Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.
(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kueyteow menjadi lembik ketika dicelur nanti.)
Ads
2. Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kueyteow sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kueyteow. (mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis).
3. Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.
4. Celurkan kueyteow yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kueyteow akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
5.Toskan kueyteow dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kueyteow dengan air sejuk/paip sekejap saja).
Ads
6.Kemudian toskan kueyteow hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat.
Ads
7.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba.
Anda menggemari mee wantan? Dihidang dengan sayuran pilihan yang telah dicelur dan cili potong jika mahu pedas. Kalau ada wantan goreng lagi sedap.Simple namun menyelerakan.Anda yang nak mencuba boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Shai Anne Ahemed.
Ramai beranggapan kalau buat mi rebus ni remeh dan banyak bahan campurannya. Kali ini RASA kongsikan satu resipi mi rebus yang ringkas, tak banyak bahan campuran tapi rasa memang sedap dan tidak mengecewakan anda dan keluarga. Apa kata korang cuba masaknya hujung minggu ini.
MI REBUS: BAHAN-BAHAN:
1paket mi kuning | celur dan tos
2keping tauhu | goreng dan hiris
2biji telur | rebus dan belah dua
1 keping dada ayam, goreng | carik-carikkannya
Sedikit hirisan daun bawang, cili hijau dan merah, bawang goreng dan hirisan limau kasturi BAHAN KUAH:
1sudu makan pes cili kering
2ulas bawang putih | kisar
3ulas bawang merah | kisar
2cm halia | kisar
2sudu makan udang kering | kisar asing
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung jagung
1 biji keledek oren + 1 biji kentang | rebus empuk & kisar halus
Rempah penumis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumis rempah menumis hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering.
2. Tumis hingga pecah minyak, masukkan serbuk kari dan udang kering kisar, kacau lagi seketika dan masukkan air (jika ada air rebusan daging).
3. Setelah mendidih campuran keledek dan ketang kisar. Kacau lagi tambahkan pula tepung jagung, renehkan atas api sederhana.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api.
6. Masukkan mi dalam mangkuk, tuangkan kuah. Kemudian letakkan di atasnya hirisan tauhu, telur, daun bawang, bawang goreng, hirisan cili dan limau kasturi serta ayam yang telah dicarik-carik tadi.
7. Mi rebus sedia dihidangkan.
Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka. Sesuai juga untuk dijadikan hidangan untuk majlis rumah terbuka bersempena Syawal ni.
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
TIP
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.