Suka makan Roti Sarang lebah bersama Sos Butterscotch? Ini ada resipi mudah perkongsian saudari Emmie Marzianty yang boleh anda cuba. Sangat senang. Nanti bolehlah cuba buat untuk keluarga.

RESIPI ROTI SARANG LEBAH & SOS BUTTERSCOTCH

Cara Buat Roti Sarang Lebah Lembut Bersama Sos Butterscotch

BAHAN-BAHAN ROTI:

IKLAN
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 sudu teh yis
  • 1 sudu makan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 cawan plain yogurt / yogurt asli
  • 1/4 cawan minyak zaitun / minyak masak

BAHAN HIASAN:

  • Kepingan badam, biji labu, bijan putih, bijan hitam dan ceri

CARA MEMASAK:
1. Satukan air suam, yis dan gula. Kacau sebatri dan biar hingga berbuih.
2. Satukan tepung, garam dan baking powder. Gaul sebati.
3. Masukkan campuran yis dan yogurt. Gaul lagi sekali.
4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang elastik. Doh memang lembik sedikit. Rehatkan doh seketika.
5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan doh sebesar buah mata kucing @ bola golf (ikut citarasa masing-masing) dan susun rapat-rapat dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
6. Tabur bahan hiasan pada roti dan biarkan seketika.
7. Bakar roti pada suhu 180C selama 10 minit pertama menggunakan api bawah sahaja. Bila masuk masa 5 minit terakhir, guna api atas bawah.
8. Apabila roti sarang lebah sudah masak, tuang sos butterscotch ke atas roti dan nikmati segera.

IKLAN

Cara Buat Roti Sarang Lebah Lembut Bersama Sos Butterscotch

BAHAN-BAHAN SOS BUTTERSCOTCH

IKLAN
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan whipping cream atau susu cair
  • 25gm mentega
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan gula perang.
2. Masukkan whipping cream @ susu cair perlahan-lahan sambil kacau adunan sos sehingga semua sebati.
3. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan garam. Kacau rata dan biarkan sos memekat.
4. Padamkan api dan sedia untuk digunakan.

 

Kredit resipi & foto: Emmie Marzianty

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI