Keluarga anda suka makan pankek yang sedap sewaktu sarapan? Resipi yang dikongsi dari saudari Yus_Rania ni antara yang boleh dicuba. Ia menggunakan bahan-bahan yang mudah malah hasilnya sangat mengagumkan. Tidak perlu lagi beli tepung pankek dalam kotak tu. Buat sendiri tentunya lebih jimat dan berkhasiat.
CARA BUAT PANKEK GEBU & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla / vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A – dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit.)
2 sudu makan mentega – dicairkan
Sedikit marjerin – untuk oles pada kuali
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.
Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.
Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.
Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.
Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.
INFO: Jika tiada serbuk vanilla @ vanilla cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.
IKLAN
5 TIP MEMBUAT PANKEK YANG MENGEMBANG TEBAL DAN GEBU
Pankek! Ia merupakan makanan kegemaran yang biasanya dinikmati sewaktu sarapan pagi. Berita baik kerana pankek ni sebenarnya sangat mudah dibuat. Tidak perlu ada mesin pengadun atau ketuhar pun. Jika bosan dah makan sarapan dengan Nasi Lemak, Nasi Goreng atau kuih muih, menu pankek gebu dan sedap ni puan-puan boleh cuba. Tapi bagaimana nak buat pankek yang gebu, lembut dan sedap? Ini petua-petuanya. Jom cuba.
IKLAN
1. ASINGKAN BAHAN BASAH & KERING
Untuk membuat pankek, ramuan yang diperlukan tidak sukar. Terdapat dua jenis ramuan iaitu bahan kering yang terdiri daripada tepung, serbuk penaik, gula serta garam dan bahan basah iaitu telur, mentega cair dan susu. Pisahkan dua jenis bahan dalam mangkuk yang berbeza. Selepas anda satukan bahan kering, satukan pula kesemua bahan basah dan adun. Kemudian barulah disatukan bahan basah dan kering. Adun rata.
2. ADUN CAMPURAN BAHAN PERLAHAN-LAHAN
Satukan bahan basah dan kering kemudian adun perlahan-lahan hingga sebati. Elakkan kacau berulang kali atau secara berlebihan kerana jika terlebih adun, ia akan menyebabkan tepung membentuk gluten yang keras. Ia akan menyebabkan pankek anda menjadi keras dan tidak gebu.
IKLAN
3. GUNA BAKING POWDER YANG MASIH BARU
Untuk membuat pankek yang lembut, paling penting adalah untuk memberi perhatian kepada kualiti bahan-bahan, termasuk serbuk penaik. Pastikan serbuk penaik yang anda guna adalah yang baru atau sekurang-kurangnya dihasilkan kurang dari 6 bulan. Penggunaan serbuk penaik yang lama akan menyebabkan pankek menjadi tidak naik dan kurang gebu.
4. GUNA KUALI TAHAN LEKAT & MARJERIN
Membuat pankek mempunyai cara yang berbeza untuk membuat lempeng biasa. Apabila memasak lempeng, anda biasanya menggunakan kuali biasa sahaja namun untuk membuat pankek, sebaiknya gunakan gula rata yang tahan lekat. Malah penggunaan marjerin atau mentega juga adalah lebih baik berbanding menggunakan minyak kerana ia lebih cepat panas.
5. JANGAN TEKAN PANKEK YANG SEDANG DIMASAK DALAM KUALI
Pankek sedia dibalikkan bila muncul lubang atau gelembung halus pada permukaan doh. Elakkan menekan pankek ketika dimasak kerana ia akan menjadikan tekstur pankek menjadi kemek, mampat dan tidak gebu. Tuang adunan dan biarkan ia masak. Balikkan sekali lagi dan biar masak sepenuhnya sebelum dinikmati.
Mudah kan nak buat pankek yang enak? Ha…Lepas ni bolehlah hasilkan untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba!
Kalau ke pasar malam, pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni. Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad, Roti Arbak, Roti Tabligh dan banyak lagi nama. Tapi bendanya sama je. Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Memang sedap kalau makan panas-panas. Nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosliza Wahab ni.
ROTI KHURASAN
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam – cincang
4 biji bawang merah – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji bawang besar – dadu
Sedikit lobak merah – dadu
1/2 biji lada benggala – dadu
2 batang timun – dadu
5 biji cili padi – hiris
Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut citarasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti burger atau roti hotdog
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.
3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak hingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.
5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.
6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pada kulit popia bagi melekatkannya. ( empunya resipi guna 2 keping kulit popia untuk bungkus 1 roti.)
7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dalam roti.
Roti adalah sejenis hidangan sesuai dibuat sarapan. Ini kerana sajiannya mudah dan mengenyangkan.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ringkas membuat roti gulung dengan inti ayam. Sesuai juga jika ingin dijadikan bekal untuk anak ke sekolah.
Resipi ini adalah daripada Noriza Awang Hamat yang berkongsi resipi ini di facebook group Rasa Share Resipi.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI GULUNG INTI AYAM
BAHAN ASAS
7 keping roti sandwic
Marjerin
7 keping keju
3 biji telur ayam
Serbuk roti
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN INTI
Marjerin (untuk menumis)
200 gram isi ayam (dicencang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Lada benggala (dipotong dadu)
Lobak merah (dipotong dadu)
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi (pilihan)
CARA MEMBUAT INTI
1. Dalam kuali, panaskan marjerin. Masukkan ayam.
2. Apabila ayam sudah masak, masukkan bawang besar, lada benggala dan lobak merah.
3. Kemudian masukkan lada sulah dan garam. Jika mahu pedas, masukkan cili padi.
4. Kacau semuanya biar sebati. Matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sekeping roti sandwic. Gelek roti supaya nipis.
2. Sapukan marjerin pada roti. Kemudian letakkan kepingan keju.
3. Letak sedikit inti.
4. Gulung roti kemas-kemas.
5. Pukul telur ayam sehingga kembang.
6. Celup roti yang sudah digulung tadi ke dalam bancuhan telur ayam.
7. Golekkan roti dengan serbuk roti.
8. Panaskan minyak masak. Goreng roti sehingga kekuningan.
Piza ni makan berkali pun tak jemu. Tambah pula anak-anak dapat piza senyaplah. Jadi nak mudah buat banyak-banyak kulit piza dan frozen. Bila-bila teringat nak masak pizza hanya keluarkan dan letak topping yang diingini. Adunan ini jika frozen boleh dapat 12 keping kulit pizza.
Kulit Piza Gebu
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum + 500gm tepung roti-beli online di sini