Cara buat pulut serunding kelapa, kuih ini memang antara juadah tradisi yang tak pernah lapuk ditelan zaman. Walaupun ringkas, kombinasi pulut yang lembut bersama serunding kelapa yang pedas manis beraroma memang membuka selera. Lagi satu kuih ini memang cepat kenyang, makan dua biji pun dah puas.

Menariknya resipi serunding kelapanya tak gunakan bawang merah, jadi rasa kelapa lebih menyerlah dengan gabungan udang kering, serai dan lada kering.

Cara Buat Pulut Serunding Kelapa

Cara Buat Pulut Serunding Kelapa Yang Sedap, Makan Dua Biji Pun Dah Kenyang

Bahan untuk serunding kelapa

2 biji kelapa tua – ambil bahagian putih sahaja
1 senduk gula pasir
1 paket udang kering (RM5) – bilas dan kisar
1 sudu teh serbuk perasa
3 sudu teh garam

Ads

Bahan Kisar

10–15 biji lada kering (ikut tahap kepedasan)
1 inci halia tua
1 labu bawang putih
4 batang serai

Cara Buat Pulut Serunding Kelapa Yang Sedap, Makan Dua Biji Pun Dah Kenyang

Bahan Pulut

Pulut secukupnya – ditanak hingga masak (tanpa santan)
Garam
Sedikit minyak masak
Air secukupnya

Cara Penyediaan Pulut Serunding Kelapa

1. Tanak pulut seperti biasa hingga lembut, ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau.

3. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan sesuaikan rasa.

4. Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api perlahan supaya tidak hangit.

Ads

Cara Buat Pulut Serunding Kelapa Yang Sedap, Makan Dua Biji Pun Dah Kenyang

5. Terus kacau hingga kelapa ringan, kering dan bercerai. Tutup api.

6. Ambil pulut yang sudah masak, bentukkan bulat, masukkan serunding kelapa sebagai inti atau gaulkan terus dengan pulut hingga rata.

Cara Buat Pulut Serunding Kelapa Yang Sedap, Makan Dua Biji Pun Dah Kenyang

Ads

TIP

  • Gunakan kelapa tua bahagian putih sahaja supaya hasil serunding lebih cantik dan tidak terlalu berminyak.
  • Api mesti perlahan semasa menumis kelapa, kalau hangit rasa serunding akan pahit.
  • Serunding boleh juga dijadikan inti cucur badak, nasi ambeng dan sebagainya.

Kredit Resipi & Foto: Rozita Daud

Langgan Rasa
RASA

Dapatkan resipi, cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!

Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI