Bila makan celup tepung, popia atau keropok lekor, mesti digandingkan dengan sos pencicah. Tapi nak jumpa sos pencicah yang kena dengan tekak dan selera sendiri, memang sukar.
Menerusi perkongsian daripada saudari Syarifah Khyra Muhsin, dia sememangnya mengguna resipi dan cara sendiri dalam membuat sos pencicah.
Menggunakan bahan rahsia iaitu nise Kelantan, Syarifah Khyra mengakui rasa sos pencicah ini akan menjadi ketagih apabila sudah memakannya. Pendek kata, jika mentua lalu di belakang pun tak sedar.
RESIPI CARA BUAT SOS PENCICAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 kerek nise Kelantan – beli online di sini 2 senduk lada kisar (saya buat sendiri guna lada kering) 2 senduk cuka makan – beli online di sini 4-5 sudu besar gula pasir – beli online di sini 1 sudu kecil garam – beli online di sini 2 sudu besar asam jawa (lebih kurang segenggam/sekepal – dicampur dengan air)
1. Didihkan air di dalam periuk. Kuantiti air lebih kurang setengah periuk (cukup untuk tenggelamkan satu kerek nise). 2. Masak nise sehingga ia hancur dan larut dalam air. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.
4. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga semuanya sebati rasa. Boleh rasa jika ada yang kurang. Biar semua ada manis, masin , masam, pedas.
5. Dah masak dan larut semua, boleh tutup api. Biar sejuk sebelum dihidangkan.
*apabila sudah sejuk, ia akan menjadi pekat. Sos pencicah ini boleh tahan sehingga 5 bulan jika disimpan dalam peti sejuk.
Nak makan ‘dessert’ istimewa sentuhan dari hotel terkemuka. Ni min kongsikan kompilasi pencuci mulut dari tiga hotel berprestij di ibu kota.
Hotel Royale Chulan KL, Kinrara Resort dan dari Hotel The Pearl Kl menampilkan manisan pencuci mulut yang diolah dan ‘dimodenkan’ dari manisan tradisi dan tempatan.
Jom cuba resipi yang super sedap…yummy…
1.PIR REBUS BERSAMA JALA EMAS DAN SOS VANILA PIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan pir :
2 biji buah pir
1 batang kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala
200 gm gula perang
500 ml air
Beberapa titik pewarna merah (jika suka)
Bahan jala emas :
2 biji telur itik
100 gm gula pasir
50 ml air
1 helai daun pandan
Bahan vanila sos :
1 liter susu segar
1 liter krim masakan
300 gm gula
60 gm tepung kastad
1 sudu teh esen vanila
Beberapa titik perasa buah pic
CARA MEMASAK : 1. Bagi memasak pir, campurkan kayu manis, serbuk buah pala, gula perah dan didihkan sehingga larut kesemua bahannnya. 2. Masukkan buah pir dan rebus selama 18-20 minit sehingga empuk dan toskan 3. Bagi memasak jala emas, mula-mula sediakan air gula (air dan gula pasir dilarutkan) kemudian masukkan daun pandan dan masakkan dalam kuali sehingga ia berbuih dengan banyak. 4. Selepas itu buangkan daun pandan dan biarkan ia terus mendidih. 5. Bagi membuat jala emas pula, masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala dan kiraikan di atas air gula yang sedang mendidih tadi. 6. Dengan menggunakan penyepit , angkat jala dan jirus sedikit air panas dan kemudiannya di masukkan ke dalam penapis, ketepikan. 7. Bagi memasak sos vanila pula, ambil periuk dan masukkan semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga ia menjadi sedikit pekat. 8. Boleh dituangkan ke atas sajian pencuci mulut pir rebus dan jala emas tadi.
