ke dalam acuan. Saya guna acuan maruku.
Panaskan kukusan terlebih dahulu. Bentukkan laksa dan buat sampai habis.
Terus kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan letak dalan air sejuk biasa, sekitar 5 minit. Buang air dan tambah air baru. Kacau laksa supaya terlerai antara satu sama lain dan elakkan ia melekat. Terus tapis.
Boleh dimakan dengan pelbagai kuah laksa. Ikut Selera masing-masing lah ye.
Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Ingin mencuba resipi lain dari kebiasaan? Boleh cuba inspirasi Puan Zurina Zulkefli resipi Mi Sup Pedas Cina atau nama betul masakan ini adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup (Suan La Fen).Masakan ini terhasil apabila suaminya terpengaruh nak makan macam dalam mukbang Cina. Mudah saja membuatnya.
Mi Sup Pedas Cina
Terdapat 4 bahagian utama yang perlu disediakan.
A. Minyak cili B. Air rebusan stok ayam. C. Mi kanji ubi ( Sweet Potato Noodle) D. Telur rebus
Cara membuat minyak cili:
1. Sediakan satu mangkuk kecil
2. Masukkan bahan-bahan berikut:
1 sudu besar cili flakes
2 ulas bawang putih yang dicincang halus
1 sudu kecil biji bijan
1 sudu besar cuka makan/cuka hitam
4 sudu besar kicap cair
Sedikit garam
Kalau ada serbuk lada sinchuan lagi sedap (optional)
3.Gaulkan bahan-bahan tersebut.
4. Panaskan tiga sudu besar minyak masak/minyak bunga matahari/ minyak bijan. Langsung tuang minyak panas tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi.
Mi kanji ubi ( Sweet Potato Noodle)
Kalau biasa buat Japchae, mesti guna mi jenis ni. Ada jual di pasaraya besar.
1.Rebus mi ni selama 10 minit untuk dapat tekstur betul-betul lembut. Toskan dan letak di dalam mangkuk.
2.Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.
3.Masukkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...