Musim buah Avocado sudah bermula, berita baik untuk penggemar buah lonjong berwarna hijau berisi lembut dan lemak rasanya ini juga sudah mula dijual di kebanyakan pasaraya-psaraya utama. Sempena dengan musim ini juga, Taste Australia dengan kerjasama Jaya Grocer Starling Mall telah melancarkan kempen ‘Tasty And Nutritious Avacado’.
Sesuai dengan kempen untuk memberi kesedaran tentang makanan berkhasiat melalui pengambilan buah Avocado yang kaya dengan nutrisi yang baik untuk diet sihat. Menariknya, selain dapat berkongsi info berkaitan dengan buah avocado yang tengah musim di Australia ini, berikut RASA kongsikan tiga menu berasaskan avocado yang disediakan oleh Alexandra Prabahan (Certified Nutritionist and Health Advocate) sewaktu menunjukkan demo menyediakan tiga menu sihat yang sungguh lazat ini di majlis terserbut.
AVOCADO DEVILLED EGGS
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji acocado masak
4 biji telur | rebus
2 sudu teh mustard
1 cubit cayenne
1 cubit paprika
Sedikit daun ketumbar
Sedikit perahan jus limau nipis
CARA MEMASAK:
Telur yang direbus dibelah dua, keluarkan telur kuning.
Masukkan telur kuning dalam mangkuk dan gaul rata dengan isi avocado, mustard, jus limau, cayenne dan paprika.
Gaul hingga rata dan cukup rasa.
Kemudian sudu atau paipkan ke dalam telur putih tadi dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Avocado Devilled Eggs sedia dihidangkan.
MALAYSIAN AVOCADO SMOOTHIE
BAHAN-BAHAN:
1 biji avocado
1 sudu gula Melaka | dimasak dengan sedikit air dan daun pandan
3/4 cawan susu badam
1/4 cawan santan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
Kisar hingga halus
Tuangkan dalam gelas dan sedia dihidangkan.
Jika suka boleh tambahkan ais.
AVOCADO CHOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 biji avocado
1 biji buah pisang masak
1/4 cawan santan
1-3 sudu teh madu | boleh tambah atau kurang ikut citarasa
2-3 sudu teh serbuk koko | boleh tambah atau kurang ikut citarasa
Buah beri untuk topping
CARA MEMASAK:
Campurkn semua bahan dalam mesin pengisar.
Kisar halus, kemudian masukkan dalam mangkuk.
Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
Hias atasnya dengan buah beri sebelum dihidangkan.
Kalau korang nak cuba menu yang disediakan ini, sebelum membeli avocado, berikut tip untuk mengenalpasti kematangan buaha avocado sebelum ia boleh diolah dalam pelbagai sajian atau dimakan terus:-
Belum masak : Kulit berwarna hijau cerah dan fizikalnya agak keras.
Hampir masak : Kulit berwarna seakan coklat dan tidak berkilat.
Sudah masak : Kulit berwarna hitam dan jika dirasa fiziknya lebih lembut.
Ads
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila kreatif buat apa je mesti menjadi, contohnya bila sebut biskut florentine, terbayangkan macam-macam kandungannya adalah kekacang dan bijian. Apa kata ubah isiannya dengan cornflakes, rasanya sedap dan rangup. Ternyata idea bernas ni, boleh tambah koleksi biskut raya.
FLORENTINE CORNFLAKES BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung Florentine 4 cawan cornflakes baby (saiz kecil) 1 cawan badan nip (secukupnya, ikut suka)
CARA MEMBUAT:
Gaulkan tepung florentine dengan cornflakes serta nib badam, kemudian masukkan dalam papercup.
Bakar lebih kurang 20 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan dengan suhu 170-180C, bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Nak sarapan atau minum petang, tak tahu nak makan apa, jom try buat popia carbonara ni. Senang je. Bahan pun tak banyak. Sedap pulak tu.
POPIA CARBONARA KEJU
Bahan-Bahan
Minyak masak
Lada banggala (hiris panjang)
Bawang holand (cencang)
Sosej (potong dadu)
Isi ayam (potong kecil)
Lobak merah (hiris nipis dan panjang)
Sos carbonara
Keju mozzarella
Garam
Gula
Lada hitam
Origano
Kulit popia
Cara membuat
1. Tumis lada banggala dan bawang holand sampai naik bau.
2. Masukkan sosej, isi ayam dan lobak merah.
3. Masuk sos carbonara.
4. Perasakan dengan garam, gula, black peper dan origano.
5. Tunggu sejuk sampai agak pekat sikit. Baru boleh bungkus dengan kulit popia.
6. Panaskan minyak masak. Goreng. Sedia dinikmati.
Cara bungkus
1. Bentang kulit popia. Letakkan inti.
2. Taburkan keju mozzarella.
3. Lipat kemas.
4. Bungkus sekali lagi dengan kulit popia. Biar dua lapis. Kalau selapis saja boleh bocor.
Tak tahu nak masak apa? Haa ini ada Rasa kongsikan resipi 4 sambal daging yang berbaloi untuk anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak menggunakan bahan tapi rasa memang confirm win dan sedap!
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 biji limau nipis | jus sahaja
Garam dan gula secukup rsa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
3 batang serai | hiris
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
3 biji cili hijau
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau seketika.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.