Jika anda suka minum susu kurma, pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur. Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum. Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbuka. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nadiah Latfi ni? Jom tengok cara-cara penghasilannya.
CARA BUAT PATI KURMA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Buah kurma
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit.
3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
Ads
4. Masukkan kisaran kurma tadi di dalam bekas dan boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga campur madu, badam, kismis dan sebagainya.
Cuaca sekarang yang mendung dan kerap hujan memang mudah untuk terkena selesema. Tambah sukar kalau hidung tersumbat, nak tidur pun payah. Kalau ada yang sedang mengalaminya boleh amalkan air lemon cengkih ini.
Selain boleh diminum, air lemon cengkih ini juga boleh disedut wapnya untuk melegakan hidung tersumbat. Memang segar dan mudah bernafas.
Lemon
Cengkih (sebaiknya jumlah ganjil)
Madu asli
Air atau air panas
1. Masak air bersama cengkih hingga mendidih. Perahkan jus lemon dan masukkan madu. Tutup api.
2. Boleh tambah hirisan lemon, kemudian masukkan dalam bekas.
3. Jika hidung tersumbat, tuang dalam cawan dan hidu wap air ini hingga air suam. Selepas itu airnya boleh minum.
4. Air ini boleh dibuat dalam kuantiti banyak dan disimpan dalam peti ais. Panaskan jika mahu minum.
NOTA: Jika guna air panas dari penapis air, campurkan saja cengkih, potongan lemon dan madu dalam cawan. Biarkan sekejap sebelum di minum. Siap!
Minuman Sirap Fanta Hijau ni memang sedap dan antara minum popular disajikan bila tiba musim perayaan. Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana nak hasilkan pati sirap ini, caranya mudah sahaja. Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Satu adunan ini boleh dapat sekitar 4 liter pati. Banyak dan boleh bancuh banyak kali. Nak sedekah pada jiran-jiran pun boleh. Sangat berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PATI SIRAP FANTA HIJAU
BAHAN-BAHAN: 330ml pati Oren Sunquick 3kg gula(beli online disini) 1/2 botol pewarna hijau apple @ pandan paste (beli online disini) 1/2 botol esen pisang 1 helai daun pandan – disimpul 2 liter air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.
2. Masukkan gula.
3. Seterusnya masukkan pati oren dan perasa pisang.
4. Tambahkan juga pewarna hijau epal / pandan paste.
5. Kacau sebati dan masak sehingga semua bahan bercampur sempurna.
6. Biarkan warna menjadi seperti ini dan kacau sentiasa supaya gula larut. Padamkan api dan sejukkan pati.
7. Untuk menyimpannya, bila pati Sirap Fanta Hijau sudah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam bekas atau botol yang bersesuaian.
8. Untuk menikmati minuman enak ini, caranya ialah dengan memasukkan ais ke dalam gelas, masukkan pati sirap angggaran 2 sudu makan, Tambahkan air dan kacau sebati.
9. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Pati sirap Fanta Hijau ini boleh dapat dalam 4 liter. Jika mahu buat dalam jumlah sedikit, boleh bahagikan bahan kepada separuh.