Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class pasta carbonara kat rumah ye. Resepi ni buat sosnya dari scratch,tak guna sos segera (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung. Menurut pemilik resipi bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah.(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah tu di rumah. Carbonara original tidaklah berkuah banjir. Ia pekat seolah-olah hampir tidak berkuah. Selamat mencuba
Pasta Carbonara
Bahan-bahan:
60gm spaghetti (guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sudu besar parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Cara memasak:
1.Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.Guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak.
2.Ambil 3 biji kuning telur. Pastikan telur yang fresh. Kalau tak fresh, kuningnya mudah pecah.
3.Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kue teow Kungfu.
Ads
4.Pukul sampai pekat macam mayonis. Kena guna whisk,tak jadi kalau guna garfu. Nak guna hand mixer pun boleh.
5.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
6.Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang Holland pun boleh. Nak letak brokoli ke, nak letak sosej pun boleh. Kalau nak pedas, boleh letak cili padi hiris.
7.Kemudian masukkan spagheti yang sedang direbus tu. Pastikan spagheti tu hampir nak masak. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.Ceduk air rebusan spagheti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.
Ads
8.Bila air rebusan spagheti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spagheti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu.Kalau nak buat untuk anak-anak, mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
9.Padamkan api dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5 sudu besar macam tu.Bancuhan telur akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi.
10.Kacau bagi rata dan pastikan padam api sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pula. Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spagheti sampai korang rasa kena citarasa.
Dah siap. Tak ada guna garam tambahan atau gula ye. Masin dari air rebusan spagheti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin berlemak.
Ads
11.Hancurkan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spagheti ni.
12.Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka.
MAKARONI BAKAR
Bahan-bahan
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
Cara membuat
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
Tip:
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Mi Kuning Homemade buat sendiri kat rumah lebih bersih dan berkualiti. Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.
RESIPI MI KUNING
credit photo: Canva.com
BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.
*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.
Suka makan Kuetiau Goreng? Resipi Simple perkongsian saudari Mariana Zainal ini pastinya boleh anda cuba. Cukup mudah dan ringkas. Tak perlu menggunakan garam dan gula dalam masakan tapi rasanya tetap mantap! Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI KUETIAU GORENG SIMPLE TANPA LETAK GARAM & GULA
BAHAN-BAHAN:
2 paket kuetiau (lebih kurang 1kg) – basuh & toskan
Sedikit hirisan daging – boleh ganti dengan udang, sotong atau ayam
2 peket bebola ikan – potong, goreng sekejap dan toskan
3 keping tauhu – potong, goreng sekejap dan toskan
1.Masukkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak kerana minyak sudah dimasukkan semasa kisar bahan tadi. Masak hingga naik minyak dan cili kisar masak elok.
2.Masukkan daging dan masak hingga daging lembut. Boleh guna daging batang pinang untuk menjimatkan masa.
3. Masukkan sos cili dan renjiskan kicap masin. Jumlahnya hingga agak-agak gelap sahaja.
4. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau rata.
5. Pecahkan telur. Kacau sekejap dan masukan bebola dan tauhu. Kacau rata.
6. Masukkan kuetiau. Gaul sebati. Jika warna kurang gelap dan kurang rasa, renjiskan lagi kicap masin. Sesuaikan ikut selera.
7. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau sekejap dan terus tutup api. Boleh tabur daun sup dan cili merah jika suka.
Nak masak Char Kuey Teow Sedap gaya kedai? Ini resipi lengkap, mudah dan padu untuk hasil yang lebih pekat, wangi dan puas hati. Semua bahan ringkas dan langkah memasak jelas!