INFO CHEF : Jika anda suka perisa buah-buahan yang lain seperti oren boleh sahaja dmasukkan dalam sos vanilla menggantikan pic. Saiz hidangan : 2 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus dan didih Keistimewaan : Jala emas menjadikan pencuci mulut ini menjadi sajian fusion Anggaran kos :RM 20
Resipi : Hotel Royale Chulan KL
2. CINNAMON EGG PUDDING
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
6 biji telur
6 biji kuning telur
2 liter krim masakan
120 gm gula halus
Bahan B:
500 gm gula
200 ml air
Bahan C: Sedikit serbuk kulit kayu manis (untuk ditabur)
CARA MEMASAK : 1. Cara membuat bahan A : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tapis. 2. Cara membuat bahan B : Masak air dan gula sehingga menjadi keperangan 3. Cara membuat puding telur :Bahan B yang masih panas dituangkan ke dalam cawan anggaran satu sudu makan. 4. Selepas selesai tuang bahan B tuangkan pula bahan A tadi dan tabukan sedikit kulit kayu manis. 5. Kukus selama satu jam dan sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dihidang.
INFO CHEF : Enak dihidangkan bersama hiasan buah-buahan seperti strawberri, mangga dan buah kiwi.
Saiz hidangan : 2- 3 orang Waktu Memasak : 15 minit, kukus 1 jam Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Pencuci mulut
Resipi : Kinrara Resort
3. PUDING JAGUNG KOKTEL
BAHAN-BAHAN :
70 gm tepung kastad
1 cawan jagung berkrim
5 gm sudu makan serbuk agar-agar
500 ml santan kotak
400 ml air
100 gm gula pasir
Garam secukup rasa
Bahan koktel :
1 tin buah-buahan koktel campuran
390 gm (1 tin) susu cair
CARA MEMASAK : 1. Masakkan air dan agar-agar hingga larut. 2. Masukkan santan, gula dan garam, di atas api sederhana 3. Masukkan kastad dan kacau atas api perlahan hingga pekat 4. Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan dan biar keras. 5. Simpan di dalam peti sejuk. 6. Hias bersama buah-buahan koktel.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih dan ‘chill’/dingin Keistimewaan : Enak dimakan sejuk, rasa lemak berkrim Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF:Anda boleh menambahkan buah-buah beri jika suka. Pilih agar-agar tali jika mahu cepat keras.
Resipi : Kinrara Resort
4. LOMPAT TIKAM VELVET
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan kek velvet :
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan buttermilk
1 cawan gula halus
1 sudu makan pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla Bahan lapisan bawah :
1 cawan tepung beras
3 1/4 cawan air daun pandan /dikisar dengan air
Bahan lapisan atas :
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/3 cawan santan sederhana pekat
1 1/2 sudu teh garam
Bahan air gula :
Gula merah/kerek secukupnya
Air secukupnya
1 helai daun pandan /disimpul
CARA MEMASAK : 1. Red Velvet : Untuk membuat buttermilk campurkan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar. 2. Sediakan mangkuk dan ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. 3. Di mangkuk yang lain satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang dan masukkan buttermilk tadi. Masukkan pewarna merah dan esen vanilla dan pukul lagi. 4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati. 5. Griskan loyang pembakar dengan mentega dan tepung. Tuang adunan dan bakar 45 minit dalam oven yang sudah dipanaskan suhu 170 celcius 6. Bancuh bahan lapisan bawah hingga rata dan tapiskan. Masak di dalam kuali atau periuk dengan api sederhan dengan sentiasa dikacau sehingga pekat dan berkilat. 7. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. 8. Bancuh bahan lapisan atas hingga rata dan tapiskan. 9. Masak seperti lapisan bawah tadi dengan sentiasa dikacau sehingga menjadi pekat dan berkilat. 10. Tuang di atas lapisan pertama tadi dan ratakan.Biarkan seketika. 11. Masak gula merah dengan air secukupnya, tapisan dan letak dalam gelas. 12. Tuangkan air gula sebelum dihidangkan
Saiz hidangan : 12 orang Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kek dibakar dan lapisan dimasak atas api. Keistimewaan : Dihidang sejuk dan rasa manis berkrim dengan kelembutan rasa kek Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Lompat tikam ialah sejenis kuih dan ‘dessert’ tradisional yang diberi sentuhan barat dengan menggunakan kek velvet, ilham dam inovasi kreatif daripada Chef Hotel The Pearl.
