Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling ditunggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
CARA MASAK BANCUHAN SIRAP SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg gula pasir
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.
2. Seterusnya masukkan buah pelaga.
Ads
3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.
4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian. 6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!
Keadaan cuaca yang hujan panas silih berganti ada kalanya buat kita kurang sihat. Badan panas lain macam dan demam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama untuk meredakannya.
Antaranya adalah dengan minum air barli halia. Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini.
Barli
Halia
Air
Gula batu
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.
3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian masukkan gula batu dan biarkan sampai larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.
4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan sedikit air barli dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.
Tip:
-Jika tak mahu masukkan gula batu semasa merebus, boleh saja. Sewaktu minum boleh letakkan sedikit madu. Jika tak campur bahan ini air barli tiada rasa.
-Air barli ini anak kecil pun boleh minum jika badannya panas. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.
Sedap buat smoothies tembikai ni. Rasanya manis, lemak-lemak sikit. Sesuai diminum seisi keluarga. Boleh dibuat minuman kala musim panas.
BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1 Oktober merupakan Hari Kopi Antarabangsa. Buat pencinta kopi,ayuh raikan hari anda dengan hirupan kopi terpilih dan mengasyikkan. Jika anda seorang coffee lover wajib datang ke Pavillion Bukit Jalil yang menghidangkan kopi premium. Terdapat pelbagai kafe yang boleh anda kunjungi jika ke sini.Setiap hirupan memberi pengalaman dan citarasa yang berbeza buat setiap individu. Minum secawan kopi yang enak adalah cara untuk memuaskan hati bagi memulakan hari anda.
RASA cadangkan lima spot kafe yang menyediakan kopi premium untuk anda cuba.Ayuh coffee lover.
#CO2 Coffee Bar ialah bar kopi pertama di Malaysia
Ceriakan hari anda dengan CO2 Coffee Bar yang menyajikan koktel kopi bernuansa atau cofftails sebagaimana mereka memanggilnya dengan campuran kafein, buah-buahan, rempah berasap dan herba. Anda disyorkan untuk mencuba Young-Man-Go, gabungan kopi bancuhan sejuk dengan susu pekat dan jus lemon, dihiasi dengan rosemary dan mangga segar. Ia sangat menyegarkan yang akan membuatkan anda kembali energetic.
Lokasi: CO2 Coffee Bar, Tingkat 3 (Zon Merah Jambu), Pavilion Bukit Jalil
#Artelier Coffee
Kaedah dan tempoh pemanggangan memberikan biji kopi rasa dan warna yang tersendiri. Biji kopi yang lebih gelap dianggap lebih berani dan biji yang lebih ringan mempunyai rasa yang lebih pedas.
Artelier Coffee wajib cuba bagi penggemar kopi.Pakar barista dan perunding kopi Jepun Masahiro Aoki mengetuai jenama itu dan memanfaatkan kemahiran bertaraf dunianya untuk mencipta minuman buatan pakar yang akan membuatkan anda asyik dengan aroma kopi di sini.
Artelier Coffee hadir dengan kopi istimewa ‘Dirty’ yang berbeza setiap bulan seperti Dirty (Latte), Dirty Houjicha, Dirty Matcha dan banyak lagi. Pastikan anda mencuba Dirty Mocha mereka, tersedia secara eksklusif pada bulan Oktober.
Lokasi: Artelier Coffee, Aras 3 (Zon Jingga) & Aras 5 (Zon Jingga), Pavilion Bukit Jalil
#Bukit Jalil Tsunaya Books
Nikmati secawan kopi selepas membeli-belah pasti menyeronokkan. Terokai sudut dan celah Bukit Jalil Tsutaya Books dan nikmati buku pilihan anda di kafe dalam premis mereka. Lihat pilihan kopi mereka yang baru dibancuh yang boleh digandingkan dengan Autumn Special Mont Blanc Dorayaki mereka, penkek Jepun yang dipenuhi dengan krim berangan manis.
Lokasi: Bukit Jalil Tsutaya Books, Aras 2 (Zon Jingga) Pavilion Bukit Jalil
#HWC Coffee
Semasa mengimbas untuk mendapatkan secawan kopi yang sempurna anda mungkin perasan grafik ‘Ulasan Kopi’ dengan skor angka.
HWC Coffee baru-baru ini telah melancarkan biji kopi istimewa bermusim baharu, NEROLI, yang memperoleh 93 mata di bawah Ulasan Kopi. Ini menjadikannya biji kopi penarafan tertinggi yang dibawa oleh HWC Coffee. Jika anda seorang peminat nota madu dan bunga, dengan nota buah tart dan warna kayu aromatik yang kaya, kopi ini adalah untuk anda.
Lokasi: Kopi HWC, Tingkat 2 (Zon Merah Jambu) Pavilion Bukit Jalil
# illy Caffè
Dipimpin oleh generasi ketiga dalam perniagaan keluarga ini, illy Caffè diasaskan dari Itali dan terkenal di seluruh dunia dan diiktiraf dengan kualiti tinggi dan rasa baldu kopinya. Gabungan yang diperbuat daripada sembilan jenis Arabica tulen yang menggembirakan berjuta-juta orang setiap hari di rumah, di pejabat, di hotel, restoran dan kedai kopi.
Lokasi: illy Caffè, Tingkat 3 (Zon Jingga), Pavilion Bukit Jalil
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!