Menu gulai lemak kuning telur itik ni, memang kegemaran min. Sedap betul makan dengan ikan kering dan ulam-ulam.
Buat peminat gulai lemak kuning, boleh cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini yang menggunakan telur itik.
Senang dan cepat je untuk dimasak buat lauk makan tengahari. Jom kita cuba!
GULAI LEMAK KUNING TELUR ITIK
BAHAN-BAHAN:
Ads
6 biji telur itik 2 helai daun kunyit | dihiris nipis 2 batang serai | diketuk – beli online di sini 1 ½ kotak kecil santan (300ml) – beli online di sini 700ml air Garam, gula & perasa 1 sudu besar serbuk kunyit – beli online di sini 2 biji cili besar merah & hijau | belah 2 untuk hiasan – beli online di sini
1. Masukkan air, bahan kisar/tumbuk dan serai. Biarkan mendidih. 2. Lepas tu, gunakan senduk dan letakkan sedikit kuah yang mendidih tadi dalam senduk.
3. Pecahkan telur ke dalam senduk dan letak dalam periuk yang mendidih. 4. Selepas 1 minit, baru keluarkan dan masukkan ke dalam periuk. Buat sebiji demi sebiji sehingga selesai. Tujuannya supaya telur tidak pecah.
Hidangan lengkap yang menjadi kegemaran anak-anak. Jika anda tidak sukakan sayuran campur, anda boleh memilih sayur lain untuk dijadikan inti telur bungkus.
TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji telur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 ketul bahagian dada ayam | dicincang
4 susu besar sayuran campur
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bawang sehingga layu dan masukkan isi ayam.
Apabila isi ayam hampir masak, masukkan pula sos cili, sos tiram, sos tomato dan garam. Kemudian masukkan sedikit air.
Masukkan sayuran campur dan biarkan inti masak sepenuhnya.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tuang telur yang sudah dipukul. Tebarkan sebesar mungkin di dalam kuali.
Masukkan inti dan lipat telur untuk membungkus. Siap!
*Pastikan anda menggunakan api kecil ketika menebar telur kerana dikhuatiri ia akan hangus.
Jantung pisang tumis pedas ini antara lauk yang dah jarang kita jumpa sekarang. Selalu dimasak oleh orang tua sama ada mak atau nenek kita.
Tapi sekali dah rasa masakan ini memang takkan lupa, sedap sungguh. Bagi yang merindui hidangan ini boleh cuba masak sendiri.
Cara buat jantung pisang tumis pedas
Bahan-bahan
Jantung pisang – sederhana besar
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Belacan
Ikan bilis
Udang kering (jika suka)
Serbuk kunyit
Garam, gula, serbuk perasa
Cara membuat
1. Jantung pisang direbus hingga agak lembut kemudian potong.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan, ikan bilis serta udang kering hingga hancur.
3. Panas kuali dengan minyak secukupnya kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit air, bersama serbuk kunyit untuk memberi warna. Biarkan mendidih kemudian perasakan dengan garam, gula serbuk perasa.
5. Akhir sekali masukkan jantung pisang yang dipotong. Kacau rata seketika dan tutup api. Siap.
Tip rebus jantung pisang supaya tiada kesan birat hitam
Jika sebut hidangan kari, pasti terbayang di mata anda sajian asli Melayu yang menggunakan santan. Selalu sangat makan kari biasa, jemu juga kan? Jika inginkan kelainan anda boleh cuba menu Ayam Kari mentega Yogurt ini. Selain enak dimakan bersama nasi, menu ini juga sesuai digandingkan bersama dengan roti roti jala atau roti bakar. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
500gm isi dada ayam | hiris nipis
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu gogurt
Sedikit garam
BAHAN CINCANG HALUS:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
BAHAN LAIN-LAIN:
1 biji ketang | potong dadu
125gm yogurt
150 ml susu cair
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan cincang halus hingga wangi.
Masukkan pula campuran rempah kari dengan cili serbuk yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan ayam yang telah diperap, kentang dan bahan kisar. Kacau rata dan biarkan seketika hingga mendidih.
Seterusnya masukkan yogurt, susu cair. Kacau lagi hingga kuah pekat.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...