Sedapnya Kuih Bako Ubi Kayu ni. Ada juga yang memanggil Kuih Boko Ubi Kayu. Menurut empunya resipi, saudari SuiSan Aliezsha, resipi ini adalah dari neneknya dan merupakan warisan dari orang tua dulu-dulu. Memang asli. Patutlah nampak sedap. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI KUIH BAKO & LEPAT UBI KAYU

BAHAN LAPISAN BAWAH:

2 ketul ubi kayu segar – guna ubi segar. Jangan guna ubi yang dah masuk angin supaya kuih tidak jadi pahit
Gula merah dan gula pasir secukupnya
Air suam secukupnya
1 sudu makan kanji ubi kayu ( dapat masa beningkan air perahan ubi kayu)

CARA MEMASAK:

1. Kupas ubi kayu dan parut guna mesin kelapa. Kemudian perah air parutan ubi guna tuala bersih.


2. Asingkan air dan parutan ubi tadi. Biar air perahan seketika bagi mendapatkan kanji. Ambil kanji tersebut dalam 1 sudu makan.
3. Bancuh gula merah dan gula pasir dengan air suam dan tapis. Sukatan agak-agak sahaja ikut kemanisan yang dikehendaki.
4. Masukkan campuran air gula merah ke dalam parutan ubi yang siap diperah dan gaul sebati.
5. Masukkan 1 sudu makan kanji ubi dan gaul sampai sebati. Jadi tidak perlu guna tepung ubi untuk campuran lapisan bawah ini. ( uwan cakap kanji tu lagi ori dari tepung ubi)
6. Sediakan talam, ratakan ubi dalam talam. Pastikan tidak tebal dan agak nipis. Kukus selama 25 minit-30 minit bergantung pada api gas masing-masing. (ubi dah masak akan jadi warna coklat gelap)

BAHAN KEPALA BAKO:

1 biji kelapa parut – perah ambil 2 cawan pati santan
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:

1. Gaul santan dengan tepung gandum, kemudian masukkan garam halus. Gaul sebati dan pastikan rasa lemak-lemak masin.
2. Tapiskan santan. Kemudian tuangkan ke dalam talam ubi yang telah siap dikukus tadi.
3. Kukus semula dalam 15-20 minit hingga agak-agak santan dah kental. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

BAHAN LEPAT UBI KAYU:

Daun pisang secukupnya
2 ketul ubi kayu segar – – guna ubi segar. Jangan guna ubi yang dah masuk angin supaya kuih tidak jadi pahit
Gula merah dan gula pasir secukupnya
Air suam secukupnya
1 sudu makan kanji ubi kayu ( dapat masa beningkan air perahan ubi kayu)

CARA MEMASAK:

1. Kupas ubi kayu dan parut guna mesin kelapa. Kemudian perah air parutan ubi guna tuala bersih.
2. Asingkan air dan parutan ubi tadi. Biar air perahan seketika bagi mendapatkan kanji. Ambil kanji tersebut dalam 1 sudu makan.
3. Bancuh gula merah dan gula pasir dengan air suam dan tapis. Sukatan agak-agak sahaja ikut kemanisan yang dikehendaki.
4. Masukkan campuran air gula merah ke dalam parutan ubi yang siap diperah dan gaul sebati.
5. Masukkan 1 sudu makan kanji ubi dan gaul sampai sebati. Jadi tidak perlu guna tepung ubi untuk campuran lapisan bawah ini. ( uwan cakap kanji tu lagi ori dari tepung ubi)
6. Layur daun pisang. Masukkan 2 sudu makan campuran ubi kayu. Ratakan dan lipat kemas-kemas.


7. Susun dalam periuk kukusan dan kukus dalam 20-25 minit ikut api gas masing-masing.


8. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Nota: Selamat mencuba resipi dr uwan saya. Doakan beliau dipanjangkan umur agar kami dapat menumpang kasih seorang mak. Moga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat buat generasi akan datang.

 

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha