
Cara masak kuah lontong sedap, sesuai untuk jualan ini dikongsi oleh Nooris Haris. Rasanya yang lemak, sedikit pedas dan penuh dengan campuran sayur-sayuran memang kena dengan citarasa.
Kalau ikut resipi ini, bukan sahaja boleh makan bersama keluarga waktu sarapan, malah sesuai juga dijadikan menu jualan. Sukatan bahan-bahan ini kataNooris adalah untuk hidangan 10-12 orang makan.
Cara Masak Kuah Lontong Confirm Sedap, Sesuai Buat Jualan

Bahan A – Sayur-Sayuran
Kobis bulat – dipotong
Kacang buncis – potong serong
Lobak merah – potong bulat
Cili api merah – 5 biji (untuk penyeri warna)
Bahan B
1 pek pucuk & suhunn
1 pek tempe – digoreng
1 pek tauhu – digoreng
250ml santan (2 kotak kecil)
1 liter air

Bahan Tumisan
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar cili kering kisar
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak, tumis ikan bilis bersama kunyit, bawang besar kisar dan cili kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan bahan A dan B. Biarkan mendidih seketika hingga sayur agak layu.

3. Tuangkan santan, kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam, serbuk cukup rasa, dan 2 sudu besar susu pekat.
5. Renehkan lebih kurang 10 minit dengan api sederhana. Siap untuk dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat.

TIP
- Supaya kuah lebih tahan lama, gunakan santan segar yang diperah dua kali. Jika guna santan kotak, pastikan kacau berterusan supaya tidak berketul.
- Untuk aroma lebih wangi, boleh masukkan sehelai daun salam atau daun limau purut.
- Kuah lebih sedap bila dipanaskan semula.
Kredit Resipi & Foto: Nooris Haris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




