Anda pernah buat kek ikan secara homemade? Ha..mesti ada yang tak pernah buat kan? Mudah je buat kek ikan ni. Malah lebih enak dari yang dibeli. Jika untuk disajikan buat keluarga, boleh guna ikan tenggiri ni. Rasa dia memang sedap sangat, lebih bersih dan dijamin halal. Jom cuba.
FISHCAKE IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri bunga ( yang ada bintik)
1 sudu makan tepung jagung – lebih sikit tak apa
Garam secukup rasa – bancuh dengan 1 mangkuk kecil air
1 sudu teh lada sulah
Sedikit ajinomoto
Ads
CARA MEMASAK:
1. Pipiskan @ potong isi ikan depan belakang ikan. Macam dalam gambar.
2. Guna sudu dan korekkan isi ikan yang melekat pada tulang.
3. Satukan isi ikan, tepung jagung, lada sulah dan ajinomoto. Gaul sebati. Kemudian masukkan air garam sedikit untuk sebatikan bahan-bahan.
4. Tumbuk isi ikan sambil dimasukkan air garam sikit-sikit. Tak payah guna sampai habis air garam tu. Asalkan isi ikan jadi kenyal sudah memadai.
5. Ni hasil isi ikan yang cukup kenyal. Yang penting ikan mesti segar dan cara tumbuk ikan kena betul.
Ads
6. Letakkan plastik dalam loyang. Masukkan isi ikan. Tekan-tekan bagi padat. Guna sudu yang dah sapu sikit minyak.
7. Panaskan kukusan dan masukkan loyang. Kukus dalam 10 – 15 minit menggunakan api besar.
8. Apabila dah masak, keluarkan isi ikan kukus tadi. Biar suam sedikit barulah dipotong panjang.
Ads
9. Panaskan minyak dan goreng kepingan fishcake tadi dengan api sedang. Jangan bagi garing.
10. Toskan minyak dan boleh dinikmati mengikut citarasa.
Salah satu jenis ikan yang sedap direbus adalah ikan kembung. Kemudian dimakan pula dengan air asam. Memang lain macam rasanya. Resipi ini sesuai untuk yang sedang berdiet. Sebabnya tiada minyak masak digunakan. Senang kata, ikan rebus adalah hidangan sihat.
Ikan rebus adalah lauk simple. Tapi sangatlah sedap. Rasanya pedas, cukup masin dan cukup menyelerakan. Nak masak lauk macam ni pun tak ambil masa lama.
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung
Garam
Asam keping
Seinci belacan bakar
Air asam jawa
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji cili besar (nak letak sebiji pun boleh)
4 biji cili api (kalau suka pedas, lebihkan)
1 biji limau kasturi
CARA MEMASAK
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan asam keping
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili besar dan cili padi.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
Macam inilah rupanya air asam tu.
Lepas dimasukkan bawang dan cili, jadi macam ni. Siaplah air asam kita. Senang, kan?
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Selalu Ikan Patin je orang akan ingat nak masak Tempoyak je, kalini kita cuba Kari Ikan Patin pula lagi sedap rasanya. Cara penyediaannya juga mudah dan gerenti sedap! Resipi penuh telah dikongsikan oleh Sayidah Napisah. Jom cuba!
KARI IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin (potong 4 bahagian)
1 tangkai daun kari (lurutkan dari tangkainya)
1 sudu makan halba campur
2 sudu makan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu makan serbuk cili
150 gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
250 ml susu rendah lemak
1 biji terung bulat (belah empat)
1 biji tomato (belah empat)
2 biji cili hijau (belah dua)
Garam daan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Bahan-Bahan Menumis:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia muda
Cara Penyediaannya:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk rempah kari ikan dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama pes asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu rendah lemak. Biarkan kari mereneh sektika.
Masukkan ikan bersama terung. Selang beberapa minit, masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
Masak cara paling cepat dengan bahan yang mudah didapati. Peminat ikan bawal goreng dan suka makan pedas boleh cuba resipi ni. Sangat sesuai untuk hidangan malam mahupun tengahari. Selamat mencuba!
RESIPI IKAN BAWAL SAMBAL HIJAU
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan bawal
2 ulas bawang putih – ditumbuk
3 biji bawang merah – ditumbuk
1 biji cili merah – kisar
7 biji cili hijau – kisar
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
Cara Memasak:
Lumur ikan gn kunyit. gorengkan ikan hingga rangup dan berwarna kuning keemasan.
angkat dan ketepikan.
Tumis bawang sehingga kekuningan.
Masukkan kesemua cili, masak sampai terbit minyak.
Masukkan garam dan gula secukupnya, tuang atas ikan.