Suka makan Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat kudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Tapi rasanya memang sedap. Rugi kalau tak cuba.
RESIPI KACANG BOTAK
BAHAN-BAHAN:
Ads
400gm kacang tanah
5 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan gula
3 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh ajinamoto
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lepas basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dalam ketuhar je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana.
5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lepas masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti untuk elakan kacang dari melekat.
Ads
7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Anak-anak kadang-kala susah sangat kalau nak makan roti. Tak ada selera katanya kalau roti sandwic putih tanpa rasa. Jadi anda mungkin boleh cuba hasilkan roti goreng, resipi perkongsian saudari Ratna Sari Zain. Ringkas dan rasanya pun sedap. Kalau ada roti sandwic yang dah kurang lembut, masak cara sebegini pasti akan jadi lebih enak. Sesuai sangat dinikmati sebagai snek untuk minum petang.
RESIPI ROTI GORENG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
2@ 3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.
3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe
Bertih jagung atau popcornkaramel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan popcorn homemade enak buat anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hidayah Zakaria ni. Bolehlah makan sambil menonton TV di hari cuti. Pasti best!
CARA BUAT POPCORN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Sedapnya Yong Tau Fu. Lebih sedap lagi jika dapat makan ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, atau bercadang menjamu tetamu memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Saudari Nazuhaina Azuada kongsikan resipi kuah hitam dan kuah merah Yong Tau Fu yang sangat sedap. Selamat mencuba!
CARA MASAK HOMEMADE YONG TAU FOO
BAHAN-BAHAN: Aneka bebola, sosej, kek ikan dan fucuk kegemaran Kangkung Bijan secukupnya – disangai – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga taucu menjadi halus.
2. Tuang bahan kisaran ke dalam periuk dan masak hingga mendidih sekejap dan pekat.
3. Angkat dan ketepikan.
RESEPI KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN: 1/2 cawan kacang tanah yang sudah digoreng – beli online disini 1 sudu makan tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung 4- 5 sudu makan gula 3 cawan air 1/4 sudu makan garam 3 sudu makan cili kisar – beli online disini 2 ulas bawang putih – diketuk – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan kecuali cili kisar dan bawang putih ke dalam pengisar. Kisar hingga kacang menjadi halus. 2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih yang diketuk. Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu kering. 3. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi. Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit. 4. Kuah merah siap disediakan.
CARA MENGHIDANG: 1.Panaskan air dalam kuali dan celur seua bebola, kek ikan, hotdog dan kangkong. Toskan airnya. Sangai juga bijan hingga keperangan.
2. Kuah Yong Tau Foo ini boleh dimakan bersama aneka bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung dan lain-lain.
2. Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan yang telah disangai.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...