Bila sebut tentang makan buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, memang boleh kecur air liur. Lebih-lebih lagi makan di laman bersama keluarga, memang asyik!
Jom kita buat sendiri serbuk colek mangga ala Thai guna bahan yang mudah di rumah, dengan menggunakan cara yang dikongsi Nur Masri.
Terkenang kalau dulu-dulu bila petang musim hujan, mak mesti buat Lempeng pisang. Tapi sekarang nak jumpa lempeng ala kampung macam emak atau nenek buat memang jarang-jarang dapat. Bila terlanjur ingat, ini dikongsikan resipi lempeng kampung yang sedap sangat, kaya dengan rasa pisang segar, campur pulak dengan kelapa dan gula Melaka memang terbaik. Wajib cuba ni…
LEMPENG PISANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah makan kek mata lembu? Rupanya sama macam telur mata , pelik tapi kena cuba buat sebab sedap. Resipi ini dikongsi oleh Dyzah Sulaiman. Dia menggunakan resipi kek cheese salji sebab ia ringan. Boleh guna apa-apa jenis kek. Ikut cita rasa masing-masing. Sebelum buat kek, kita kena buat puding kuning dulu.
Bahan puding: 1 paket agar-agar serbuk clear 3 cawan air 1/2 cawan susu cair 3/4 cawan gula(kalau tak suka manis boleh kurangkan) 2 sudu makan jus oren Sunquick@mangga 2 sudu teh warna kuning telur 1 sudu makan tepung kastard ,cairkan dengan sikit air kira-kira 3 sudu makan.(Boleh guna serbuk dadih perasa mangga atau oren, tapi saya belum pernah cuba lagi)
Cara masak: 1.Campur semua bahan dalam periuk dan kacau-kacau supaya tak bergentel. Masak atas api dan kacau selalu. 2.Masak hingga mendidih dan sejukkan sebentar, baru tuang dalam acuan telur. 3.Sejukkan bawah kipas. Dah sejuk baru masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Kek Cheese Salji Bahan-bahan: 6 biji telur gred B 100g tepung naik sendiri 60g tepung jagung 100g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 50ml air suam 1/2 sudu makan ovalette-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh vanila 75g butter- dicairkan * Boleh guna apa-apa resipi kek
Cara memasak: 1. Panaskan oven dulu 160°C selama 10 minit guna api atas bawah. Boleh masukkan butter tadi untuk dicairkan. 2. Campur semua bahan dalam satu bekas kecuali butter cair. Mixer sehingga putih dan gebu. Kemudian baru masukkan butter cair tadi. 3. Sediakan acuan bulat sederhana(seperti dalam gambar). Sapu sikit butter dalam acuan tu.
4. Tuang adunan 3/4 dari acuan tu. Bakar selama 35 minit guna api atas bawah 160°C.Ikut kesesuaian oven. Nak tau dah masak cucuk dengan lidi sate. Kalau tak melekat masak lah tu.
Bahan topping atas kek 250g cheese Tatura 500g fresh cream 125g gula ising(boleh kurangkan kalau tak suka manis) 2 sudu makan perasa oren Sunquick atau mangga 3 sudu makan susu segar(nak bagi lembut sikit) * tak bubuh pun tak apa.
Cara memasak: 1.Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas. 2.Hancurkan dulu cream tartura guna sudu makan sebelum diputar. 3.Putar semua bahan hingga halus dan berkrim. 4.Dah siap putar sapukan atas kek tadi dan letak puding telur atas kek. 5.Dah siap boleh masuk peti sejuk sebentar. Kalau tak masuk peti sejuk pun boleh.
Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari oven , huh, tak boleh ceritalah nikmatnya.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni. Boleh bawa sahur nanti, cicah dengan sup dan kari
1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza. 3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas. 7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Roti yang menyihatkan Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
2. 7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah. 7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan. Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
3. GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan. 2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit. 4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat. 6. Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening. 7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 8. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan. 9. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
4. HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata. 2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan. 4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti. 5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. 7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi. 11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef:Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
5. DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan : 4 biji loaf Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa yang amat berbeza Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!