Sedapnya kalau dapat makan Roti Bun Kacang Merah ni. Panas-panas memang layan habis. Bagi anda yang nak cuba buat roti ni, resipi perkongsian saudari Cik Su ni antara yang paling mudah. Hasilnya pun nampak sedap dan menyelerakan. Jom lihat bahan dan cara penghasilannya.
ROTI BUN KACANG MERAH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan yis mauripan
4 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan planta
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softener
Air secukupnya
Inti kacang merah ( boleh beli readymade di kedai bakeri) atau sardin
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan telur, susu dan gula ke dalam cawan sukatan. Kemudian tambah air secukupnya bagi mendapatkan campuran cecair 300ml.
2. Tuang cecair tadi ke dalam bekas berisi tepung gandum yang telah digaul bersama mauripan dan planta. Gaul sebati selama 30 minit sehingga menjadi doh.
3. Perap dan rehatkan doh selama 30 minit lagi. Biarkan doh naik hingga 2 kali ganda.
Ads
4. Tumbuk doh (manja-manja je) bagi mengeluarkan angin.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan inti kacang atau sardin. Masukkan doh roti tadi ke dalam acuan muffin yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
6. Bakar dalam ketuhar menggunakan api atas bawah guna suhu 180C selama 20-30 minit.
Ads
7. Angkat dan saou sedikit planta dipermukaan roti. Sedia untuk dinikmati.
Menu confirm habis kalau hidangkan untuk keluarga. Guna roti yang hampir tamat tempoh barulah tak membazir kan. Roti telur berhantu guna tiga bahan sahaja dah siap. Makan waktu panas dengan air teh, memang ngam lah. Jangan lupa cuba!
Roti Telur Berhantu
Bahan-bahan:
6 keping roti
Susu pekat manis
2 biji telur
Cara membuat:
1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
2.Kacaulah bagi ia sebati
3.Celup roti.
4.Bahagi dua belah dan celup.
5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.
Buat anda sedang mencari menu sahur yang sedap dan mengenyangkan, Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju adalah pilihan yang paling tepat. Hanya guna roti berintikan daging keema dan keju lalu bakar. Nak mudah, boleh siapkan daging keema pada waktu malam dan esok pagi boleh terus bakar. Sebagai pelengkap, taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Memang menambat selera kerana ia tidak berminyak dan menambah keenakan dalam hidangan. Anda wajib cuba resipi ini.
BREAD CUP BERINTI DAGING KEEMA BERKEJU
Bahan-bahan:
6-8 keping roti
200gram Perfect Italiano Perfect Bakes
Anchor Unsalted Butter
Bahan-bahan B (Daging Keema):
400gram daging kisar
180gram kacang peas (dalam tin)
120gram Anchor Salted Butter
2 biji tomato – cincang
1 tangkai daun ketumbar – cincang
1 labu bawang besar – cincang
3 sudu makan garam masala
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih – kisar halus
2sm halia – kisar halus
Rempah 3 sekawan – ½ batang kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga cengkih
1 helai daun bay kering
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat daging keema; cairkan Anchor Salted Butter dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih kisar dan halia kisar hingga wangi. Masukkan rempah 3 sekawan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan rempah garam masala, serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air lalu kacau rata. Tumis lagi hingga rempah masak.
Masukkan daging kisar, daun bay dan tomato. Didihkan hingga daging empuk.
Masukkan kacang peas dan tambah garam secukupnya. Masak hingga semua bahan masak sempurna. Tutup api dan tabur cincangan daun ketumbar. Sejukkan sebentar.
Sediakan dulang/acuan muffin. Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya dalam acuan muffin. Letak sekeping roti dalam acuan muffin, leperkan sedikit dan kemaskan kelilingnya.
Letak sesudu inti keema dalam roti. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga roti keperang-perangan. Hidangkan panas.
Hidangan yang menggabungkan roti canai segera bersama inti daging keema serta keju di dalamnya. Dalam setiap gigitan akan terasa keenakan rempah dari daging keema dan rasa keju yang enak. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut, kenyal dan berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Bila tarik tu, memang meregang cantik. Jom cuba.
PRATA GULUNG INTI DAGING KEEMA BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti prata segera
250gram Perfect Italiano Mozzarella
BAHAN-BAHAN B (INTI):
250gram daging kisar
80gram Anchor Unsalted Butter
1 sudu makan garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 helai daun salam kering (bay leaf)
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
½ batang kulit kayu manis
1 biji bawang holland – cincang halus
4 ulas bawang putih – kisar
1 biji cili hijau – buang biji & cincang
150gram puri tomato
Garam & lada sulah secukupnya
Cincangan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali.
Tumis buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan daun salam hingga harum.
Masukkan bawang holland cincang dan bawang putih kisar lalu tumis lagi hingga layu.
Masukkan daging kisar, tomato puri, serbuk kunyit, serbuk cili, garam masala dan cili hijau cincang lalu tumis hingga semua bahan sempurna.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biarkan mendidih lagi hingga daging benar-benar masak. Tabur cincangan daun ketumbar. Tutup api. Sejukkan seketika.
Ambil sekeping prata segera, sendukkan sesudu makan inti keema ke dalam prata. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya lalu gulung kemas.
Letakkan gulungan prata ke dalam kuali leper lalu panaskan hingga prata keperang-perangan dan keju mula cair. Hidangkan panas.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!