Bagi yang baru nak belajar buat Kuih Seri Muka, boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH SERI MUKA MUDAH
BAHAN BAWAH:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 sudu makan minyak masak
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Ads
1.Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain. 2.Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.
BAHAGIAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3 sudu makan tepung ubi
1 cawan air pandan ( 1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan)
1 biji telur
1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
1/2 sudu teh kulit kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
Secubit garam dan pewarna hijau
Ads
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain. 2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.
3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi. 4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.
Ads
5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan.
Kuih ini kelihatan seperti maruku, tetapi bukan. Ia adalah Cheese Stick, , rangup dan lemak. Sangat sedap dijadikan kudapan. Korang boleh cuba dan tambahkannya dalam senarai kudapan rasa anda semua.
Cheese Stick BAHAN-BAHAN: 250gm tepung ubi 120gm keju parut kasar 50gm mentega 2 butir biji telur Sedikit garam Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Dalam mangkuk chopper masukkan keju parut, telur dan mentega. Kisar hingga halus.
Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung ubi.
Uli hingga sebati dan doh lembut serta tidak lekat di tangan.
Ambil sedikit doh gentel dengan memanjang dengan dua tapak tangan dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya menggunakan api sederhana.
Tunggu kuih timbul baru kacau.
Setelah bertukar warna kuning keemasan, boleh angkat.
Lakukan sampai habis.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
By vitakwee
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dah masuk musim cempedak ini, lagi berbaloi kalau kita beli buah dan goreng sendiri memandangkan harga cempedak goreng yang boleh dikatakan mahal.
Bagi memastikan hasil cempedak goreng kita rangup dan kekal begitu walau dah sejuk boleh gunakan teknik bancuhan yang dikongsi Tuan Adriana . Katanya bancuhan ini juga yang digunakan untuk berjualan, pisang goreng, ubi, seafood dan juga tauhu bergedil untuk hasil yang rangup.
Cempedak goreng rangup, tetap rangup walaupun dah sejuk
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4-5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.
Cara membuat
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Masukkan cempedak dalam bancuhan, pastikan cempedak disaluti bancuhan.
3. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Minyak kena panas ya.
4. Angkat bila nampak garing dan tos.
Tip pilih tepung beras
Boleh guna Tepung Beras Gajah Seekor. Tepung ini sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Kuih bakar antara kuih tradisional yang masih disukai ramai. Meski dahulu cara membuatnya agak renyah menggunakan arang dari sabut kelapa untuk memberikan aroma wangi dan sedap, kini penyediaannya lebih mudah.
Selain dibakar guna oven atau dapur gas, untuk lebih pantas ia juga boleh dibakar menggunakan air fryer. Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ini hasil kuih bakar menggunakan air fryer ini memang menjadi dan sedap.
Cara buat kuih bakar guna air fryer
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan Gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi (ikut cita rasa)
Cara membuat
Blend semua bahan tadi sampai sebati dan masukkan dalam loyang (loyang airfryer tak perlu guna baking paper pun boleh sebab tak melekat pun).
2. Bancuhan ini akan dapat 2 biji kuih bakar. Masak dua kali ya.
3. Masukkan dalam airfryer suhu 170° masa 45 minit.
Tip: Tunggu betul-betul sejuk baru potong sebab nanti bahagian tengah akan mendap.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!