Ikanbawal, siakap atau apa-apa sahaja ikan saiz besar, memang sedap kalau dimasak 3 rasa. Kombinasi rasa pedas, masam & manis menjadikan hidangan jadi lebih enak dan tidak muak. Kalau makan di kedai, memang mahal. Jadi meh cuba buat sendiri kuah Ikan 3 Rasa perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Tak perlu pun beli sos ‘ready-made’. Rasa lebih sedap & boleh jimat banyak.
RESIPI IKAN BAWAL 3 RASA YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal – boleh gantikan dengan ikan lain
Sebelum puasa ni, pasti ada yang merancang nak mengadakan kenduri kendara. Tak kiralah majlis pertunangan, perkahwinan, doa selamat dan sebagainya. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah secara rewang. Paling penting, sedap & memuaskan hati tetamu yang datang.
1. KARI DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
5 biji kentang | dikupas dan belah empat
1 kg santan pekat
1 liter air
1 sudu makan gula melaka
2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
2 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 tangkai daun kari
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.
3. IKAN DORY MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
2 biji telur
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
2 biji bawang besar | hiris kasar
7 ulas bawang putih | diketuk
5 sudu makan sos Hoisin
1 botol besar sos cili Thai
5 sudu makan sos plum
2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.
4. ACAR ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
1kg anggur hitam
3 biji timun jepun
3 biji tomato masak
1 biji bawang holland
1 cawan cuka makan
10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan semua bahan dan toskan.
Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.
5. SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
1kg brokoli | dipotong sedang
1kg bunga kubis | dipotong sedang
500gm kacang pis
3 biji bawang besar | dihiris halus
7 ulas bawang putih | diketuk
500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
5 sudu makan serbuk perisa
1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
Masukkan udang dan goreng seketika.
Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.
6. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
1 kg santan pekat
1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
2 senduk kerisik
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
7 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
2 inci halia
100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika
CARA MEMASAK:
Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.
Lauk pauk tradisional memang memukau selera. Bila sebut Asam Pedas, pasti Melaka adalah tempat untuk mencari rasa asli hidangan ini. Begitu juga dengan sajian ikan patin yang menjadi identiti negeri Pahang. Anda suka yang mana? Nanti bolehlah cuba masak lauk-lauk ni untuk keluarga.
1. PARI KUAH ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
700gm ikan pari
5gm halba
1 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
50gm bawang merah
50gm bawang putih
30gm halia
30gm kunyit hidup
10gm belacan
100gm cili kering
BAHAN B: (GORENG TANPA MINYAK DAN TUMBUK HALUS)
5gm jintan kasar
5gm jintan halus
5gm lada hitam
BAHAN C:
70gm terung bulat ] belah 4
50gm tomato ] belah 4
30gm serai ] ketuk
30gm bunga kantan ] belah 2
20gm daun kesum
20gm pes asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan pari dipotong, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit. Kemudian cuci, toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga harum. Masak hingga naik minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
Masukkan bahan B yang telah ditumbuk halus dan tambah pes asam jawa. Kacau rata. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
Tambah ikan, daun kesum dan bunga kantan. Kemuadian masukkan terung. Masak hingga terung lembut.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tomato dan biar seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Agak berbeza dengan asam pedas biasa kerana ada rasa rempah.
2. IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan patin
200gm tempoyak
30gm bawang merah
10 biji cili padi
2cm halia
2cm kunyit hidup
2 batang serai ]titik
1helai daun kunyit ] carikkan
Garam secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, cili padi, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
Masukkan air di dalam periuk, diikuti dengan bahan kisar, tempoyak, serai dan daun kunyit. Kacau sebati.
Masukkan pula ikan patin yang telah dibersihkan. Kacau perlahan dan biar kuah mereneh.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Gunakan tempoyak baru agar rasa manis tempoyak lebih terserlah.
Masak lauk ikan sweet sour atau masam manis memang menaikkan selera. Dapat pulak ikan bawal segar memang mantap super sedap laa rasanya.
Ni resipi yang dikongsikan June Ahmad yang rajin memasak. Lagi pulak time pkp lagilah bertambah rajin. Katanya,”Selongkaq-selongkak sos tak cukup pulak, campoq lebihan sos MC D sikit. Suka boh cabai mesin sikit bagi rasa pedaih-pedaih (pedas-pedas), lagi sedap dari kedai hampa! perasan.”
Jom follow, sure jadi..
IKAN BAWAL SWEET SOUR
.
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal Serbuk kunyit secukupnya -beli online DI SINI 2 ulas bawang putih (hiris) – beli online DI SINI 2 ulas bawang merah (hiris) – beli online DI SINI 1/2 ibu jari halia (hiris) – beli online DI SINI 5 sudu besar cili kering kisar – beli online DI SINI 6 sudu besar sos cili – beli online DI SINI ** (Nak campur sos tomato ok, tiada pun tak apa) 1 sudu besar sos tiram – beli online DI SINI Garam secukup rasa 1/2 sudu besar gula Perasa sikit 1 labu bawang besar Timun Nenas Minyak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng garing, tos dan angkat.
.
2. Panas sedikit minyak, tumis bawang putih,bawang merah dan hali. Dah kekuningan masuk cili kisar.Tumis hingga cili masak dan pecah minyak. 3. Masukkan masuk sos, garam, gula dan dan perasa dan air sedikit dan masak lagi hingga mendidih. Kuah jangan terlalu cair.
.
4. Akhir sekali masukkan ikan, bawang besar, timun dan nenas, kacau rata. 5. Dah siap.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!