Cara buat sambal belacan sedap ini perlu kalau suka makan pedas. Alang-alang buat sebalang terus macam Mariana Abdul Majid ini.
Tak perlu susah-susah buat banyak kali. Bestnya sambal belacan yang sama ini juga boleh dibuat rencah untuk nasi goreng. Kegunaannya 2 dalam 1.
Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1
Bahan-bahan
Cili hidup
Cili padi
Belacan
Air asam jawa(perah guna air masak suam)
Air perahan limau kasturi (7-9 biji)
2 biji limau kasturi (buang biji, hiris sekali dengan kulit)
Gula
Garam kasar
* Kuantiti bahan rujuk gambar
Ads
Cara Penyediaan
Masukkan cili hidup, cili padi, belacan, air asam jawa, air perahan limau kasturi,limau kasturi yg dihiris,gula dan garam kasar.
2. Kisar hingga sedikit lumat, kisar jangan terlalu lama. Siap boleh simpan dalam balang letak dalam peti ais.
3. Siap stok sambal belacan sebalang!
Ads
Cara masak nasi goreng sambal belacan
Panaskan minyak tumis bawang putih.
Bila naik bau letak sambal belacan 2 sudu dan isi ikan goreng . Gaul sebati.
Pecahkan sebiji telur biar sekejap kemudian kacau.
Bila telur dah sedikit masak masukkan nasi sejuk. Gaulsebati, masukkan sayur dan bahan perasa jika suka.
Kalau korang penggemar sambal ayam penyet ni, pasti nak lebih sambalnya. Barulah padu rasa. Sebenarnya kan lebih puas kalau buat sendiri sambal ni.Tak susah mana pun, yang penting ada kerajinan. Boleh follow resipi yang dikongsi ini.
SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN BAHAN:
30 biji Cili Padi Merah ( digoreng )
12 biji Cili Merah ( dipotong potong dan digoreng )
4 biji Tomato ( dipotong 4 dan digoreng )
5 biji Bawang Merah ( digoreng )
5 ulas Bawang Putih ( digoreng )
1 inci Belacan ( dibakar )
Air Asam Jawa
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk semua bahan bahan & Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak.
2.Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.
*sambal ni boleh tahan 3/4 hari tanpa simpan dalam peti & kalau dekat chiller 3-4 weeks pun okey , tapi pastikan masa menumis tu masakkan cilinya betul betul.
Resipi Sambal Kicap sedap perkongsian saudari Ida Hassan ni nampak biasa-biasa je. Tapi ada ramuan istimewa yang membuatkan ia jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang biasa kita makan.
Oleh itu bagi siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini. Sangat sedap dinikmati bersama mi sup, bihun sup, mi rebus terengganu atau soto. Memang terbaik.
Malah jika disimpan dalam peti sejuk, sambal ni boleh tahan hingga sebulan. Memang berbaloi kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.
2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.
3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.
4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati.
Makan nasi lemak dengan sambal yang sedap memang buat kita ketagih. Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.Nak masak sambal yang enak begitu boleh ikut cara ini.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan kisar:
1 genggam lada kering direbus dan ditos 3 ulas bawang putih 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak.Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak untuk pastikan lada tersebut betul-betul masak.
2.Apabila minyak betul-betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.Tumis hingga naik bau.Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
3.Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi. Ini yang legend.Masukkan belacan bakar.Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
4.Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
5.Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.Saya masak guna api sederhana.Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul-betul masak.Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
6.Masukkan gula.Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil).Gula putih atau gula melaka pun boleh.
7.Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
8.Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
9.Masukkan ikan bilis.Ini pun banyak versi.Ada orang goreng dahulu.Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar.
10.Masukkan 3 sudu air asam jawa.Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
11.Masukkan garam secukupnya.Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra.
12.Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.Makan dengan lempeng. Perggghhhh…
Kenapa manusia cenderung makan menu sama berulang kali? Ketahui jawapan saintifik, psikologi dan biologi yang menerangkan bagaimana otak, emosi dan rutin mempengaruhi pilihan makanan kita.