Lauk sotong stim limau ini memang membuka selera, nampak saja pun dah boleh kecur air liur dibuatnya. Tambah pula kalau menggunakan sotong segar, bersatu dengan rasa pedas masam dan manis memang sedap.
Resipi Sotong stim limau ala Thai
Bahan-bahan
1/2 kg sotong setgh kilo @ 1kg
7-8 ulas bawang putih – cincang halus
8-9 tangkai cili – cincang
3 biji limau nipis – diambil jus
Daum ketumbar – dihiris
1/2 kiub pati ayam
3 sudu besar kicap sotong
2 sudu besar gula
Cara membuat
1. Kukus sotong lebih kurang 7 minit, jangan letak air. Kukus sehingga masak, dan ketepikan.
2. Cara buat sos, panaskan air satu cawan, masukkan kiub pati ayam, gula dan kacau hingga sebati. Kemudian tutup api.
3. Tunggu sehingga suam kemudian masukkan cili, bawang, asam limau dan daun ketumbar.
4. Waktu ini boleh rasa, kalau tak cukup masam tambah limau nipis, kalau tak masin tambah kicap sotong, kalau tak cukup manis tambah gula.
5. Bila sudah secukup rasa, tuang sos atas sotong tadi. Siap.
Rasa nak makan daging bakar balut daun salad macam dalam drama Korea tu? Ha…cuba resipi mudah ni. Maklumlah, kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Makan berdua pun bil boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi kalau nak makan puas-puas, boleh sediakan sendiri di rumah. Satu ‘family’ boleh rasa.
BAHAN PERAPAN DAGING:
1-2kg bahagian knuckle , top side atau sirloin untuk penuh rasa daging
(Potong nipis. Untuk mudah potong, biarkan dia masa 20-30% sejuk dan potong nipis.)
Sos perapan:
4 ulas sederhana bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai kecil
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu makan gula merah
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
3/4 cawan air
2 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin
1 sudu makan minyak masak
Sudu teh serbuk ketumbar
Sedikit serbuk lada putih
1/2 biji lemon
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih, ketumbar, halia, lengkuas, serai dan halba hingga hancur.
2. Masukkan lagi 1 1/2 sudu makan gula merah , 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk perasa. Teruskan tumbuk. Sos perapan tidak perlu masin sangat kerana ia akan menjadi tidak sedap apabila dibakar.
3. Bila semua bahan dan hancur, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Tambah 3/4 cawan air, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan 1 sudu teh serbuk ketumbar beserta sedikit serbuk lada putih. Perah 1/2 biji lemon. Gaul rata.
4. Panaskn pemanggang dan cairkan sedikit mentega. Guna kuali ‘non stick’ lagi best sebab dia tak hangit.
5. Celupkan daging ke dalam sos perapan dan panggang di dalam kuali. Masak daging ikut citarasa samada nak lembut atau garing.
6. Enak dicicah bersama sos.
BAHAN KICAP SAMBAL:
1/2 biji tomato
4 biji lada/cili
1/2 biji bawang besar
Kicap masin
Madu
Lemon
CARA MEMBUAT:
1. Potong semua bahan dan satukan. Gaul rata.
2. Boleh dinikmati bersama daging bakar.
IDEA RASA:
Daging bakar ni selain dinikmati begitu sahaja bersama sos, anda juga boleh menikmatinya bersama nasi. Bahkan kepingan daging berjus ni juga boleh dibalut dengan daun salad dan nikmati seperti ‘oppa’ Korea makan. Hmm…Sedap!