Nasi hujan panas ini antara hidangan nasi yang boleh kita sediakan untuk menjamu tetamu di hari raya nanti.

Kalau sebelum ini guna beras yang mahal, tahun ini supaya lebih jimat kita guna saja beras biasa. Hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.

Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.

Resipi nasi hujan panas guna beras biasa

Cara Buat Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa. Hidang Dengan Ayam Masak Merah & Acar Tetap Sedap

 

Bahan-bahan:

IKLAN

3 pot beras -cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
Air (ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
3 sudu makan -butter atau marjerin
1 cawan susu cair
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
Secubit garam
Pewarna hijau, kuning & merah

Cara Buat Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa. Hidang Dengan Ayam Masak Merah & Acar Tetap Sedap

Cara membuat

  • Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
  • Masukkan susu cair dan beras
  • Tambahkan air & garam.
  • Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
  • Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu

Ayam Masak Merah Kenduri

Bahan-bahan:

IKLAN

10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
2 biji bawang besar -dikisar
5 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia
1biji bawang besar -dihiris
2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
3 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
3 biji tomato
3 sudu makan sos cili
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
Asam keping
Gula garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
  • Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
  • Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam

Acar Timun

Bahan-bahan

IKLAN

2 biji timun
Sedikit kubis -dihiris
Lobak merah -hiris
Cili padi -dihiris
Bawang besar 2 biji -dihiris
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cuka 1 senduk kecil
Gula
Garam
Sedikit air

Cara membuat:
Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.

Selamat mencuba.

Sumber: Raja Amanina

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI