Bila tiba raya, rendang pasti tidak dilupa. Ia merupakan juadah yang sangat sinonim dengan hari lebaran. Satu masalah berkaitan redang ni ialah ia mengandungi santan dan jika tidak diurus dengan baik, rendang akan cepat basi. Maklumlah untuk raya, biasanya ia akan dimasak sehari sebelum ataupun masa malam raya. Memang rugi!  Jadi untuk elak dari terjadi, ini antara panduan yang boleh dicuba.

 

PANDUAN ELAK RENDANG CEPAT BASI

Cara Elak Rendang Cepat Basi & Tahan Berhari-Hari.

 

1. JANGAN gunakan sudu yang sama untuk merasa dan menceduk rendang (untuk masakan-makanan lain juga). Ini kerana ia mungkin akan menyebabkan pembiakan bakteria.

2. ELAK menutup rapat periuk rendang tersebut sementara masih panas. Biar sejuk dulu. ini kerana wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam rendang. Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Biar sahaja sampai sejuk baru tutup.

3. Semasa menumis, PASTIKAN bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda mcm ni, barulah masukkan ayam atau daging. Ia akan menjadikan rendang tahan lama dan lebih sedap.

4. Masak sehingga rendang menjadi KERING. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut.

5. KURANGKAN santan. Jika tak guna santan pun rendang akan rasa lemak sebab ada kerisik. Boleh juga menggunakan santan kotak. 

6. Pastikan guna MINYAK mencukupi semasa menumis rempah-rempah. Ia penting supaya rempah garing dengan sempurna.

7. Basuh ayam BERSIH-BERSIH kemudian toskan setengah jam. Pastikan tiada air ayam bersama darah menitik di dalam periuk.

8. Pastikan bekas menyimpan rendang dan perkakas (sudip/sudu/senduk) adalah KERING dan BERSIH.

9. SEJUK BEKU. Asingkan rendang kepada beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam 1 bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan. Bila asingkan ikut jumlah kecil,  bila nak makan atau hidang, kita akan keluarkan 1-2 bekas saja dari peti sejuk untuk dipanaskan dan yang lain tak akan bersentuh.

Mudah-mudahan dengan beberapa petua yang dikongsikan di atas, rendang yang anda sediakan di rumah dapat bertahan lebih lama. Selamat Mencuba!

Kredit petua: Mila Noor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI