Mudahnya resipi Apam Balik homemade perkongsian saudari Aien Ismail ni. Nampak sedap dan bahan-bahannya pun senang nak sediakan. Jika anda penggemar Apam Balik, bolehlah cuba buat sendiri. Nanti boleh letak inti kacang dan jagung tu banyak-banyak. Sedap…Lebih best lagi sebab masak hanya guna kuali non stick biasa. Mudah sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dan disukai ramai. Kalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera. Jadi kalau nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Norfazleen Azliana ni antara yang terbaik. Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN TEPUNG:
3 cawan santan pekat
Sedikit gara,
2 cawan tepung beras
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan garam ke dalam kuali. Kacau sebati tanpa api.
Masukkan tepung beras. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.
Buka api sederhana dan masak bancuhan tepung dan santan tadi. Kacau hingga mendapat tekstur berketul sebegini.
Untuk membuat tepung bungkus, sudukan adunan tepung ke atas daun pisang. Lubangkan sedikit untuk letak inti. Sudukan inti kelapa secukupnya.
Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 20 minit.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
1 keping gula kerek / gula melaka/nisan/manisan
2 cawan air
3 sudu makan gula
Gula merah secukupnya – ikut citarasa. Tujuan untuk dapatkan warna inti yang cantik.
2 sudu teh tepung pulut
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula kerek, gula makan dan gula merah. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan tepung. Masak lagi hingga inti kering.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.
INFO: Jika suka, inti boleh dibulatkan dan golekkan ke dalam tepung pulut sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih. Ia bertujuan untuk hasilkan kuih tepung bungkus yang cantik.
Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cokodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
Pukul telur sampai kembang
Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!